Baru-baru ini telah viral kafe terbaru yang mengunakan konsep yang unik iaitu mengopi disebalik tirai besi. Tema kafe ini tercetus oleh pemiliknya, Anas Al-Afiq tercetus apabila sering menonton drama berasaskan penjara. Lebih menarik apabila kafe ini bersebelahan Muzium Penjara, Melaka.

Dengar nama tirai besi mesti kedengaran seram kerana mengopi di dalam penjara. Tetapi rakyat Malaysia sangat suka akan kelainan kafe-kafe di Malaysia. Kedengaran agak pelik tetapi menjanjikan rasa yang indah apabila menghirup kopi di kafe Kopi Jail ini.

Minuman yang Menarik dan ‘Dessert’

Imej Istagram

Tak lengkaplah jika anda melancong ke Melaka tidak singgah mengopi di Kopi Jail, Melaka. Menarik perhatian saya apabila menu di dalam kafe ini dinamakan mengikut hukuman-hukuman didalam penjara. Selain itu, kafe ini turut menyajikan pencuci mulut seperti kek.

Idea untuk memberi nama jenis hukuman kepada air kopi tercetus apabila saya ingin masyarakat setempat mengetahui jenis hukuman yang ada di penjara Malaysia. Secara tidak langsung masyarakat akan berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai jenis hukuman tersebut – Anas Al-Afiq bin Azhar.

Singgah “Bilik Menunggu” sebelum Menikmati Kopi

Menarik perhatian saya apabila kafe ini turut menyediakan ruang menunggu. Bilik menunggu ini simbolik seperti banduan akhir menunggu saat-saat dihukum gantung. Pengunjung diberi ruang untuk menconteng dinding dengan kapur yang disediakan di bilik menunggu.

Menarik dan menjanjikan kelainan kepada pengunjung! Jangan lupa singgah ke Kopi Jail, Melaka ya!

Info Kedai Kopi Jail

Lokasi: Galeri Muzium Penjara Melaka Jalan parameswara kampung bandar hilir, Bandar Hilir, 75000, Melaka
Waktu Operasi: Selasa-Khamis (9pagi-7petang) | Jumaat-Ahad (9pagi-9malam) | Isnin (Cuti)

Artikel ini dikongsi oleh Hazwani Idris ( Pelajar Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kejuruteraan Keusahawanan) )

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.