Siapa menyangka di kawasan Puncak Alam, Selangor ini turut memiliki sebuah restoran makanan ala Barat yang sedap serta harga yang sangat berpatutan.

Kebiasaannya, jika sesebuah restoran itu menyajikan hidangan ala Barat, harga hidangan tersebut sudah tentulah agak  mahal.Namun, ini tidak berlaku di restoran West My Plate ini. Restoran West My Plate ini terletak di kawasan Saujana Utama, Puncak Alam.

Big Burger

Imej via facebook

Hidangan Istimewa

Saiz hidangan burger di restoran ini agak besar.Jika hidangan ini dipesan oleh seorang wanita, ia mungkin memerlukan seorang lagi rakan untuk menghabiskannya kerana saiz hidangannya memang besar.

Istimewanya burger ini adalah sos keju dituangkan di atas roti burger sehingga meleleh, nampak comot tetapi sebenarnya itulah daya penarik burger tersebut.

Harga burger untuk saiz yang  besar cumalah RM 10.00 sahaja dan pastinya ia cukup berbaloi memesan hidangan tersebut.

Tambahan pula kepingan daging yang dimasak masih terasa juicy dan begitu enak dimakan bersama sos cili dan mayonis yang diletakkan bersama.

Dulang Plate

Imej via facebook

Pelbagai Pilihan

Selain burger, pelbagai menu lain turut menjadi hidangan para pelanggan yang berkunjung ke sini.

Sup cendawan yang disajikan terasa penuh berkrim merupakan hidangan yang disediakan sendiri oleh chef di dapur.Ia bukan sup cendawan segera dari tin sepertimana yang terdapat di pasaraya.

Harganya cumalah RM 5.00 untuk satu set sajian.Bagi penggemar ikan pula, anda boleh memilih hidangan fish and chip yang disajikan.

Dengan harga tidak melebihi RM 10.00, anda boleh mendapatkan hidangan tersebut jika berkunjung ke sini.

Para peminat chicken chop pula boleh memilih untuk menikmatinya bersama butter rice atau tanpa nasi dengan harga yang begitu murah. Jika anda memilih chicken chop with butter rice, harganya tidak melebihi RM 13.00 untuk satu set hidangan.

Lasagna

Imej via facebook

Manakala untuk hidangan chicken chop pula, harganya pula tidak melebihii RM 10.00. Penggemar hidangan mee pula boleh lah mencuba sizzling yee mee yang dihidangkan bersama black sos ramuan tersendiri.

Dihidangkan panas – panas di dalam plate besi ternyata membuka selera para pelanggan.Malah, harganya pula cukup murah berbanding di restoran lain.

Hidangan spaghetti carbonara pula dihidangkan bersama sos carbonara yang berkrim tetapi tidak lah memualkan.

Resepinya diolah sempurna membuatkan ianya menjadi satu hidangan yang memukau.Boleh dikatakan makanan yang disajikan di sini dijual pada harga yang sangat murah dan berpatutan sesuai dengan masyarakat persekitaran di sini.

Western

Imej via facebook

Harga Sangat Berpatutan

Harga yang sebegini turut menarik perhatian para pelajar Uitm Puncak Alam yang terletak di kawasan berhampiran. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 5.00 petang hinggalah jam 12.00 malam.

Ia sering menjadi tumpuan para pelajar yang ingin menjamu selera di sini kerana harganya yang murah serta saiz hidangannya yang agak besar.

Alamat : F-1-43, Jalan SP 11/3, Seri Pristana, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.