Anda tidak silap dengar, Starbucks baru sahaja melancarkan tiga minuman berperisa baru untuk jangka masa yang terhad. Ini adalah berita baik bagi penggemar teh. Anda semua boleh mendapatkannya di cawangan Starbucks yang berdekatan  ketika masa lapang dan anda pasti tidak akan menyesal.

Tiga minuman baru pelbagai perisa Starbucks ini adalah pilihan yang paling sesuai didapati ketika cuaca panas, kesegarannya tidak terkata. Kita juga akan bertambah ceria setelah minum minuman ini.

starbucks

Imej via Starbucks Malaysi

Minuman Teavana ini akan membuatkan anda terliur dengan mangga beku bersama teh bunga raya dan pearls yang diperbuat dari buah delima.

Selain Teavana, Matcha Blended Cream juga boleh didapati. Seperti yang orang ramai tahu, teh hijau mengandungi khasiat dan ianya menyihatkan. Kandungan kafein dalam teh hijau juga sedikit jadi bagi sesiapa yang tidak menggemari kopi tetapi mahukan kafein, Matcha Blended Cream adalah pilihan sempurna untuk anda.

Double Ristretto Blended Cream adalah minuman terakhir yang ditawarkan oleh Starbucks untuk rangkaian minuman baru ini. Bagi yang tertanya-tanya tentang minuman ini, ianya hanyalah kopi yang dicampur bersama krim. Minuman ini sesuai untuk meningkatkan tenaga kita dengan kandungan kafeinnya!

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang sebelum tawaran tamat!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman web rasmi Starbucks Malaysia

 

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.