Semenjak perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac yang lalu, sedikit sebanyak telah membataskan pergerakan orang ramai terutamanya untuk keluar rumah. Makin terasa apabila menjelangnya bulan Ramadhan kerana orang ramai sudah biasa dan sinonim dengan kemunculan bazaar Ramadhan di sana sini setiap kali menjelangnya bulan puasa. 

Nampaknya bulan puasa tahun ini benar-benar menguji semua orang. Buktinya jika dulu boleh ke Pasar Ramadhan secara langsung untuk membeli aneka juadah tapi kini sudah tidak boleh lagi. 

Menyedari akan perkara ini, pihak FoodPanda telah mengambil keputusan untuk bergabung bersama Penang Halal International untuk mewujudkan E-Bazaar Ramadan. Dengan adanya E-Bazaar Ramadan ini, setiap warga Penang boleh terus membeli menu kegemaran masing-masing dengan cara yang selamat. 

Sesuai dengan perintah berkurung, orang ramai boleh memesan makanan menggunakan perkhidmatan E-Bazaar Ramadan dan pihak Foodpanda akan menghantar makanan yang dipesan sehingga ke depan pintu rumah anda. 

E-Bazaar Ramadan Menawarkan Pelbagai Menu Menarik Sepanjang Bulan Puasa

foodpanda

Untuk pengetahuan anda, Penang Halal International merupakan anak syarikat entiti milik kerajaan negeri iaitu Penang Development Corporation. Ketika negara memasuki fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan dengan jarak yang terhad maka pihak FoodPanda telah tampil untuk turut mengambil bahagian. 

Melalui E-Bazaar Ramadan ini juga, penduduk tempatan di Pulau Pinang dapat mengurangkan risiko jangkitan dengan tetap berada di kediaman masing-masing. 

Berbeza dari tahun sebelumnya, FoodPanda benar-benar ingin mendorong dan menyarankan orang-orang Pulau Pinang untuk terus berada di rumah sambil terus dapat menikmati hidangan berbuka Puasa yang digemari.

Dengan kerjasama dalam perkhidmatan penghantaran makanan Penang ini juga, Foodpanda mahu terus berusaha dengan penuh komited bagi semua para pelanggannya. 

Seterusnya, negeri Pulau Pinang di bawah inisiatif Penang Halal International juga akan  terus mendukung komuniti perniagaan. Sebagai contoh projek usaha kolaborasi dengan kerjasama FoodPanda melalui E-Bazaar Ramadan ini. 

Justeru itu,Pengguna Pulau Pinang akan dilayani dengan platform penyampaian khas walaupun menghadapi cabaran dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung, ” kata YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sejajar dengan ‘Normal Selanjutnya strategi Pulau Pinang’, saya juga berharap bahawa melalui platform foodpanda, kita dapat mendorong  mengalakkan lebih banyak komuniti perniagaan Halal menyertai dan  menggunakan peluang ini untuk sepenuhnya  serta memanfaatkan masa depan perniagaan dalam teknologi dengan sebaiknya- dunia yang dipacu, ” tambahnya

“Penang Halal International juga turut  bekerjasama  dengan foodpanda sebagai platform pengusaha perniagaan makanan pada bulan Ramadan. Dengan bekerjasama dengan syarikat jaringan penghantaran yang mapan dan berpengalaman seperti foodpanda,beliau yakin dan percaya bahawa Foodpanda mampu membawa impak yang positif dalam  industri makanan negara serta akan terus mempromosikan misi Penang Halal International dalam “Gaya Hidup Halal & Toyyiban (Kebersihan)” di kalangan komuniti perniagaan. 

Kerjasama ini turut  bertujuan untuk membolehkan perniagaan terus melayani pengguna menerusi platform penyelesaian digital, ”kata Y.B. Dato ’Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain, Exco Negeri Pulau Pinang untuk Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa dan Pengerusi Penang Halal International

“Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan Penang Halal International untuk membantu dan meringankan beban perniagaan yang mematuhi Halal melalui kerjasama ini. Ini adalah masa yang mencabar bagi negara, tetapi dengan bekerjasama, saya percaya kita dapat memanfaatkannya lebih kuat dari sebelumnya, ”Ucap Sayantan Das selaku  Pengarah Urusan  foodpanda Malaysia.

E-Bazaar Ramadan Mula Beroperasi Dengan Servis Penghantaran Contactless Delivery by Foodpanda

Perniagaan yang mematuhi garis panduan  halal serta  ingin menyertai E-Bazaar Ramadan FoodPanda seperti yang disokong oleh Penang Halal International  boleh mengisi borang yang telah disediakan. 

E-Bazaar Ramadan telah mula dilancarkan pada awal Ramadan lalu. Kini, semua pelanggan yang berada di Pulau Pinang dapat menggunakan servis food delivery Penang dapat membuat pesanan yang mudah pada bila-bila masa. 

Jangan lepaskan peluang ini dan jemput juga untuk sertai E-Bazaar Ramadan foodpanda yang sememangnya menawarkan peluang rezeki  khususnya para usahawan makanan halal diluar sana. Dan untuk semua warga Penang, anda bertuah kerana dapat shopping menu berbuka dengan mudah dan senang. 

Selamat berpuasa. Duduk rumah. Kita jaga kita. 

 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.