Agak-agaknya ada berapa jenis durian yang boleh didapati terutamanya di Malaysia?

Durian atau lebih dikenali dengan raja buah merupakan buah yang sangat terkenal di negara kita. Buktinya, bukan orang kita sahaja yang tergilakannya, malah orang luar pun turut menyukainya.

Namun, penting untuk anda ketahui yang durian bukannya ada 2-3 jenis sahaja. Ianya lebih dari apa yang anda jangka.

Berikut kami senaraikan 12 jenis durian yang wajib anda ketahui. Alang-alang terliur tu, cuba sahajalah bila tiba musimnya. Teruskan membaca!

#1 D-99

jenis durian - d99

Imej via Facebook

Durian jenis D-99 ini agak mudah untuk didapati. Dari segi saiz buah, ianya selalunya bersaiz sederhana besar atau kecil dan bentuknya bulat. Durinya halus & tajam, manakala warnanya hijau gangsa.

Untuk isinya pula, ianya tidak terlampau manis dan baunya juga tidak sekuat bau jenis durian yang lain. Pendek kata, kalau anda tidak berapa suka bau durian yang kuat, bolehlah cuba jenis D-99 ini.

#2 D-123 Durian Chanee

jenis durian d123

Imej via Facebook

Durian D-123 ini dikenali sebagai Durian Chanee. Bentuknya sedikit lonjong berbanding durian yang lain. Kulit durian berwarna hijau keperangan dan teksturnya lebih kasar.

Isinya berwarna kuning, tebal dan rasanya lemak-lemak manis. Baunya juga sederhana dan tidak terlampau kuat. Tahap kepejalannya juga dikategorikan sebagai lembik.

#3 D-158 Kan Yau

Durian D-128 merupakan Durian Kan Yau. Durian yang berasal dari Thailand ini bersaiz sederhana besar dan beratnya selalu dalam purata 2- 3 kilogram.

jenis durian

Imej via Facebook

Jenis durian ini sangat terkenal dengan tangkainya yang panjang, kira-kira 17 cm! Warna isinya selalunya kuning dan isinya sederhana besar dan tahap kepajalannya lembik. Saiz buah pula bujur dan sederhana besar.

#4 D-168 Hajah Hasmah

Nama lain bagi durian D-168 ini agak menarik dan unik – Durian Hajah Hasmah! Buahnya berbentuk bulat, besaiz sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau keperangan.

jenis durian d168

Imej via Facebook

Kategori D-168 ini buahnya mudah dikopek berbanding kategori lain. Isinya berwarna jingga dan tahap kepejalannya tinggi. Ianya mempunyai rasa lemak manis namun sedikit pahit.

#5 D-169 Tok Litok

Durian D-169 ini nama lainnya ialah Durian Tok Litok. Buah kategori ini berbentuk bujur dan panjang, manakala warnanya hijau kekuningan.  Durinya panjang dan saiznya sederhana besar.

jenis durian d169

Imej via Facebook

Isinya manis dan sedikit pahit. Ketebalan isinya ialah sederhana dan warna isi ialah kuning. Berat buah ini juga agak ringan, sekitar 1.5 – 3 kilogram sahaja.

#6 D-175 Durian Udang Merah

Durian Udang Merah merupakan antara durian yang agak dikenali berbanding jenis durian yang lain. Selain Musang King, Udang Merah merupakan antara durian yang terlaris.

d175

Imej via Facebook

Saiz buahnya ialah sederhana besar dan berbentuk bujur. Kulitnya berwarna hijau perang dan durinya pendek. Untuk isi, ianya tebal, lembik dan rasanya lemak-lemak manis.

#7 D-145 Durian Beserah

Kategori D-145 pula duriannya dikenali dengan nama Durian Beserah atau Durian Tuan Mek Hijau. Buahnya bersaiz besar dan berbentuk bulat. Kulitnya berwarna hijau dan nipis.

beserah

Imej via Facebook

Isinya sederhana tebal, teksturnya halus dan ianya berwarna kuning. Warna isinya kuning, kepejalan isi ialah lembik dan ianya tidak terlampau manis. Baunya juga sederhana.

#8 D-13

Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mencuba durian dan kurang menggemari aroma durian yang kuat, bolehlah anda cuba durian kategri D-13 ini. Pasti cocok dengan citarasa anda!

d13

Imej via Facebook

Durian ini bersaiz sederhana dan isinya tidak tebal. Warna isinya pula jingga dan tahap kemanisannya ialah sederhana dan rasanya tidak terlampau kuat.

#9 D-24

D-24 merupakan antara jenis durian yang senang didapati dan murah harganya berbanding durian lain. Pendek kata, ianya memang akan menjadi buruan ramai setiap kali tiba musim durian.

jenis durian d24

Imej via Facebook

Buahnya bersaiz sederhana besar, berbentuk bulat dan berwarna kehijauan. Isi durian berwarna kuning pucat, rasanya lemak namun sedikit pahit. Tahap kemanisan ialah biasa.

#10 D-200 Durian Duri Hitam

Durian selalunya berwarna hijau atau kuning, kali ini kami bawa satu keunikan untuk kategori D-200 ini – kulitnya berwarna hitam. Sebab itulah ianya dikenali dengan nama Durian Duri Hitam!

duri hitam

Imej via Facebook

Durian ini bersaiz sederhana dan berbentuk bulat. Isinya tebal dan berwarna jingga. Rasanya manis berkrim , namun sedikit pahit, Tekstur buah ialah lembut dan tahap kepejalannya ialah biasa.

#11 D-159 Durian Mon Thong

Durian kategori D-159 juga dikenali sebagai Durian Mon Thong. Melihat namanya sahaja pasti anda boleh teka yang durian ini berasal dari Thailand. Untuk pengetahuan anda, Mon Thong ialah Raja Durian Thailand!

mon thong

Imej via Facebook

Buahnya bersaiz besar, berbentuk bujur dan hujung buahnya tajam. Kulitnya berwarna hijau keperangan dan tangkainya pendek. Isi durian jenis ini sedikit keras, rasanya manis dan tidak pahit.

#12 D-197 Durian Musang King

Inilah dia jenis durian yang anda nanti-nantikan – Musang King atau Raja Kunyit! Jenis durian ini merupakan antara yang paling terkenal di negara kita. Kualitinya juga merupakan yang terbaik berbanding jenis yang lain.

musang king

Imej via Facebook

Keunikan durian jenis ini terletak pada kualiti dan tekstur isinya yang lebih lembut berbanding durian biasa. Rasanya juga berlemak serta memiliki rasa berkrim dan pahit.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah mula kecur perut membayangkan kemanisan dan rasa berkrim durian? Jangan tunggu lama-lama, takut nanti menyesal pula bila jenis durian kegemaran habis terjual!

Kami juga ingin menasihati anda agar meneliti jenis durian yang anda beli. Sesetengah penjual boleh mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang tidak tahu tentang jenis durian. Harap artikel ini membantu anda mengenali jenis durian ya!

Selain dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dibuat tempoyak, serawa, durian crepe atau lebih menarik, aiskrim. Cuba sahaja mana-mana resepinya. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.