Zaman kini, kafe ‘hipster’ atau kafe moden memang cukup terkenal di kalangan orang kita, tanpa mengira usia.

Ada yang ke kafe moden untuk bersantai atau menyiapkan kerja. Malah, ada juga yang ke situ untuk mengambil gambar untuk posting Instagram dek kerana dekorasi kafe moden yang selalunya cantik dan menarik.

Kepada pembaca yang menetap di Kota Bharu, anda masih tercari-cari kafe moden yang boleh anda singgah? Kafe Kopi Mesin ini pasti cocok dengan citarasa anda!

kopi mesin kb

Imej via Foursquare

Kafe ini baru sahaja beroperasi sekitar setahun yang lalu, namun sambutan yang diterima amat menggalakkan. Agak-agak mengapa Kopi Mesin begitu digemari ramai? Teruskan membaca ya!

Kepelbagaian Jenis Kopi Bikin Pencinta Kopi Jatuh Hati

Selalunya bila ke kafe moden, agak susah untuk mencari minuman yang berbagai jenis. Paling-paling pun, hanya kopi latte dan americano sahaja yang mudah didapati.

Imej via Foursquare

Namun di Kopi Mesin, ada berbagai jenis minuman dan kopi yang disediakan. Kesemuanya menjanjikan rasa yang pekat namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan, cukup sempurna!

Imej via Foursquare

Espresso, Macchiato, Latte dan Capuccino merupakan antara kopi yang boleh didapati. Kopi yang selalunya menjadi rebutan ialah Salted Caramel Frapuccino yang cukup kaya dengan rasa karamelnya. Dijamin lazat!

Hidangan Barat & Pencuci Mulut yang Enak Lagi Mengenyangkan

Kalau dah namanya kafe moden, semestinya ia pasti kaya dengan pelbagai jenis hidangan Barat dan pencuci mulut.

Imej via Foursquare

Antara hidangan Barat yang ( anda cuba di Kopi Mesin ialah Cheese Lamb Grill, Aglio Olio, dan Kapsalon. Untuk snek pula, semestinya Nachos menjadi pilihan ramai. Sos kejunya memang bikin menjilat jari!

nutella brownies @ kopi mesin

Imej via Instagram

Imej via Instagram

Bagi pencuci mulut, ada pelbagai jenis kek yang disediakan. Kami sarankan agar anda cuba Burnt Cheesecake, dan Nutella Brownies with Vanilla Ice Cream. Lupakan sahaja tentang diet kerana anda pasti akan tergoda!

Servis Terbaik, Harga Pun Cantik!

Menurut pelanggan yang berkunjung ke sini, servis yang ditawarkan pihak Kopi Mesin memang terbaik. Makanan dan minuman tidak mengambil masa yang terlalu lama dan staf juga sangat peramah.

Dari segi harga pula, tidak perlu kami perkatakan lagi. Kualiti kopi di sini memang setaraf dengan kopi di restoran mahal, namun harga yang ditawarkan sangat berpatutan – kurang RM 10!

Banyak Lagi

Imej via Instagram

Kurang menggemari kopi? Usah gundah, Kopi Mesin juga sangat terkenal dengan Ice Blended mereka. Ada beberapa jenis Ice Blended yang boleh anda rasai, namun Ice Blended Green Tea dan Strawberry mereka sentiasa menjadi rebutan.

Imej via Instagram

Selain Ice Blended, minuman coklat juga boleh didapati di sini. Ada Hot Chocolate yang manis dan Mint Chocolate yang menyegarkan.

Kesimpulan

Memang banyak minuman dan makanan yang enak-enak di Kopi Mesin ini. Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi dengan kualiti dan kuantiti makanannya. Patutlah ramai pelanggan meninggalkan review yang positif tentangnya!

Usah tunggu lama-lama, singgah sahaja Kopi Mesin sebelum terlepas peluang! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe ini, selamat menjamu selera!

Alamat: Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 petang hingga 1 pagi

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.