Mencari kafe hipster di Johor Bahru yang boleh anda singgah?

Johor Bahru atau lebih dikenali dengan jolokan ‘JB’ merupakan ibu negeri daerah Johor. Biasalah kalau ibu negeri, semestinya ianya mempunyai banyak tarikan pelancongan.

Selain tarikan pelancongan, JB juga boleh dikategorikan sebagai bandar syurga makanan. Tempat makan yang menyajikan aneka jenis genre makanan boleh didapati sekitar situ,

Kafe hipster atau kafe moden tidak terkecuali. Jadi, berikut kami senaraikan 10 kafe hipster di Johor Bahru yang boleh anda serbu. Teruskan membaca!

#1 Bigfood

Alamat: No 1, Jln Kolam Air 1, Jalan Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 3pm – 12 am

Nama restoran ini jelas menggambarkan saiz hidangannya yang sememangnya banyak. Kafe Bigfood ini sangat dipuji oleh pelangggan bukan sahaja kerana makanan yang enak, malah saiz hidangan juga tidak ‘kedekut’!

bigfood kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Berkonsepkan makanan Barat, antara menu yang boleh anda cuba ialah Grafa Lamb Chop, Spaghetti Bolognese dan Beef Lasagna. Pencuci mulut seperti kek dan brownies juga turut disediakan.

Soal harga, ianya tidak terlampau mahal jika kita fikirkan saiz hidangannya yang besar. Sangat berbaloi dan tidaklah mencekik darah.

#2 Faculty of Caffeine

Alamat: 106, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 5.30 pm

Dari namanya sahaja pasti anda boleh teka jenis minuman apa yang cukup terkenal di Faculty of Caffeine ini – semestinya kopi! Berita baik buat pencinta kopi, ramai pelanggan mengakui yang kopi di sini memang sedap!

Untuk kopi, anda boleh cuba caramel latte dan rose latte. Rasanya tidak terlampau manis, namun kopinya masih pekat. Bolehlah anda nikmati sambil bersantai-santai di sini.

faculty of caffeine @ kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Selain kopi, hidangan yang dihidangkan di sini juga tidak kurang hebatnya. Antara yang boleh anda cuba ialah Korean Fried Chicken, Chicken & Waffle & Madam Lim’s Brownies.

#3 Cupchai Cafe & Resto

Alamat: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Unik sungguh nama kafe Cupchai Cafe & Resto ini. Makanan yang dihidangkan di sini juga mendapat pujian ramai pelanggan, jelas menunjukkan yang ianya bukan kafe hipster di JB yang biasa-biasa.

Makanan yang dihidangkan berkonsepkan hidangan tempatan dan Barat. Saiz hidangan yang besar juga merupakan antara kelebihan hidangan di kafe ini.

cupchai kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dicuba ialah mi rebus, roti titab, roti bakar dan kacang pool, Spaghetti Aglio Olio dan Spaghetti Carbonara. Beraneka selera betul, pasti ianya menepati citarasa ramai!

#4 Olive Musicafe

Alamat: 5-01 & 6-01, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 – 11.30 pm

Kadangkala, sambil kita menikmati hidangan yang enak, teringin juga untuk mendengar alunan muzik oleh live band yang menaikkan ‘mood’. Untuk merasai pengalaman sebegitu, singgah sahaja di Olive Musicafe!

olive musicafe kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Hidangan yang boleh anda cuba di sini ialah Mac and Cheese, Aglio Olio, Beef Lasagna, Bread Butter Pudding dan Fish and Chips. Untuk minuman pula, Hazelnut Latte merupakan antara minuman yang terlaris di sini.

#5 CATS Cafe JB – Cats At Their Sanctuary

Alamat: 31A, Lorong 2c, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 1- 9 pm

Biasanya kita melihat kafe kucing di KL dan Selangor sahaja, tapi ada ke di JB? Semestinya ya! Kepada pencinta kucing, anda boleh terjah C.A.T.S Cafe untuk melihat ragam kucing-kucing yang comel.

kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Untuk hidangan yang disajikan, kafe ini menyajikan hidangan Barat seperti Tokyo Chicken Chop, Grilled Chicken, Chicken Bolognese dan Spaghetti Carbonara.

#6 Chaiwalla & Co. Container Cafe

Alamat: 36, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am manakala Jumaat & Sabtu 12 pm – 1 am

Sebut sahaja ‘Chai’, semestinya anda tahu yang ia memberi maksud ‘teh’, bukan? Teh yang disediakan di Chaiwalla & Co. Container Cafe ini bukan sebarang teh ya!

kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Bukan teh sahaja, malah kopi di sini juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Antara yang boleh anda cuba ialah Thai Milk Tea, Vietnamese Coffee, Chai Latte dan Coffee Caramel. Pekat dan tidak terlampau manis!

#7 Bev C

Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Konsep kafe ini sangat unik, kerana ianya merupakan gabungan butik dan kafe! Sambil anda mencuci mata melihat baju-baju yang cantik, bolehlah anda menikmati kopi dan pencuci mulut di sini.

Kopi dan pencuci mulut merupakan hidangan yang laku keras di kafe Bev C ini. Antara koi yang disediakan ialah Latte, Mocha dan Espresso. Teh dan Smoothies juga turut disediakan.

bev c

Imej via Foursquare

Untuk pencuci mulut, anda boleh menikmati pai seperti Matcha, Apple Crumble dan Salted Caramel Nuts. Berbeza jenis, namun keenakkannya masih sama.

#8 The DreamLiner Airways Cafe

Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Konsep dekorasi The DreamLiner Airways Cafe ini cukup menarik dan unik. Seolah-olah menikmati hidangan di atas kapal terbang rasanya. Bukan selalu nak jumpa kafe sebegini, bukan?

dreamliner airways kafe hipster johor bahru

Imej via Foursquare

Hidngan yang disajikan di kafe ini pula berasaskan makanan Barat dan Asia. Anda boleh cuba Honey Mustard Salmon, Aglio Olio, Nasi Lemak, Grilled Chicken Chop dan Grilled Chicken Burger.

#9 Shakespeare Milkshakes

Alamat: 9, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 12 – 10.30 pm, Jumaat dan Sabtu 11 am – 10.30 pm

Sukakan minuman milkshake? Shakespeare Milkshakes ini bukan menyediakan milkshake yang biasa-biasa tau! Tidak keterlaluan jika kami katakan yang milkshake di sini merupakan antara yang terbaik di JB!

shakespeare milkshakes

Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda pesan ialah Kinder Bueno Specialty Shake. Sangat sesuai dinikmati jika anda penggemar makanan manis seperti coklat. Rasanya yang manis mampu membangkitkan mood sesiapa sahaja!

Selain itu, menu lain yang boleh dicuba pula ialah Salted Caramel Affogato, Churros dan Dark Chocolate Soft Swerve.

#10 Monsta Cafe

Alamat: 157, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 11 am – 10 pm manakala Jumaat dan Sabtu 11 am – 11 pm

Monsta Cafe ini juga merupakan salah satu kafe hipster di Johor Bahru yang wajib anda serbu. Menghidangkan makanan berkonsepkan hidangan Barat, kafe ini juga terkenal dengan kopinya.

 monsta

Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh dicuba ialah Italian Fried Chicken, Garlic Bread with Mushroom Soup dan Salmon Spaghetti. Untuk minuman, jangan lupa cuba latte di sini, dijamin sedap!

Kesimpulan

Banyak juga kafe hipster di Johor Bahru yang boleh dikunjungi. Ini baru 10 kami senaraikan, tapi kami yakin pasti anda sudah mula rambang mata, bukan?

Tidak mengapa, serbu sahaja satu persatu. Jangan lupa singgah pada waktu yang sesuai, takut nanti berebut ruang parkir dan ruang dalam kafe pula. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di JB? Klik sahaja pada link di bawah!
Tempat Makan Best Di Johor

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.