Pastikan apabila berkunjung ke Kejora Alor Setar, jamu selera dan merasai pengalaman menikmati citarasa antarabangsa. Namun jangan terkejut kerana ianya hasil tangan anak tempatan.

Kafe yang terletak di sebelah Masjid Zahir ni kini menjadi tumpuan food hunter. Menyediakan hidangan sarapan hingga minum petang, Kejora pasti memberi kepuasan kepada anda.

kejora alor setar

Kredit Gambar : The Kejora

Kejora Alor Setar Santai Makan-Makan

Kejora tidak ketinggalan menyajikan bukan sahaja pelbagai menu yang bukan sekadar mengisi perut yang kosong tetapi menyelerakan sesuai dengan citarasa pengunjungnya. Bagi yang mahu suasana santai dan layanan lima bintang, Kejora menjadi pilihan apabila berkunjung ke ibu negeri Kedah.

Bermula menu untuk sarapan sehingga ke minum petang, kafe itu sedia menerima pengunjung yang mahu menjamu selera ditemani suasana santai.

Kejora Alor Setar menawarkan makanan dengan hidangan besar namun harga yang berpatutan.  Antara yang menarik di sini ialah Nasi Ayam Penyet, Nasi lemak Sambal Sotong, Lamb Shank dan pelbagai hidangan lagi.

the kejora

Anda juga boleh datang ke sini untuk minum-minum. Hidangan minuman di sini walaupun seperti hotel 5 bintang namun harga yang amat murah. Ada juga milk shake bermula dari RM6.90.

Selepas seharian menerokai perjalanan dan pengalaman di Alor Setar, lepaskan lelah dengan kesegaran jus atau menu enak hasil karya di sini. Ini kerana kafe ini terletak di kawasan tarikan pelancong Alor Setar.

INFO

kafe kejora

Kejora dibuka setiap hari Sabtu hingga Khamis. Dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Jumaat kafe ini ditutup.

Alamat : 141, Pekan Melayu Alor Setar.

Facebook: Kejora

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.