Mencari jenis kopi di dunia untuk dicuba?

Kopi minuman yang dihasilkan daripada biji kopi. Di negara Arab ianya dikenali dengan nama kahwa dan di negeri Terengganu, ianya juga digelar dengan nama kawa.

Antara khasiat utama kopi ialah ianya memberikan tenaga kepada sesiapa yang menikmatinya. Memang sesuai dinikmati semasa sarapan, tidak hairanlah minuman ini sangat digemari ramai.

Tercari-cari tentang jenis kopi di dunia dan khasiat-khasiatnya? Untuk itu, berikut kami senaraikan 9 jenis kopi untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Latte

Salah satu jenis kopi di dunia yang popular ialah latte. Perkataan yang digunakan ini berasal dari bahasa Itali iaitu caffè e latte yang bermaksud “kopi & susu”, sangat menarik.

jenis kopi di dunia
Imej via Pinterest

Berdasarkan dari namanya, anda pasti sudah tahu yang bahan utama jenis kopi latte ini ialah kopi dan susu. Minuman ini boleh disajikan secara panas dan sejuk, bergantung kepada citarasa sendiri. Kandungan kopinya pula agak kurang berbanding yang lain.

Untuk menyediakannya, anda perlu tuang kopi ke atas buih susu atau bancuh bersamanya. Untuk rasa yang lebih berkrim, lebihkan sahaja jumlah susu.

#2 Mocha

Jenis kopi ini iaitu mocha yang juga disebut mochaccino, adalah jenis latte yang berperisa coklat. Namanya berasal dari kota Mocha, Yaman, yang merupakan salah satu pusat perdagangan kopi yang terawal di dunia.

jenis kopi di dunia
Imej via Pinterest

Berbanding latte, mocha mempunyai kandungan kafe yang lebih tinggi. Memandangkan ianya mempunyai kandungan coklat yang tinggi, rasanya juga manis.

Mocha mempunyai buih susu di atasnya, sama seperti latte. Jika suka, anda juga boleh meletakkan krim putar di atas buih susu untuk rasa kopi yang lebih berkrim dan manis.

#3 Espresso

Ini merupakan salah satu jenis kopi di dunia yang wajib anda tahu – espresso. Ianya boleh dikatakan antara jenis kopi utama yang digunakan dalam kebanyakan jenis kopi yang lain.

jenis kopi di dunia
Imej via Pinterest

Espresso adalah kaedah pembuatan kopi yang berasal dari Itali, di mana sebilangan kecil air mendidih diletakkan pada tekanan atmosfera 9-10 bar melalui biji kopi yang digiling halus.

Memandangkan ianya mempunyai kandungan kafein yang tinggi, espresso selalunya dihidangkan dalam jumlah yang sedikit. Walaupun begitu, anda masih akan berasa bertenaga setelah menikmatinya.

#4 Americano

Americano adalah sejenis minuman kopi yang disediakan dengan mencairkan espresso dengan air panas, memberikannya kekuatan yang hampir sama dengan kopi yang dibru.

Imej via Pinterest

Jika anda gemarkan kopi yang kandungan kafeinnya tinggi, inilah jenis kopi yang wajib anda cuba. Ianya mempunyai 94-150 miligram kafein, bergantung kepada jumlah espresso yang ditambah.

Rasa Americano ialah lemak dan pekat, namun tidak terlampau manis. Jika anda inginkan rasa kopi yang lebih kuat, tambah atau pesan sahaja espresso yang banyak.

#5 Kapucino

Kapucino merupakan ialah minuman berasaskan kopi yang yang diperbuat daripada kopi jenis  espresso, susu panas, dan buih susu yang telah diwapkan. Sama seperti kebanyakan kopi, kopi ini berasal dari Itali.

Imej via Pinterest

Walaupun kelihatan hampir sama dengan latte, kapucino tidak menggabungkan espresso dan susu sekaligus. Susu untuk kapucino dituang di atasnya manakala latte menggabungkan susu bersama espresso sekaligus.

Untuk menyedapkan lagi rasanya, anda boleh tambah serbuk koko atau coklat parut di atas buih susunya. Bukan sahaja menggandakan keenakkannya, malah rupanya juga akan kelihatan lebih menarik.

#6 Kopi Putih

Ini juga merupakan antara jenis kopi yang cukup terkenal – kopi putih. Warna kopinya tidak putih, namun lebih cerah berbanding jenis kopi yang lain.

Kualiti biji kopi yang digunakan untuk mengasilkan kopi putih ini memang tinggi. Ianya akan dipanggang sehingga bertukar kekuningan dan ianya dipanggang dalam masa yang singkat untuk menjaga kemanisan bijinya.

Imej via Pinterest

Jadi, tidak hairanlah rasa kopi putih ini lebih manis berbanding jenis kopi yang lain. Jika anda ke Ipoh, jangan lupa untuk mencuba Ipoh White Coffee. Rasa kopi putih yang sedap dan asli pasti akan buat anda terpikat!

#7 Kopi Vietnam

Nama jenis kopi ini sentiasa disebut oleh kebanyakan pencinta kopi – kopi Vietnam. Kepekatan kopi Vietnam ini memang boleh bikin sesiapa sahaja ketagih setelah merasainya.

jenis kopi di dunia
Imej via Pinterest

Di Vietnam, ianya dikenali sebagai  cà phê đá. Cà phê đá ini dibuat menggunakan kopi panggang sederhana gelap dari kasar yang ditanam di Vietnam. Minuman ini dihidangkan sejuk, jadi ianya memang menyegarkan tekak.

Minuman ini juga boleh diminum dengan susu pekat – satu cara hidangan yang popular di Vietnam. Di Malaysia, kopi Vietnam ada disajikan di kebanyakan kafe dan restoran, memang best!

#8 Kopi Luwak

Kopi luwak – jenis kopi ini pasti sudah terbiasa didengari, bukan? Kopi luwak adalah kopi yang terdiri dari ceri kopi yang dimakan dan dicernakan secara separa oleh musang sawit.

Imej via Pinterest

Disebabkan kerumitan untuk memperoleh biji luwak, harga kopi luwak ini selalunya mahal dan ianya juga sangat eksklusif. Namun, kualiti biji luwak ini sememangnya tinggi jadi harganya sudah berbaloi.

Anda pasti tertanya-tenya tentang rasanya, bukan? Kopi luwak ini mempunyai rasa dan aroma yang cukup memikat. Rasa manisnya juga tidak terlampau, secukup rasa sahaja.

Bagi memastikan kualitinya terjaga, anda seharusnya cuba kopi luwak yang biji luwaknya diperoleh secara semulajadi.

#9 Kopi Turki

Pernah mencuba kopi Turki? Kopi Turki merupakan jenis kopi yang disediakan menggunakan biji kopi yang digiling halus tanpa ditapis, satu cara penyediaan yang unik yang menjadi punca ianya begitu popular.

Imej via Pinterest

Cara untuk membancuh kopi ini juga cukup mudah. Anda hanya perlu menampurkan serbuk kopi Turki bersama gula dan air panas untuk menikmati rasa kopi yang cukup sempurna.

Anda juga boleh menyediakannya menggunakan mesin kopi. Di Turki, mereka menggunakan mesin kopi khas yang dikenali dengan nama cezve, sangat unik!

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis kopi di dunia yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana ingin mencuba kesemuanya sekali?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu jenis kopi ini. Ianya mempunyai keunikan dan khasiat yang tersendiri, memang rugi jika anda tak rasainya sendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.