Mencari -jenis-jenis teh di dunia?

Teh merupakan antara jenis minuman yang cukup digemari ramai. Seluruh dunia tidak kira benua gemar menikmati teh untuk sarapan atau minum petang.

Sesetengah jenis teh juga kaya dengan pelbagai khasiat dan salah satunya ialah antioksidan yang mampu melambatkan penuaan dan meningkatkan imuniti tubuh, memang bagus!

Ada banyak jenis teh di dunia yang boleh anda cuba. Tertanya tanya tentang apakah jenis-jenisnya dan asal usulnya? Teruskan membaca!

#1 Teh Hitam

Ini merupakan jenis teh di dunia yang sangat popular – teh hitam. Ianya dinamakan bersempena dengan warna teh yang dibakar untuk menghasilkannya.

Cara pemprosesan teh hitam mengambil masa yang agak lama. Antaranaya ialah proses pengoksidaan, pengeringan dan pengasingan. Ianya juga akan diasingkan mengikut gred.

jenis teh dunia
Imej via Pinterest

Setiap negara juga mempunyai jenis teh hitam yang berbeza. Ada teh hitam yang berwarna hitam dan rasanya pekat di China dan ada juga yang berwarna kuning atau coklat merah dan rasanya sedikit berempah.

#2 Teh Hijau

Jenis teh di dunia yang cukup terkenal ialah teh hijau. Ianya sering dikaitkan sebagai teh yang sihat dan kaya dengan pelbagai manfaat dan khasiat.

Imej via Pinterest

Warna hijaun yang asli jelas membuktikan yang ianya tidak melalui proses pengoksidaan, sekaligus menjadikan teh ini sebagai teh yang lebih sihat. Ianya juga melalui proses pemanasan pada suhu yang terkawal.

Seperti yang diketahui ramai, antara khasiat teh hijau ialah ianya bagus untuk kesihatan kulit, dapat membantu menurunkan berat badan dan membantu untuk mencegah diabetes.

#3 Teh Putih

Teh putih ini boleh dikatakan teh yang berlawanan dengan teh hita. Bukan sahaja dari segi warna, malah tekstur dan cara pemprosesannya juga berbeza dan unik.

jenis teh dunia
Imej via Pinterest

Berbanding dengan teh hitam, cara pemprosesan teh putih lebih mudah. Ianya menggunakan daun teh yang muda dan ianya juga tidak melibatkan proses pengoksidaan.

Antara manfaat teh putih termasuklah membantu menurunkan berat badan, mencegah menjaga kesihatan kulihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, ianya juga kaya dengan antioksidan dan polifenol.

#4 Teh Bunga

Ada penggemar teh bunga di sini? Bukan sahaja mempunyai rasa yang enak, malah aromanya yang harum juga mampu menambat selera sesiapa sahaja yang terhidunya.

jenis teh dunia
Imej via Facebook

Cara pemprosesan teh ini ialah ianya akan menggabungkan daun teh dan bunga bersama yang kemudiannya dikeringkan. Hasilnya? Minuman teh yang manis dan semestinya wangi!

Ada pelbagai jenis teh bunga yang popular, namun di Malaysia, teh bunga kekwa atau crysanthemum tea adalah jenis teh bunga yang digemari ramai. Buktinya, ianya turut dijual dalam bentuk minuman berkotak pelbagai saiz.

#5 Teh Oolong

Ini juga merupakan antara jenis teh di dunia yang wajib anda cuba. Teh ini berasal dari Cina, namun ianya turut disajikan di kebanyakan restoran makanan Cina di negara kita.

Imej via Pinterest

Disebabkan teh ini melalui proses pengoksidaan, warnanya gelap. Selalunya teh ini berwarna hijau atau hitam, bergantung kepada jenisnya. Jika teh ini direndam dengan baik, anda dapat merasai rasa pahitnya yang tidak terlampau.

Antara manfaat teh ini ialah ianya dapat mengurangkan risiko diabetes, mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Memang menyihatkan!

#6 Teh Barley

Selain daripada teh hijau, teh barli atau dikenali sebagai boricha juga merupakan antara jenis teh di dunia yang sangat menyihatkan dan kaya dengan pelbagai zat dan manfaat.

Imej via Pinterest

Teh berasaskan barli panggang ini merupakan minuman ringan yang terkenal di negara Jepun dan Korea. Biji barli panggang akan direbus selama 20-30 minit dan kemudian dinikmati bersama teh.

Minuman ini kaya dengan antioksidan. Antara khasiatnya ialah ianya mampu mencegah penyakit kanser, mengurangkan kadar kolestrol dalam badan dan dapat mencegah demam selsema.

#7 Teh Moringa

Teh moringa atau teh daun kelor merupakan antara teh yang memang berkhasiat dan sesuai digunakan bagi yang ingin menjaga kesihatan. Ianya menggunakan daun kelor yang dikeringkan.

Imej via Pinterest

Daun yang dikeringkan ini akan dijadikan serbuk untuk dibuat teh. Ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit, namun ianya mampu menyegarkan tubuh badan.

Antara manfaat teh moringa ialah ianya membantu meredakan radang, menurunkan kadar kolestrol, menggalakkan rambut sihat dan mencegah penyakit diabetes.

#8 Teh Pudina

Ada yang sukakan rasa pudina di sini? Jika ya, anda wajib cuba teh pudina yang cukup menyegarkan tekak dan tubuh badan ini. Bukan sahaja enak, malah ianya juga kaya dengan manfaat untuk kesihatan.

Imej via Pinterest

Untuk menyediakannya, anda hanya perlu menggunakan beberapa helai daun pudina. Kemudian, campurkan bersama air panas dan madu untuk memaniskan teh. Mudah dan semestinya sedap!

Antara manfaat teh pudina ialah ianya dapat meredakan kekejangan, menyegarkan tubuh badan, melancarkan pencernaan dan melegakan sakit kepala.

#9 Teh Mawar

Kurang menggemari teh yang pahit dan ingin mencuba teh yang manis dan harum aromanya? Cubalah teh mawar, pasti ianya kena dengan citarasa anda.

Imej via Pinterest

Teh ini menggunakan kelopak mawar yang direbus untuk beberapa minit. Ia kemudiannya akan dicampurkan bersama air panas untuk diminum begitu sahaja. Memang sedap dinikmati panas-panas!

Antara manfaat teh mawar ialah membantu mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit kanser dan diabetes, melancarkan sistem penghadaman dan merawat sembelit.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis teh di dunia yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana ingin mencuba kesemuanya sekali?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu teh ini setiap hari. Ianya mempunyai khasiat yang tersendiri, memang rugi jika anda tak rasainya sendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.