Mencari informasi tentang jenis gula?
Gula merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang diambil untuk memberikan sumber tenaga ringkas.
Gula boleh diambil secara semulajadi melalui makanan harian atau diambil melalui gula tambahan.
Ia juga mempunyai berbagai jenis dan kegunaan. Jadi, berikut kami senaraikan 11 jenis gula dan kegunaannya. Teruskan membaca!
Gula pasir halus kadang-kadang juga dikenali sebagai gula putih, atau gula “biasa”. Teksturnya halus, membuatkan ia sesuai untuk tujuan baking.
Disebabkan teksturnya yang halus, gula jenis ini mudah cair. Jadi, ia seharusnya disimpan pada suhu bilik dan dijauhi dari api.
Kristal halus dalam gula pasir jenis ini tidak melekat sesama sendiri, jadi ia juga sesuai untuk ditaburkan atas makanan atau dilarukan dalam minuman.
Gula pasir kasar ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang. Ianya sesuai digunakan dalam masakan atau minuman.
Seperti yang anda ketahui dari namanya, gula kasar mempunyai kristal yang jauh lebih besar daripada gula putih biasa.
Saiz kristal yang lebih besar (kira-kira ukuran garam pretzel) menjadikan gula lebih kuat dan lebih tahan panas.
Gula jenis ini juga membantu memberi sedikit tekstur pada hidangan yang dibakar atau gula-gula. Ia turut digunakan semasa membancuh minuman.
Jika kami sebut nama gula serbuk, mungkin ada yang tidak pernah dengar. Namun, anda pasti pernah dengar tentang gula aising, bukan? Ia merupakan nama lain bagi gula serbuk.
Gula aising mempunyai tekstur yang sangat halus berbanding gula putih yang lain. Teksturnya yang halus diperoleh darpada campurannya dengan tepung jagung.
Kebanyakan orang menggunakannya untuk membuat aising atau frosting dan hiasan kek lain.
Ia juga turut ditaburkan di atas kek atau roti sebagai hiasan dan perasa tambahan untuk pencuci mulut tersebut.
Jika anda suka membuat kek atau roti, anda pasti tahu tentang gula jenis ini – gula kastor.
Tekstur gula kastor ini juga sangat halus, membuatkan ianya sesuai dijadikan bahan utama untuk membuat kek dan roti yang gebu.
Disebabkan itu juga, gula kastor ini sesuai digunakan untuk membuat sirap kerana ia akan larut dengan baik dalam minuman sejuk.
Ingin mencari alternatif gula dalam bentuk serbuk yang sihat? Kami sarakankan agar anda cuba gula tebu.
Gula tebu ini diproses menggunakan tangkai tebu yang akan dituai dan dihancurkan. Ia akan dijadikan sirap dan dicampurkan dengan kristal gula.
Gula tebu ini rasanya manis dan warnanya perang. Jika anda pilih jenis yang organik, ianya didatangkan dengan manfaat kesihatan dan kualiti yang lebih baik.
Gula melaka atau gula kabung – kedua-dua ini merupakan jenis gula yang sama iaitu jenis palm sugar.
Gula melaka ini mempunyai tekstur yang kasar dan ianya keras. Untuk membahagikannya, anda perlu menggunakan pisau kerana ia juga tebal.
Gula melaka boleh digunakan dalam masakan khususnya sambal untuk menyeimbangkan kepedasan dan kemanisan sambal.
Ia juga turut ditambah dalam kuih tradisional seperti onde-onde atau buah melaka sebagai intinya, memang sedap!
Satu lagi alternatif untuk membuat kek atau biskut ialah gula perang. Berbanding gula putih, gula perang ini menggunakan mempunyai warna coklat yang khas.
Hal ini disebabkan oleh adanya sirap perang yang dicampurkan dengan kristal gula. Dari situlah gula perang terhasil.
Gula perang ini memang lembap secara semulajadi. Disebabkan itu, ia sesuai digunakan untuk membuat kek atau roti yang lembap teksturnya.
Ia juga sesuai digunakan untuk membuat minuman seperti teh, kopi dan coklat untuk rasa gula yang lebih pekat.
Sekali imbas, gula nisan ini kelihatan hampir sama dengan gula melaka. Namun, perbezannya terletak kepada jenis pokok yang dipilih.
Gula nisan ini diproses daripada pokok kelapa, manakala gula kabung atau gula melaka diproses dari pokok kelapa sawit.
Rasa gula nisan ini manis dan berlemak. Disebabkan itu, ia juga turut digunakan untuk mebuat kuih tradisional tempatan.
Berbanding gula melaka, gula nisan ini lembut dan mudah dipatahkan. Jadi, ianya juga mudah cair.
Stevia merupakan gula alternatif yang didatangkan dalam bentuk cecair atau serbuk.
Ia adalah pengganti gula yang dibuat dari daun tanaman stevia. Berbanding gula biasa, ia tidak mengandungi karbohidrat, kalori, atau bahan buatan.
Ia juga dikaitkan dengan beberapa faedah kesihatan seperti mengurangkan kadar gula dalam darah dan mencegah kaviti pada gigi.
Sirap adalah bumbu yang merupakan cairan pekat yang terdiri daripada larutan gula di dalam air. Ia mengandungi sejumlah besar gula terlarut.
Antara jenis sirap gula yang digunakan ialah sirap jagung dan sirap emas. Kedua-duanya mempunyai beza dari segi warna dan cara pemprosesan.
Sirap emas ini berwarna keemasan manakala sirap jagung berwarna jernih. Sirap emas mempunyai rasa seperti gula karamel manakala sirap jagung mempunyai rasa manis yang biasa.
Gula hitam ini merupakan gula yang didatangkan dalam bentuk sirap yang pekat.
Ia mempunyai rasa gula yang kuat, sedikit pahit, dan warnanya lebih pekat dan gelap berbanding sirap gula yang lain.
Gula hitam digunakan sebagai pemanis dalam kek, roti, biskut, sos manis dan juga casserole. Ia juga boleh disapukan pada daging untuk perapan.
Bagaimana? Sudah jumpa jenis gula yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan menarik untuk dinikmati?
Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai khasiat dan kegunaan yang tersendiri. Selamat mencuba!
Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.