Menampilkan minuman yang begitu unik dan special, The Caravan Café mampu menarik perhatian pelanggan yang datang ke sini dengan minuman ‘butter beer’nya. Minuman ini merupakan gimik buih putih yang membuak di gigi gelas seperti di dalam filem Harry Porter. Ini lah yang menjadi tarikan para pelanggan.

The Caravan Café ini terletak di Bandar Baru Bangi dimiliki oleh Mohamad Amin Razak mendapat idea minuman tersebut dari isteri tersayang, Mumtaz Jihan Abdul Jalil. Beliau merupakan peminat tegar filem fantasi tersebut.

Butter Beer

Imej via facebook

Butter Beer Minuman Tanpa Alkohol

‘Butter beer’ ini mempunyai rasa manis dan masin. Bagi yang tidak pernah mencubanya, pasti merasa agak pelik dengan rasa minuman tersebut. Minuman ini sememangnya boleh diminum oleh orang muslim biarpun namanya ‘butter beer’ dan tidak membawa maksud minuman ‘beer’ yang haram diminum itu.

Air ‘butter beer’ ini tidak mempunyai sebarang bahan terlarang. Ia dihasilkan oleh gabungan sirap ‘butter scotch” serta soda yang menghasilkan rasa manis, lembut dan juga lemak masin mentega. Ternyata, ‘butter beer’ ini telah mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana terpikat dengan keunikan rasa minuman ini.

Selain ‘butter beer’ yang memiliki rasa yang istimewa, menu yang boleh anda cuba juga adalah ‘butter milk chicken’ yang disajikan bersama sos mentega yang pekat dan likat. Pastinya ia membuka selera anda tatkala merasai hidangan tersebut.

Butter Milk Chicken

Imej via facebook

Set Butter Milk Chicken Menu Wajib Dicuba

Pelanggan boleh mencuba hidangan‘butter milk chicken’ yang dihidang bersama nasi putih serta salad. Antara menu lain yang turut menarik perhatian adalah sotong telur masin, sandwich, pasta serta salmon dan sangat sesuai buat mereka yang sangat menjaga menu diet.

The Caravan Café turut mendapat perhatian ramai apabila ia pernah tular di blog makanan yang mengwar-warkan bahawa restoran ini terbaik dalam menyajikan hidangan sekitar Lembah Klang dan Selangor. Hidangan makanan di sini disajikan dengan harga yang begitu berpatutan iaitu antara RM 9.00 hingga RM 29.00. Saiz hidangannya pula agak besar sehingga boleh dinikmati oleh dua orang.

Dessert

Imej via facebook

Pengunjung yang datang ke sini juga boleh mencuba hidangan pencuci mulut yang begitu menarik biarpun agak ringkas. Anda boleh mencuba potongan kek pandan gula Melaka, tart keju mangga dan juga tart keju Nutella. Ia sangat sesuai dijadikan penutup hidangan utama setelah menikmati sajian bersama keluarga dan rakan taulan.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga jam 11.00 malam setiap hari kecuali hari Isnin. Anda yang inginkan sesuatu yang baru, bolehlah mencuba hidangan tersebut di sini. Semestinya anda tidak akan kecewa tatkala mencuba hidangan yang disajikan, tambahan pula harganya tidak lah begitu mahal. Pastinya berbaloi menjamu selera di sini.

Alamat: 15-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.