Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu akan promosi & tawaran menarik. Sudah tentu, jenama perabot terkenal dari Sweden iaitu IKEA, mengumumkan promosi pertama mereka sempena Hari Kemerdekaan! Mari lihat apakah promosi tersebut.

KEPAK AYAM RM2

Imej via johorfoodie

Kepak ayam IKEA yang terkenal ini tak perlukan pengenalan yang panjang lagi! Bermula 15 Ogos hingga 2 September, kepak ayam ini hanyalah RM2. Diterhadkan kepada 12 ketul setiap pembelian, jumlah ini pasti cukup untuk mengenyangkan seisi keluarga. Promosi ini tidak sah ketika cuti umum dan hari minggu.

 

KEK ONDEH-ONDEH RM6.90

Imej via SAYS

Ingat lagi ketika IKEA mengeluarkan kek ondeh-ondeh & ianya menjadi bualan ramai? Siapa yang belum rasa lagi harus mencubanya! Kek ondeh-ondeh diperbuat daripada kek pandan, gula melaka & kelapa. Anda boleh dapatkannya dengan RM6.90 bermula 26 Ogos hingga 1 September sahaja.

 

UDANG KARANG BERSAMA SOS PEDAS TOMATO RM29.90

Imej via johorfoodie

Ada 2 jenis juadah udang karang yang disediakan oleh IKEA. Pertama, udang karang bersama sos pedas tomato. Juadah ini sesuai bagi penggemar makanan pedas. Enam ekor udang karang boleh didapati dengan harga RM29.90! Bermula 15 Ogos hingga 2 September.

 

UDANG KARANG SEAFOOD PLATTERRM21.90

Imej via johorfoodie

Juadah ini mempunyai salmon yang diperap, udang karang & udang yang sudah dikopek kulitnya! Dihidangkan bersama daun salad, juadah ini hanya berharga RM21.90! Ditawarkan bermula 15 Ogos hingga 2 September sahaja. Ayuh dapatkannya!

 

TURF & SURF COMBORM29.90

Imej via family.ikea

Turf & Surf Combo dihidangkan bersama lapan ketul bebola daging & kerang bersama sos tomato. RM29.90 adalah harga yang terbaik ditawarkan memandangkan makanan yang sedap!

 

TULANG RUSUK LEMBU BBQ PANGGANG BERSAMA SUP RM36.90

Imej via johorfoodie

Mari nikmati tulang rusuk lembu bbq panggang bersama sup cendawan! Hidangan ini juga disediakan bersama brokoli & kentang. Tidak janggal lagi, hidangan ini pasti memenuhkan perut anda. Harga promosi hanya boleh didapati 26 Ogos hingga 1 September. Jangan lepaskan peluang ini!

Selain itu, IKEA juga menawarkan promosi bagi perabot. Potongan harga sehingga 50% ditawarkan bagi barangan terpilih. Jadi, marilah jadi pengguna bijak demi barangan yang berkualiti & murah!

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.