Nasi Kandar merupakan makanan yang amat digemari di Sungai Petani. Banyak kedai nasi kandar dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu Nasi Kandar yang popular ialah Nasi Kandar Yasmeen. Nasi Kandar Yasmeen Sungai Petani terletak di sebelah pasaraya C-Mart Amanjaya Mall. Tempat memang strategik sebab berdekatan dengan susur keluar lebuhraya Sungai Petani Utara.

nasi kandar yasmeen sungai petani

Imej via Google

Pada asalnya Nasi Kandar ini berasal dari Pulau Pinang. Nasi Kandar dihidangkan bersama daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng.

Turut juga disediakan hidangan bersayur iaitu seperti terung, bendi atau peria. Perkataan Nasi kandar berlaku apabila penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi.

Nama itu akhirnya kekal sehingga hari ini. Serta terdapat kebanyakan restoran Tamil Islam atau lebih dikenali dengan nama mamak dan gerai hidangan India Muslim.

Nasi Kandar Yasmeen Sungai Petani Terkenal Dengan Keenakan Ayam Goreng

nasi kandar yasmeen

Rata-rata pengunjung yang bertandang ke restoran ini confirm akan jatuh cinta sejak kali pertama mencubanya. Nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan juga lauk sampingan yang lain sudah cukup untuk memuaskan selera ramai pengunjung. Sehinggakan mereka sanggup untuk beratur panjang hanya untuk sepinggan nasi kandar.

Keistimewaan nasi kandar kat sini adalah nasi tu. Nasi yang dihidangkan adalah nasi minyak yang dimasak sempurna dan lembut apabila dimakan.  Ayam goreng pun besar, dan pasti anda puas hati. Harga untuk setiap lauk yang diambil sangat berpatutan dan murah.

Hiasan dan susun atur restoran ni, kelihatan macam seperti hotel 4-5 bintang. Suasana teratur dengan aircond sejuk, kerusi empuk dan pemasangan lampu di siling cantik membuatkan rasa macam dekat restoran mewah. Pekerja sini pun mesra dan mudah untuk berurusan.

Pengunjung yang datang ke Restoran Nasi Kandar Yasmeen ini rata-ratanya memuji tahap kebersihan dan persekitaran di situ. Bagi pengurus di Restoran ini beliau amat menitikberatkan soal kebersihan.

Para pekerja diwajibkan untuk memakai sarung tangan dan mencuci di setiap kawasan tersebut setiap kali habis waktu bekerja. Segala sampah sarap harus dibuang apabila sudah penuh supaya tidak dipenuhi lalat. Pengurus juga akan memeriksa dan memastikan restoran tersebut bersih daripada sebarang sampah sarap sebelum ditutup.

Restoran Nasi Kandar Yasmeen ini beroperasi daripada pagi sampai ke malam. Biasanya restoran ini akan dipenuhi oleh orang ramai pada sebelah siang. Mereka memilih restoran ini kerana cepat dan yang paling penting para pekerja di sini sangat mesra pelanggan.

Oleh itu, bagi sesiapa yang mahukan Nasi Kandar yang sedap bolehlah datang ke kawasan Sungai Petani ini. Selain rasanya yang enak, anda boleh membeli-belah di kawasan tersebut.

Info

Nasi Kandar Yasmeen Sungai Petani

Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Sebelah Kompleks Amanjaya Mall

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.