Nak makan McD selama setahun tanpa kos yang tinggi?

“Where Got Spicy Challenge?” sedang berlaku! Bermula dari 29 Julai sehingga 18 Ogos 2019, anda cuma perlu dapatkan Ayam Goreng Ekstra Pedas McD, rakam video anda makan secara langsung di Facebook dan muat naik ke aplikasi McDonald’s. Tapi ingat, anda tidak dibenarkan minum sepanjang cabaran ini berlangsung.

Imej via McDonald’s Malaysia

Apakah hadiah menarik yang menanti anda? Akan ada lima hadiah utama disediakan. Lima jenis pemenang berbeza yang dicari oleh McD iaitu The Spicy Master, The Spicy Joker, The Spicy Overachiever, The Spicy Fashionista dan The Spicy Groupie! Antara hadiah utamanya adalah bekalan ayam goreng McD selama setahun, sama ada pedas ataupun biasa.

Imej via McDonald’s Malaysia

50% potongan harga bagi tiga ketul ayam goreng McD juga akan diberi kepada sesiapa yang menyertai cabaran ini. Ganjaran sedia ada diberikan setiap kali pendaftaran rasmi.

Tapi bagaimana untuk mendapatkannya? Kupon akan dihantar menerusi aplikasi McDonald’s anda berdasarkan pendaftaran rasmi yang dibuat. Ajaklah rakan-rakan, saudara-mara, keluarga atau jiran terdekat menyertai tawaran menarik ini!

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web rasmi McDonald’s Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.