Gulai Ikan Meletop. Hidangan gulai ikan temenung, nasi putih, sambal belacan serta ulam-ulaman adalah hidangan lengkap untuk dijamah pada waktu makan tengah hari. Namun bagi penduduk di kawasan Kuala Kedah di sini, hidangan tersebut adalah menu bagi sarapan pagi mereka. Bagi sesetengah orang yang tidak biasa menjamah hidangan ‘berat’ pada waktu pagi, kemungkinan mereka berasa pelik dengan set sarapan yang lengkap dengan ulam-ulaman pada waktu pagi.

gulai ikan meletop

Namun, kedai makan yang menjual gulai ikan temenung pada waktu pagi tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di kawasan Kuala Kedah. Boleh dikatakan kini gulai ikan temenung seolah-olah menjadi mercu tanda baru Kuala Kedah yang sebelum ini terkenal dengan pengangkutan feri untuk ke Pulau Langkawi. Setiap kedai mempunyai keunikan rasa gulainya yang tersendiri dan masing-masing mempunyai resipi rahsia warisan asli masing-masing.

Wajib Singgah gerai Gulai Ikan Meletop

Apabila berada di Kuala Kedah atau kawasan Kota Kuala Kedah, tidak sah jika tidak singgah makan tengah hari di kedai makan Gulai Ikan Meletop yang terletak di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah yang menghidangkan lauk terkenal ini di samping pelbagai lagi juadah lauk-pauk lain.

Kedai makan ini juga beroperasi tujuh hari seminggu dan bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 3 petang. Selalunya jam 11 pagi hingga 2 petang, orang ramai sudah mula memenuhi kedai makan ini. Seawal jam 7 pagi, orang ramai sudah berkunjung ke kedai makan ini.

Walaupun terdapat banyak kedai makan atau restoran yang turut menghidangkan lauk gulai ikan temenung di sekitar kawasan itu. Tetapi masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyediakan juadah berkenaan.

Keenakan gulai ini harus sepenuhnya bergantung kepada kuahnya yang pekat dan sedikit rasa masam namun bila dikatakan sedap. Ia adalah subjektif kerana tertakluk sepenuhnya kepada pelanggan yang berkunjung ke sini.

Yang membezakan kedai makan saya ini dengan restoran atau kedai makan lain turut menyediakan hidangan lauk ‘Ikan Cabut Tulang’. Di mana ikan temenung itu dibuang tulangnya sebelum isinya itu disumbat dengan kelapa dan cili dan kemudian digoreng.

Gulai Ikan Meletop

Walaupun harga ikan temenung di pasaran tidak menentu, gerai ini tetap mengekalkan jualan harga gulai ikan temenung pada kadar sama. Iaitu RM2.50 untuk seekor ikan.

Harga rendah itu diharap mampu memikat pengunjung. Ini supaya mereka tidak berasakan sedang menikmati sarapan atau hidangan tengah hari di kedai makan, malah berasakan mereka berada di rumah.

Tidak hairanlah, kemesraan serta senyuman yang sering diukir pemilik gerai Gulai Ikan Meletop kepada pelanggannya menyebabkan ramai suka datang sini. Pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dari seluruh negara akan berkunjung ke kedai makannya. itu untuk menjamu hidangan gulai ikan temenung.

Info

Guali Ikan Meletop

13, Jalan Kn 1,

Taman Baru Kuala Kedah,

06600 Kuala Kedah, Kedah

Facebook : https://www.facebook.com/Gulai-Ikan-Meletoppp-765564730242223/

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.