Di mana nak makan makanan Jepun yang sedap dan halal di Selangor? Di mana lagi kalau bukan restoran Jepun halal Selangor iaitu Fujiyama Japanese Restaurant!

Jika anda pertama kali ingin mencuba makanan Jepun, tak usah risau kerana pelayan yang ramah dan friendly akan mencadangkan hidangan Jepun yang popular di sini. Penting sekali, Fujiyama Japanese Restaurant ada sijil pengesahan halal.

Anda muslim tak perlu risau. Harga makanan di sini berbaloi dengan porsi makanan yang mengeyangkan serta berkualiti.

Bukan sahaja makanan Jepun, malah suasana dan reka bentuk restoran Jepun halal ini juga pasti membuatkan anda terasa seolah-olah berada di Jepun. Sekiranya anda masih belum berpeluang ke Jepun, setidaknya boleh rasakan vibenya di sini.

restoran jepun halal
Imej via [google]

MENU UTAMA FUJIYAMA JAPANESE RESTAURANT

Seperti yang ramai telah maklum, restoran ini menyediakan makanan Jepun terbaik buat anda. Antaranya adalah Sushi yang dihidangkan dengan pelbagai set, Sashimi, Donburi (nasi lauk di dalam mangkuk) pelbagai variasi lauk, Ramen, Bento dan macam-macam lagi makanan yang anda biasa lihat di dalam anime-anime Jepun. Set kombo juga sangat berbaloi untuk anda cuba.

restoran jepun halal
Imej via [google]

Makanan pembuka (appetizer) yang menarik restoran ini pula semisal Yaki Shishamo, Yaki Unagi, Chuka Idako, Ebi Tempura dan sebagainya. Hidangan-hidangan yang disediakan bukan saja rasanya lazat, bahkan dari segi bentuk dan penyediaannya juga sangat unik, berwarna-warni dan membuatkan kita tidak sabar untuk mencubanya. 

Imej via [google]

MENU LAIN FUJIYAMA JAPANESE RESTAURANT

Selain makanan Jepun, restoran Jepun halal ini juga menyediakan set makanan western. Antaranya adalah Classic Spaghetti Aglio, Spaghetti Carbonara, Garlic Ramen, Cheese Baked Spaghetti dan macam-macam lagi.

Sebahagian makanan western di sini dikombinasikan dengan makanan Jepun. Itu mungkin sesuatu yang baru buat anda untuk mencuba. 

restoran halal jepun
Imej via [google]

Minuman dan aiskrim yang disajikan juga tak kalah hebatnya. Hidangan pemanis mulut wajib anda rasa seperti Chocolate Ice Cream, Vanilla Ice Cream, Strawberry Soda, Lychee Soda dan lain-lain lagi pasti melegakan haus pada tekak anda ketika cuaca panas.

restoran jepun halal
Imej via [google]

Tiada masalah untuk datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan ke Fujiyama Japanese Restaurant. Lebih ramai, lebih meriah!

Jika anda sudah biasa makan hidangan Jepun, datang dan bandingkanlah restoran Jepun halal ini dengan kedai lain. Sekiranya anda pertama kali ingin mencuba makanan Jepun,  restoran ini mungkin titik permulaan buat anda. 

Lokasi: 21, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11 am – 11.30 pm

No Telefon: 03 7732 6691

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.