Kedai Makan Klebang mana ya yang sedap? Apabila bercuti, semestinya kita mahu berehat juga dari memasak. Sesekali pasti mahu mencuba masakan luar terutama apabila bercuti di luar negeri.

Di sini kami senaraikan 10 kedai makan Klebang yang menarik dan berbaloi untuk cuba. Tak kira kedai untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam, pasti ada yang menarik tumpuan anda.

NGM Viral

Imej via Nasi Goreng Melimpah Viral

Nasi Goreng Melimpah Viral atau singkatannya NGM Viral memang terkenal di Melaka. Mana tidaknya, ada satu menu istimewa yang unik iaitu nasi goreng.

Bukan sekadar nasi goreng biasa, nasi goreng ini dihidangkan dengan portion yang banyak dan boleh dimakan 4 orang. Nasi goreng dipenuhi dengan keropok, daging dan udang yang melimpah.

Pelbagai jenis nasi goreng yang ada. Masakan panas lain juga ada dan kesemua hidangan memang disediakan dalam portion yang banyak dan rasa memang sedap. Nak ke sini memang perlu kosongkan perut anda dahulu!

Alamat: Klebang Utama, 41, Jln Ku 2, Taman Klebang Utama, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm – 12.00 am)

Kopi K Klebang

Imej via Kopi K Coffee Shop

Hidden gem untuk lepak dan healing sambil menikmati pelbagai menu menarik semestinya di Kopi K Klebang. Salah satu port makan terkenal di Klebang. Nama pun kedai kopi, semestinya kepakaran mereka adalah kopi.

Antara minuman yang menjadi pilihan ramai di kafe estetik ini adalah Kopi K Gula Melaka, Red Shake Milk dan Strawberry dan Ejau Matcha. Memang mengegarkan dan padu!

Walaupun kepakaran mereka pada kopi, ada juga menu lain yang mengenyangkan dan memuaskan. Nasi Udang Tak Terpenyek, Pasthai Daging dan Nasi Ayam Penyet antara menu best seller di sini. Tak cukup dengan itu, pesan pemanis mulut seperti Mango Cheese Cake dan Lime Cheese Cake, lengkap hidangan anda.

Alamat: Lot 18423 Jalan Muhibbah 5 Taman Muhibbah, Klebang, 75200 Klebang Besar, Melaka

Waktu operasi: Rabu, Khamis & Ahad (12.00 pm-7.00 pm), Jumaat (3.00 pm-10.00 pm), Sabtu (12.00 pm-10.00 pm)

Melantak Steak Hub

Jom sesekali melantak dengan mewah dan puas di Melantak Steak Hub. Restoran ini memang terkenal di kalangan penduduk setempat dan pelancong. Dari steamboat, ala carte makanan barat, makanan grill semuanya ada. Pilihan menu yang ada membuatkan ramai yang rambang mata. Memang sesuai bawa seisi keluarga yang mempunyai tekak berbeza.

Pilihan makanan laut memang banyak, besar dan paling penting segar! Untuk steamboat, anda boleh memilih kuah tomyam, tehoboki mahupun sup ayam. Ketiga-tiga kuah ini mempunyai rasa yang istimewa dan berbeza di kedai lain.

Alamat: No 11, 13, 15 & 17, Jalan KU, Taman Klebang Utama, Klebang 75200 Melaka

Waktu operasi: Khamis-Selasa (12.30 pm-12.00 am)

Restoran Rasa Klasik

Imej via Restoran Rasa Klasik Klebang

Jika anda teringin untuk makan shellout, datang saja ke Restoran Rasa Klasik iaitu port terbaik dan tersedap shellout di Klebang. Harga shellout sangat berbaloi iaitu serendah RM 35 untuk 2 pax, lengkap nasi, lauk dan minuman. Anda boleh memilih shellout sambal, butter mahupun blackpaper.

Bukan itu sahaja, banyak lagi menu lain yang ada seperti masakan panas, menu barat dan lauk-pauk. Jika mahukan makanan yang ringan, pesan roti sangkaya, lempeng kelapa atau cekodok.

Kebiasaannya kedai ini akan dipenuhi pengunjung pada waktu kemuncak. Jadi rancang perjalanan anda sebaiknya. Jika anda tidak tahu lokasinya, cari Shellout Klebang di Google Maps.

Alamat: No 47, Jalan KU 2 Taman Klebang Utama 75200, Melaka

Waktu operasi: Jumaat-Rabu (5.00 pm-12.00 am)

Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan

Imej via Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan

Datang sahaja ke Melaka, pasti ramai yang mencari kuih keria yang masih viral hingga kini. Salah satu port kuih keria sedap adalah Keria Antarabangsa Haji Jalil. Dalam perjalanan menuju ke Klebang, singgah ke sini sebentar untuk membawa bekal kuih keria dan berkelah di pantai.

Kuih kerianya agak besar dan gebu. Rasanya tidaklah terlalu manis dan yang penting tidak muak. Jika datang pada waktu kemuncak, anda memang perlu beratur panjang jika ingin mendapatkannya.

Alamat: No 29, Jalan Kristal Merah, 2, Jalan Limbongan, 75200, Melaka

Waktu operasi: Rabu-Isnin (11.00 am-7.00 pm)

Klebang Original Coconut Shake

Selain asam pedas, Melaka juga terkenal dengan keenakan Coconut Shake. Banyak tempat yang boleh anda dapatkan coconut shake namun tidak semua mempunyai rasa yang memikat.

Coconut shake di Klebang sangat terkenal berbanding tempat lain. Kepekatan air kelapa yang diletakkan bersama ais krim di atasnya, menambahkan rasa sedap, manis dan berlemak.

Tak hairanlah apabila ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Namun tidak mengapa, penantiannya sangat berbaloi!

Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am – 6.30 pm)

Warong Kopi Manggis Road

Imej via Warong Kopi Manggis Road

Satu lagi port mengopi yang perlu anda cuba adalah Warong Kopi Manggis. Namun kedai kopi lejen ini dibuka sehingga pukul 1 tengah hari sahaja. Mereka bukan sekadar menyediakan kopi, malah ada menu untuk sarapan dan makan tengah hari.

Kopi Pahlawan antara kopi yang menjadi kegilaan ramai kerana kepekatan kopinya dan rasanya tidak terlalu pahit. Senang cerita, memang kaw!

Nasi Lemak Sultan, Roti Bangsawan dan Mee Perang Kerang antara menu yang sedap dan berbaloi. Ada banyak lagi menu lain menanti anda. Jangan lupa masukkan ke dalam senarai tempat sarapan ketika bercuti di Melaka nanti!

Alamat: 71, Jalan Kampung Baru, Taman Gembira, 75200 Melaka

Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.00 am-1.00 pm)

Jus Buah Abang Khairul

Imej via Air Balang Abang Khairul

Jus Buah Abang Khairul turut dikenali sebagai Air Balang Abang Khairul. Kedai ini sering menjadi port makan ramai pelancong untuk makan malam. Kedai ini terkenal dengan aneka jus buah yang memikat dengan saiznya besar.

Walaupun nama kedai jus buah, bukan sekadar jus yang dijual. Banyak pilihan menu yang ada terdiri daripada masakan panas, menu barat, sate, burger dan pemanis mulut.

Tak tahu nak order apa? Kami cadangkan anda untuk mencuba keenakan Nasi Goreng Udang Sotong Melimpah, Burger Trouble Maler, Nasi Lemak Udang Sotong dan Nasi Lemak Udang Petai. Portion hidangan banyak dan mengenyangkan, malah boleh dikongsi dengan dua orang.

Alamat: P4 Kabin @ Klebang Besar, Klebang Besar, Melaka

Waktu operasi: Selasa-Ahad (4.00 pm-12.00 am)

Atok Haus Café

Atok Haus Café terkenal dengan pelbagai jenis kopi padu dan pemanis mulut yang sedap. Nak cari makanan yang ringan-ringan dan menyegarkan tekak, datang sahaja ke sini. Aneka kek, bingsu dan sebagainya menanti anda!

Alamat: 57, Jln KU 2, Taman Klebang Utama, 75200 Melaka

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00)

Sedapnya tengok senarai kedai makan Klebang di atas. Kalau dekat mesti hari-hari min akan cuba! Anda jangan lupa masukkan ke dalam senarai tempat makan yang perlu dikunjungi di Klebang, Melaka.

Food hunting bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan di sini pasti lebih meriah dan seronok. Selamat mencuba!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di sekitar Melaka? Ini antara kedai yang boleh anda kunjungi:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.