Kedai makan Azrorasa terletak di kawasan perkampungan iaitu Kampung Matang Gelugor, Matang, Perak.

Hendak sampai ke kedai makan ini anda terpaksa melalui jalan – jalan kampung berpasir yang tidak di tar seperti jalan raya yang lain.

Pastikan anda memandu dengan berhati – hati dan berhemah.

Di bawah pepohon yang menghijau dan merimbun inilah terletaknya kedai makan Azrorasa.

Kari Sembilang

Imej via facebook

Suasana kampung yang tenang dan damai tanpa hiruk pikuk kota jelas kelihatan.

Kedai makan ini terletak di tepian sungai.

Persekitaran kawasan kedai makan ini ternyata bersih dan rapi.

Keistimewaan Kedai Makan Azrorasa

Kedai makan Azrorasa menghidangkan hidangan kari ikan sembilang sebagai hidangan utama dan popular di sini.

Ia sering mendapat sambutan serta permintaan para pelanggan yang datang.

Malah ada yang sanggup memandu sejauh beratus kilometer untuk datang menjamu selera di sini.

Selain kari ikan sembilangnya yang marvellous, hidangan ketam masak cili dii sini juga menjadi pilihan ramai dan turut mendapat permintaan ramai.

Asam Pedas Sembilang

Imej via facebook

Hidangan Dimasak Panas

Setiap hidangan yang disajikan di sini akan dimasak panas sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan demi menjaga kesegaran serta kualiti makanan yang dihidangkan.

Bagi pelanggan yang tidak mahu menunggu lama, anda boleh membuat pesanan terlebih dahulu melalui panggilan telefon.

Dengan cara ini akan memendekkan masa untuk pelanggan menunggu hidangan disediakan.

Harga setiap hidangan adalah berbeza kerana ia bergantung kepada berat serta saiz ikan yang dimasak.

Jadi, anda jangan terkejut jika harganya tidak tetap dan tidak sama.

Sambil menunggu hidangan tiba, anda boleh menikmati pemandangan persekitaran kedai makan ini yang ditemani dengan angin sepoi – sepoi bahasa terasa begitu nyaman.

Hidangan kari ikan sembilang yang dipesan akan dihidangkan di dalam claypot bagi mengekalkan kepanasan hidangan tersebut serta menimbulkan rasa authentic yang tersendiri.

Karinya juga dihidangkan bersama sayur bendi menambah selera pelanggan.

Terdapat juga hidangan lain yang boleh anda cuba seperti hidangan ketam masak sambal, ikan sembilang goreng ulam – ulaman bersama sambal belacan.

Ikan goreng sembilangnnya memang win kerana kerangupan ikannya serta rasanya yang lebih berperisa memuaskan hati semua.

Ketam Masak Cili

Imej via friedchillies

Nasi putih yang dihidangkan bersama lauk pauk ternyata masih panas berasap membuatkan selera anda semakin meningkat.

Bagi pelanggan yang tidak mahukan hidangan ala carte, anda boleh juga menikmati lauk pauk yang telah tersedia di ruangan buffet.

Keenakan lauk pauk yang telah tersedia juga tetap dijamin kualitinya, jadi anda tidak perlu risau.

Harga makanan di sini bergantung kepada pilihan saiz serta berat ikan yang ingin dimasak panas – panas.

Namun, bagi harga lauk pauk yang telah tersedia adalah sangat berpatutan.

Bagi para peminat ikan sembilang, rugi jika anda tidak mencubanya tatkala berkunjung ke kawasan Matang, Perak ini.

Kedai ini beroperasi enam hari seminggu mulai hari Selasa hingga Ahad dari jam 12.00 tengahari hingga jam 10.00 malam.

Alamat : Gr 131 B, Kampung Matang Gelugor, 34750, Taiping, Perak

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.