Mencari restoran ikan bakar di Johor?

Johor merupakan negeri yang mempunyai pelbagai tarikan yang istimewa. Dari segi hiburan, tempat menarik, sejarah dan tempat makan, semuanya ada tarikan yang tersendiri. Tidak hairanlah pelancong di Johor selalunya ramai.

Bercadang untuk ke Johor dan mencari restoran ikan bakar? Berikut kami senaraikan 7 restoran ikan bakar di Johor untuk anda. Teruskan membaca.

#1 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Alamat :Jalan Cahaya (Taman Bakariah Indah), Muar, Johor 84000

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Medan Ikan Bakar Sabak Sawor ini terletak berdekatan dengan menara peninjau. Jika anda berada sekitar kawasan tersebut, bolehlah anda singgah menjamu selera di beberapa gerai ikan bakar di sini.

ikan bakar johor
Imej via Foursquare

Gerai Wak Jos Ikan Bakar merupakan antara gerai yang mencuri tumpuan ramai. Keistimewaan utama gerai ini terletak pada aneka jenis makanan laut yang segar dan cara masakan yang berbagai. Pilih sahaja apa yang anda mahu, pasti dapat disediakan!

Semestinya antara menu terlaris di situ ialah ikan bakar. Jenis ikan yang dipilih selalunya ialah ikan pari. Isi yang lembut dan juicy ditambah pula dengan sambal yang secukup rasa – memang padu!

#2 Selera Senibong Seafood

Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Adakah anda berada sekitar Masai dan masih mencari restoran ikan bakar sekitar situ? Singgah sahaja di restoran Selera Senibong Seafood, salaj sebuah restoran ikan bakar di Johor yang cukup terkenal.

ikan bakar johor
Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan yang singgah di sini memang berpuas hati dengan kualiti makanan lauk dan hidangan yang disajikan. Antara yang wajib anda cuba ialah ikan bakar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan kupang masak pedas.

Servis restoran yang pantas serta kebersihan yang baik merupakan antara faktor ramai pengunjung selesa menjamu selera di sini. Ruang restoran juga luas, sesuai jika anda ke sini untuk bersantai.

#3 Medan Selera Tepian Tebrau

Nama pun medan selera, semestinya ada banyak gerai yang menyajikan jenis hidangan yang berbeza. Salah satu gerai yang wajib anda singgah ialah gerai ikan pari bakar di sini.

ikan bakar johor
Imej via Foursquare

Gerai tersebut dikenali dengan nama Gerai Ayong. Ikan pari bakar mereka dikatakan lembut isinya dan cukup segar, sangat enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih. Aromanya harum juga telah memikat hati ramai pelanggan.

Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan dari gerai lain seperti rojak, sotong kangkung dan tauhu bakar. Ruang medan selera yang luas ini menjadikan ia sesuai disinggah oleh pengunjung yang ingin bersantai.

#4 AS Ikan Bakar

Alamat: 4, Jalan Pengkalan 14, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Kebanyakan restoran ikan bakar dibuka pada waktu malam. Mengidamkan ikan bakar pada waktu tengah hari? Singgah sahaja di AS Ikan Bakar yang terletak di Kampung Pasir Putih di Pasir Gudang ini.

ikan bakar johor
Imej via Foursquare

Terletak berhadapan dengan masjid, restoran ini dibuka seawal jam 11 pagi lagi. Jenis ikan yang segar-segar juga ada berbagai. Antaranya ialah ikan keli, ikan cencaru, ikan bawal, ikan talapia dan ikan siakap. Memang sedap dimakan bersama sambal kicap!

#5 Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung (Johor Bahru)

Alamat: NO. 2, Jalan Padi Emas 4/3, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 11.30 pm

Jika anda pernah ke restoran Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung yang terletak di Melaka, anda pasti jatuh cinta dengan keenakkan ikan bakar di situ, bukan?

Imej via Facebook

Di Johor Bahru, restoran tersebut ada membuka salah satu cawangannya di Bandar Baru Uda. Restoran ini sememangnya terkenal dengan ikan bakar dan makanan laut yang bukan sahaja berbagai, malah sedap-sedap belaka.

Antara jenis ikan yang disajikan termasuklah ikan pari, ikan siakap dan ikan jenahak. Ikan yang dibakar dengan sempurna ini cukup enak dimakan bersama sambal yang dikatakan ‘padu’ oleh ramai pelanggan yang mencubanya.

#6 Fainanos Laksa Johor & Ikan Bakar

Alamat: Kampung Tunggul Hitam, 86400 Sri Gading, Johor

Waktu operasi: Setiap hari, 3.30 – 11 pm

Sukakan laksa Johor dan ikan bakar? Jika ya, apa kata anda singgah di restoran Fainanos Laksa Johor & Ikan Bakar yang terletak di Sri Gading ini? Bukti populariti restoran ini terserlah apabila ia sentiasa dibanjiri dengan pengunjung.

Imej via Instagram

Ikan bakar di restoran ini diakui sedap oleh ramai pelanggan mereka. Keistimewaan utama ikan bakar di sini ialah ianya merupakan ikan bakar petai dan sambal yang digunakan merupakan resepi rahsia buatan sendiri. Memang terangkat!

Antara jenis ikan yang boleh dipilih termasuklah ikan siakap, pari, jenahak, bawal dan tilapia merah. Makanan laut lain seperti sotong dan kerang juga turut disajikan, cukup berbagai.

#7 Badai Ikan Bakar

Alamat: No. 17, Jalan, Pasir Gudang Highway, Taman Johor Jaya, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am

Restoran Bdai Ikan Bakar yang terletak di Taman Johor Jaya di JB ini merupakan antara nama restoran ikan bakar dan makanan laut yang menjadi sebutan ramai.

Imej via Foursquare

Siakap bakar di restoran ini merupakan antara hidangan ‘terhangat’, memang sedap walaupun dimakan bersama nasi putih sahaja. Hidangan lain seperti tomyam kelapa dan siakap tiga rasa juga wajib anda cuba.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran ikan bakar di Johor yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang, singgah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.