Rasanya ramai penggemar makanan Barat di kalangan rakyat Malaysia.
Apa kata kita jalan – jalan sekitar Bangi dan cari tempat makan western yang sedap dan berbaloi.
Kalau anda nak tahu, di Bangi ada sebuah restoran makanan western yang mempunyai kualiti yang tersendiri.
Restoran ini terletak tidak jauh dari kompleks PKNS Bangi.
Ia juga berada sebaris dengan restoran Mohd Abdullah Chan, Bangi.
Dah tentulah makanan – makanan western yang enak dihidangkan di sini.
Tengok sahaja menu yang diberikan sudah tentu anda rambang mata untuk membuat pesanan.
Semuanya nampak menarik dan mengiurkan.
Pilih sahaja makanan yang anda inginkan. Sudah pasti anda berpuas hati.
Boleh sahaja memilih hidangan utama, side dish, appertizer, salad dan bermacam lagi lah.
Lamb chop dan chicken chop sering menjadi pilihan pelanggan.
Tenderloin steak juga tidak terkecuali.
Dihidangkan bersama sos lada hitam yang diadun bersama bahan – bahan berkualiti sudah pasti memberikan satu kepuasan kepada para pelanggan.
Setiap hidangan pula dihidangkan bersama french fries yang digoreng panas serta campuran sayur segar sebagai salad.
Pasta pun turut dihidangkan di sini. Anda boleh memilih samada spaghetti Bolognese ataupun carbonara.
Aglio oglio seafood juga boleh dinikmati dengan gembira, itu gerenti !
Lasagna juga sarat dilapisi daging hancur bersama sos istimewa.
Bagi anda yang inginkan saiz hidangan yang lebih kecil, boleh juga memesan @grills junior steak atau super junior chicken.
Mac and cheese juga sungguh memukau pandangan, apatah lagi rasanya yang begitu superb.
Rasanya juga tidak begitu berat dan tidak memualkan.
Ada lagi yang boleh dicuba di sini iaitu onion ring yang digoreng panas – panas, apabila digigit di luarnya rangup dan di dalamnya lembut sahaja.
Sambil menunggu hidangan utama, boleh juga anda mencuba sup cendawan yang dimasak sendiri dan bukannya sup segera ya !
Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama garlic bread.
Pelbagai jenis burger dan sandwich juga boleh anda cuba.
Jangan lupa juga untuk memesan nachos Bolognese sebagai side dish anda yang sememangnya sedap.
Pendek kata, sememangnya restoran ini menyediakan pelbagai hidangan western yang boleh menjadi santapan anda sekeluarga.
Bukan sahaja western, malah hidangan Italian dan juga Mexican juga terdapat di sini.
Minuman yang terdapat di restoran ini cukuplah banyak.
Air buah nya pula begitu menarik dan ada juga campuran minuman yang diadun sesuai dengan permintaan pelanggan untuk dicuba.
Buah – buahan yang digunakan untuk membuat minuman di sini adalah yang segar dan bermutu sahaja demi menjaga kualiti minuman yang dihidangkan.
Harga makanan di sini pula ada setanding dengan hidangan yang disediakan.
Yang pasti, makanan yang dihidangkan pasti memuaskan hati setiap para pelanggan yang datang menjamu selera di sini.
Alamat : No. 50, Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor