Negeri utara terkenal dengan menu laksa, masing-masing mempunyai keunikan rasa dan masakannya yang tersendiri. Di Perlis, anda boleh berkunjung ke Kak Su Laksa yang terletak di Kuala Perlis. 

Imej via [menarikdi]

Laksa Perlis di Kak Su Laksa ini diperbuat dari laksa beras yang segar dan asli. Kak Su Laksa juga dikenali dengan nama Laksa Kola.

Kak Su Laksa sememangnya sangat dikenali ramai, malah pengunjung dari luar negeri Perlis juga datang menikmati laksa di sini. Laksa Kak Su ini dikatakan mesra keluarga kerana menu yang dihidangkan sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan juga sesiapa sahaja yang gemarkan laksa Perlis sama ada pedas atau tidak.

Jom lihat antara menu Kak Su Laksa Perlis yang boleh anda pesan jika ke sini.

Imej via [foodpanda]

Menu Kak Su Laksa Perlis

Pasti tak terfikir jenis menu laksa Perlis yang disajikan di sini. Kak Su Laksa menyediakan laksa-laksa berikut.

  • Laksa Dewasa
  • Laksa Biasa
  • Laksa Special
  • Laksa Budak
Imej via [menarikdi]

Sudah pasti setiap menu adalah berbeza dari segi bahan dan kuantiti yang diletakkan. Selain itu, Kak Su Laksa juga menyediakan set laksa Perlis untuk ramai makan. Antaranya adalah:

  • Laksa (1kg – 5 orang makan)
  • Laksa (½ kg – 3 orang makan)
  • Laksa (1 orang makan)
Imej via [orangmuo]

Jika anda ramai, tempah set sebegini sudah pasti akan memberi penjimatan kepada anda. Lebih mudah bukan? Bukan laksa Perlis sahaja, anda juga boleh merasai kuih pulut udang dan kuih sfera di sini.

Imej via [perlis]

Walaupun menu utama di sini adalah laksa, tetapi setiap hari tidak putus-putus pelanggan yang datang ke Kak Su Laksa Perlis ini. Kuah laksa Kak Su sangat pekat dan sedap, membuatkan rasa puas bila makan. 

Ramuan Laksa Kak Su Perlis

Imej via [mstar]

Rahsia pembuatan dan ramuan laksa Kak Su Perlis ini adalah mereka menggunakan ramuan laksa beras secara turun-temurun iaitu bahan-bahan seperti tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar. 

Ramai pengusaha laksa tidak menggunakan ramuan itu kerana rumit, namun bagi Kak Su Laksa, ramuan ini adalah keunikan dan memberi kelazatan apabila menikmati laksa mereka. Sebab itulah, ramai yang tetapi memilih untuk memakan laksa Kak su Perlis!

Kemudahan Restoran Kak Su Laksa Perlis

Imej via [foursquare]

Bagi yang tertanya-tanya, mudahkah untuk cari tempat letak kereta? Iya, di sini mempunyai ruang untuk parking kereta. Selain itu, anda tak perlu risau jika datang beramai-ramai, tempat makan pasti cukup untuk semua.

Walaupun Kak Su Laksa Perlis adalah restoran yang terbuka, tetapi ia bersih dan kemas. Jadi, jika datang ke Perlis, jangan lupa singgah makan laksa di sini!

Jom baca juga Zulyahya Steamboat Ipoh, Warung Kak Eta Dan Kelate Kitchen KL.

Lokasi: No 97 Jalan Siakap Kuala Perlis No 97, Medan Niaga Kuala Perlis, Kuala Perlis 02000 Malaysia

Waktu Operasi: 10 pagi – 7.30 petangNo Telefon: 019-4667700

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.