Cendol mempunyai rasa yang begitu unik dengan gabungan kuah santan bersama gula Melaka pekat yang sememangnya awesome. Ia boleh dimakan pada bila – bila masa sahaja namun menjelangnya musim panas, ia sungguh menyegarkan.

Hidangan cendol digemari oleh hampir setiap lapisan masyarakat, tidak kira kanak – kanak ataupun golongan dewasa dan menjadi santapan semua bangsa. Menjelangnya musim panas, cendol semakin mendapat sambutan dan begitu laris sekali.

Cendol

Imej via facebook

Di luar kedai anda akan terlihat papan tanda iklan cendol yang menarik perhatian kerana dengan harga RM 2.00, anda boleh refill cendol dengan percuma. Sudah pasti anda tidak akan  melepaskan peluang untuk mencubanya.

Cendol RM 2 Sahaja, Tambah Percuma

Buat penggemar cendol sekitar Ipoh, kini anda boleh dapatkan cendol dengan harga RM 2.00 untuk cendol biasa dan boleh menambah cendol secara percuma. Macam tak percaya boleh tambah dengan percuma, tetapi itulah hakikatnya. Harganya begitu murah dan boleh ditambah percuma pula, tetapi untuk cendol biasa sahaja ya !

Pengusaha kedai cendol iaitu Profesor Cendol menawarkan tambahan cendol percuma tanpa bayaran. Pelanggan cuma perlu membayar harga cendol untuk kali pertama sahaja, dan sekiranya ingin menambah lagi ia boleh dibuat secara percuma. Pelanggan boleh makan cendol sehingga kenyang.

Cendol dan Laksa

Imej via facebook

Bersandarkan slogan Professor Cendol iaitu ‘layan sampai kenyang, tambah percuma’ merupakan antara tarikan di sini. Menarik bukan? Sudah pasti ramai yang ingin menambah lagi kerana ianya percuma. Tambahan pula ianya sedap dan tidak terlalu manis.

Pelbagai Jenis Cendol & Menu Lain

Antara cendol yang boleh anda cuba di sini adalah cendol biasa, cendol kacang, cendol jagung, cendol kacang + jagung, cendol pulut dan juga cendol durian. Cendol durian pula dijual mengikut musim durian dan sekiranya bukan musim durian, cendol durian tidak dijual kepada pelanggan.

Nasi Goreng Ikan Rebus

Imej via facebook

Selain cendol, Professor Cendol juga menawarkan hidangan lain buat para pelanggan antaranya adalah nasi goreng ikan rebus, laksa, nasi lemak dan bermacam lagi. Sambil menikmati cendol, anda juga boleh menikmati hidangan lain yang turut istimewa. Perut kenyang, hati gembira.

Profesor Cendol terletak di Jalan Sultan Nazrin Shah dan berhampiran Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh Perak. Sebelum anda meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju, lebih baik singgah sebentar dan rasailah cendol yang disajikan di sini sambil berehat seketika.

Cendol

Imej via facebook

Jika tidak mahu minum di kedai, boleh sahaja dibungkus dan diminum pada bila – bila masa sahaja. Sudah tentu perjalanan anda akan lancar dengan adanya bekalan cendol yang telah dibungkus ini. Waktu operasi Profesor Cendol ini bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Bagi yang ingin mendapatkan cendol ini, silalah datang awal jika tidak mahu menunggu lama. Prosefor Cendol sering dipenuhi para pelanggan menjelang tengahari hingga ke petang.

Alamat : Berhampiran Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh, Perak

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.