Jenis salad yang mana anda tahu? Dalam konteks ini, salad yang dimaksudkan bukanlah sayur salad yang berwarna hijau. Secara umumnya, salad yang dimaksudkan adalah hidangan sihat untuk diet.

Hidangan ini bukanlah mengandungi sayur sahaja tetapi pelbagai bahan lain yang berkhasiat. Jangan pening-pening, kami kongsikan pada anda secara terperinci mengenai salad yang dimaksudkan ini.

Kebiasaannya, hidangan salad yang lengkap mengandungi bahan asas, bahan utama, garnish dan dressing. Bahan asas merupakan sayur manakala bahan utama pula adalah sayur, buah dan sumber protein seperti tuna, telur atau ayam.

Garnish pula bahan yang boleh dijadikan hiasan pada salad yang dapat menambah rasa, warna dan tekstur. Dressing adalah sos yang digunakan pada salad seperti mayonis, thousand island dan perahan limau.

Jom tengok jenis-jenis salad:

Green Salad

Green salad merujuk kepada sayur yang berbentuk dedaun. Anda juga boleh memasukkan sayur salad itu sendiri. Terdapat banyak jenis sayur salad yang ada. Kebiasaannya, ramai yang hanya mengetahui salad yang dimakan bersama laksa dan salad yang dimakan bersama nasi ayam.

Setiap salad tersebut mempunyai nama tersendiri dan bukan sahaja ada dua jenis salad, malah banyak lagi salad yang ada. Namun, secara kasarnya terdapat beberapa salad yang kelihatan seakan sama dari segi bentuk dan warna.

Iceberg, Romaine, Curly Endive dan Leaf Lettuce antara salad yang sering dijumpai dan mudah diperoleh di mana-mana kedai. Namun terdapat banyak lagi jenis salad yang ada seperti Radicchio, Watercress, Kale dan Arugula. Jika mahukan kelainan, anda boleh menggunakan bayam atau kubis dalam hidangan.

Pasta Salad

Lazimnya, menu salad ini tidak menggunakan sayur salad itu sendiri kecuali untuk dressing. Menu ini menggunakan pelbagai jenis pasta sebagai bahan utama. Pilihlah pasta mengikut citarasa anda tak kira pasta Macaroni, Fusilli, Farfalle mahupun Penne.

Pasta salad boleh dijadikan sebagai hidangan utama mahupun pembuka selera. Pelbagai langkah boleh dibuat untuk proses dressing. Anda boleh menggunakan minyak, garam atau lada sebagai langkah mudah. Jika mahukan pasta lebih berkrim, tambahkan cheese atau mayonese sebagai ramuan asas.

Ada juga yang letakkan sayur-sayuran segar untuk menambahkan lagi rasa pasta yang crunchy. Brokoli, lada benggala, saderi mahupun tomato sering dicampurkan di dalam hidangan ini.

Vegetable Salad

Salad sayur adalah salad yang menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan utama. Salad sayur ini boleh dimakan secara mentah mahupun diperap dengan sebarang sos. Kandungan kalori pada salad sayur adalah rendah.

Antara sayur yang sering digunakan adalah salad, timun, tomato cherry dan cendawan. Tahukah anda, coleslaw juga antara contoh mudah yang menggambarkan salad sayur. Coleslaw menggunakan kubis sebagai bahan utama dan mayonis serta cuka atau perahan lemon sebagai dressing.

Fruit Salad

Salad buah antara menu diet kesukaan ramai. Nama pun salad buah, semestinya bahan utama yang digunakan adalah buah-buahan.

Pilih sahaja jenis buah yang anda suka tetapi anda haruslah mengetahui kandungai kalori pada buah tersebut. Epal, anggur, avocado, kiwi dan nanas antara pilihan terbaik untuk diet. Cara penyediaannya adalah potong kecil atau berbentuk dadu buah-buahan tersebut. Nak lebih sedap, tambah susu cair, mayonese atau yogurt lalu simpan seketika di dalam peti sejuk.

Caesar Salad

Caesar salad antara jenis salad yang mengandungi kadar kalori yang tinggi. Dengan hidangan ini, pelbagai zat boleh diperolehi termasuklah protein serta serat dan ianya cukup untuk keperluan diet anda.

Mengapa kami katakan cukup untuk keperluan diet? Hal ini kerana caesar salad merupakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protein seperti isi ayam yang telah dibakar atau direbus. Hanya menambahkan perahan air lemon, olive oil mahupun keju, ia menyedapkan lagi caesar salad anda.

Bound Salads

Ini pula merupakan hidangan salad yang menggunakan bahan protein sebagai bahan asas dan utama dalam menu diet ini. Satu lagi ciri bound salads adalah penggunaan atau cara dressing salad yang ‘berat’ atau lebih berkrim.

Kebiasaannya, dressing yang digunakan adalah mayonese, thousand island, sos Kewpie dan sebagainya. Antara bahan utama atau sumber protein yang sesuai digunakan adalah tuna, telur rebus dan isi ayam.

Anda perlu tahu jenis salad yang ada lebih-lebih lagi jika anda sedang berdiet. Dah tahu jenis salad, mudahlah anda merancang menu diet yang boleh dibuat mengikut citarasa anda.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan semestinya dari pemakanan. Jom jaga pemakanan anda dengan makanan yang lebih berkhasiat. Salad antara menu yang boleh anda amalkan setiap hari.

Jika anda mahu mula berdiet, jom baca artikel lain yang pasti bermanfaat seperti makanan laut, resepi diet atkins dan resepi masakan diet.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.