Wakaf Che Yeh antara tempat tumpuan di Kota Bharu. Paling happening adalah di waktu malam, ramai orang datang berkunjung ke sini.

Jika sudah berada di Wakaf Che Yeh ini, jangan lupa singgah makan di restoran yang berhampiran. Macam – mana menu ada, nasi kerabu, budu, singgang, maggi ketam dan banyak lagi lah. Jom kita menjamu selera di restoran yang disenaraikan ini.

#1. Singgang WCY Café

Bagi yang menggemari menu ikan singgang, cubalah datang ke Singgang WCY Café yang terletak di bahagian belakang Bank Rakyat berhampiran pasar malam wakaf Che Yeh ini. Bukan ikan singgang sahaja yang terdapat di sini, malah terdapat juga ikan rebus goreng, ikan gelama bekok, ulam budu, ikan kerisi goreng,  daging goreng kunyit, kembong 3 rasa, kulit ayam goreng serta masakan panas.

Singgang @ WcyCafe

Imej via facebook

Antara menu masakan panas yang memang best adalah tomyam, sup ekor, ikan tiga rasa, paprik, nasi goreng kerabu, daging bakar dan juga colek.

Ikan Sambal @ WcyCafe

Imej via facebook

Alamat : Pasar Borong Wakaf Che Yeh, 15200 Kota Bharu, Kelantan (Belakang Bank Rakyat)
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#2. JL Fara Crab

Nasi kerabu kambing bakar boleh dinikmati dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, manakala shellout pula bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah  malam setiap hari. Jadi, bolehlah anda bersarapan nasi kerabu kambing bakar seawal jam 7.00 pagi.

Shellout @ JL Fara Crab

Imej via facebook

Anda juga boleh menikmati kerabu mangga, kerang rebus, sotong bakar, ikan bakar, budu yang sememangnya makanan tempatan yang begitu marvellous.

Kerabu @ JL Fara Crab

Imej via facebook

Alamat : Lot 47 Batu 3 Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Kravers Lounge

Kravers Lounge antara restoran makanan barat yang boleh anda singgah dan rasai keenakan makanan di sini. Makanan barat disajikan buat para pelanggan cukup mengliurkan.

Charcoal Burger @ Kravers Lounge

Imej via facebook

Anda boleh mencuba chicken chop, lamb chop, meatball, spaghetti dan juga beberapa menu tempatan antaranya mee rebus serta nasi ayam combo. Hidangan di sini bersaiz besar dan pastinya memenuhi selera anda. Harga pula sangat berpatutan dan sesuai untuk semua golongan.

Chicken Chop @ Kravers Lounge

Imej via facebook

Alamat : Cabang 4 Pasir, jalan menghala ke Kubang Kerian, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#4. Restoran KST Selera Ikan Bakar

Kalau dah sampai Wakaf Che Yeh, jangan lupa makan ikan bakar di Restoran KST Selera Ikan Bakar. Memang best ikan bakar di sini, dengan perapan yang tersendiri.

Tomyam Kelapa @ Restoran KST

Imej via facebook

Bukan sahaja ikan bakarnya sedap, lauk lain seperti sotong bakar dan udang bakar juga memang meletop rasanya. Ditambah pula dengan tomyam kelapa yang begitu unik, sos pencicah yang begitu banyak, ulam – ulaman yang terdiri dari bunga kunyit, ulam raja, jering dan bermacam jenis ulam lain yang jarang ditemui.

Ikan Sweet Sour @ Restoran KST

Imej via facebook

Alamat : Lot 55-C Batu, 3, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#5. Restoran Gomo

Restoran Gomo bukan sebarang restoran. Menghidangkan pelbagai menu makanan tempatan rakyat Kelantan.

Perut Kicap @ Gomo Cafe

Imej via facebook

Terdiri dari sup asam pedas, daging bakar, perut lembu goreng, perut air asam, daging pekasam dan nasi goreng. Memang lain dari yang lain semua menunya.

Tomyam @ Gomo Cafe

Imej via facebook

Biarpun restoran ini kelihatan agak moden, namun mengenakan caj makanan yang sangat berpatutan dan tidaklah mahal. Dapat makan sedap dengan harga yang sangat berpatutan sudah tentu membuat anda gembira makan di sini.

Alamat : Lot, 2581, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#6. Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh

Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh memang terbaik di sini. Restoran pun bersih dan servis pun mantap.

Ayam Kampung @ Nasi Ayam Kampung

Imej via Imaduddin

Ayam kampungnya dimasak dengan tiga cara iaitu dimasak gulai, dibakar dan juga digoreng. Kedua – duanya memang enak dimakan bersama nasi putih. Terdapat gulai kulat sisir yang juga mampu menambah selera.

Ikan Bakar @ Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh

Imej via foursquare

Kuih muih tradisi masyarakat Kelantan juga begitu menyelerakan seperti pulut panggang, kuih cek mek molek dan akok.

Alamat : Lot 1256, Batu 4, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

#7. Restoran Mawar Merah

Inginkan tempat makan yang best di sekitar Wakaf Che Yeh ? Lamb chop di sini memang sedap, dagingnya lembut dan sosnya pula mantap sekali.

Udang Goreng @ Restoran Mawar Merah

Imej via facebook

Bagi yang sukakan char kueteow, boleh cuba di restoran ini. Menu – menu yang juga enak untuk dinikmati adalah nasi goreng kerabu, udang goreng mentega, yong tau fu, tomyam, siakap stim.

Chicken Grill @ Restoran Mawar Merah

Imej via facebook

Selesa sangat makan di restoran dengan suasana yang sungguh damai sekali. Boleh juga buat gathering di sini.

Alamat : Jalan Pintu Geng Wakaf Che Yeh, Kampong Wakaf Che Yeh, 15100 Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#8. D’ Klasik Kopitiam

Jika anda suka makan roti canai, boleh dapatkan di D’Klasik Kopitiam pada bila – bila masa sahaja. D’ Klasik Kopitiam ini dibuka selama 24 jam sehari menyajikan pelbagai jenis roti canai dan yang paling popular adalah roti canai tsunami yang dilengkapi dengan telur goyang.

Roti Telur Goyang @ D'Klasik Kopitiam

Imej via facebook

Antara lain yang enak adalah roti bakar mentega, roti bakar gula, ayam apple, ayam buttermilk, siakap masam manis, nasi goreng seafood, shellout, chicken chop, nasi goreng ayam telur masin, nasi lemak popcorn serta nasi goreng tomyam udang mentega. Nikmati jua secawan latte panas dengan aroma serta rasa yang  begitu menyegarkan.

Nasi Goreng Udang @ D'Klasik Kopitiam

Imej via facebook

Alamat : Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#9. Al-Kahfi Tomyam

Al-Kahfi Tomyam bukan sekadar menyajikan masakan berasaskan tomyam sahaja. Namun, ia menyediakan begitu banyak menu tempatan.

Sambal Udang Petai @ Kahfi Tomyam

Imej via facebook

Bermula dari pagi hari hinggalah ke malam hari, restoran ini sentiasa dipenuhi para pelanggan untuk menjamu selera. Menu yang sememangnya menjadi pilihan sudah tentulah tomyam iatu maggi tomyam, maggi ketam, mee bandung, nasi goreng, masakan panas ala Thai dan banyak lagi yang boleh anda cuba.

Nasi Goreng Nenas @ Kahfi Tomyam

Imej via facebook

Bagi yang suka minuman sejuk berais, apa kata anda cuba juga bingsu vanilla yang turut dilengkapi dengan buah – buahan yang menyejukkan badan.

Alamat : Jalan Kuala Krai, Zon Komersial Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#10. Damia Café

Damia Café menyediakan makanan steamboat and grill style. Sudah pasti begitu banyak pilihan makanan untuk dimasak dan anda boleh memilih makanan laut yang terdiri dari ketam, scallop, kepah, kupang, kerang, sotong, ikan dan udang.

Steamboat Grill @ Damia Cafe

Imej via facebook

Terdapat menu istimewa jika anda datang pada hari Khamis dan Jumaat iaitu kambing grill dan juga udang galah. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersteamboat dan grill  di Damia Café ini. Dengan hanya RM 25.00 seorang, anda pastinya kekenyangan menikmati hidangan di sini.

Kerabu Sotong @ Damia Cafe

Imej via facebook

Alamat : Lot 2442-B, 245, Jalan Wakaf Che Yeh – Salor – Pasir Mas, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#11. Abuya Steambot & Grill

Restoran Abuya Steamboat & Grill ini menyajikan hidangan berasaskan steamboat dan grill. Lokasi restoran sangat mudah ditemui namun, ruang parkir sedikit terhad untuk para pelanggan.

Steamboat @ Abuya Steamboat & Grill

Imej via facebook

Terdapat pelbagai makanan laut segar yang disediakan seperti ketam, udang, sotong, kerang, kupang, pepahat, isi ikan, pelbagai jenis daging yang diperap seperti kambing blackpepper, ayam bbq dan sebagainya. Anda boleh memilih samada kuah sup atau tomyam sekiranya lebih gemar kuah yang pedas.

Udang Grill @ Abuya Steamboat & Grill

Imej via facebook

Pelbagai jenis minuman turut disediakan, hanya pilih yang mana satu berkenan di hati. Dengan harga RM 29.00 seorang, anda boleh makan dengan sepuas hati di sini.

Alamat : PT 2194 E, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#12. Eddlee Fried Chicken

Jika kita sudah biasa menikmati ayam goreng KFC, McD, Texas Chicken dan lain – lain ayam goreng segera, apa kata kali ini kita cuba pula ayam goreng di Eddlee Fried Chicken. Restoran hanya terdapat di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja dan merupakan restoran francais.

Ayam Goreng @ Eddlee Fried Chicken

Imej via facebook

Ayam goreng di sini seakan – akan ayam goreng KFC, namun memiliki kelainan yang tersendiri. Selain ayam goreng, anda juga boleh mencuba chicken chop, burger, fries serta Korean fried chicken yang begitu berbeza.

Burger @ Eddlee Fried Chicken

Imej via facebook

Ruang makan di restoran ini begitu selesa dan luas. Malah, restoran ini sangat child friendly memudahkan para ibu bapa yang  membawa anak kecil dapat menikmati hidangan dengan tenang dan selesa.

Alamat : Batu 4, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#13. New Horizon Garden Restaurant

Seindah nama restorannya, New Horizon Garden Restaurant menampilkan gaya restoran yang berbeza. Sangat cemerlang dalam penyediaan makanan memberi rasa baru di dalam dunia masakan.

Siakap Sambal Petai @ New Horizon

Imej via facebook

Menampilkan suasana yang romantic di ruangan makan, memberi 1001 kelainan yang luar biasa. Sangat sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera dengan menu yang pelbagai.

Nasi Goreng Teratai @ New Horizon

Imej via facebook

Begitu banyak pilihan menu buat para pelanggan yang datang. Anda boleh mencuba menu seperti urat keting in sizzling plate, urat keting in claypot bowl, steamed squid phad phed sauce in aluminium foil, deep fried fish tempoyak petai horizon style, deep fried fish with lemongrass banana leaf, fried prawn garden with tauchu, fried rice in lotus leaf shark’s fin soup with crab meat & filament stick, four hot & cold combination, steamed grouper fish with soy sauce ginger, steamed kampung chicken sweet & sour in aluminium foil dan bermacam menu yang baru.

Biarpun menu yang disediakan begitu berbeza, namun tetap menyelerakan. Harga pula sangat berpatutan.

Alamat : Lot 891, Jalan Pasir Mas – Salor, Batu 4, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 3.30 petang dan 6.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari

#14. Roti Canai Kari Tulang

Roti canai kari gearbox memang tak boleh lawan rasanya di mana – mana. Karinya yang pekat serta padu itu memberi rasa yang sukar digambarkan. Pasti anda menyesal jika tidak dapat menikmatinya tatkala berada di sekitar Wakaf Che Yeh ini.

Roti Canai Kari Kambing @ Roti Canai Kari Tulang

Imej via facebook

Antara menu lain yang boleh anda nikmati di sini juga adalah nasi kerabu, maggi udang, sotong celup tepung, ikan kembung, kerabu perut dan bermacam lagi.

Nasi Kerabu @ Roti Canai Kari Tulang

Imej via facebook

Alamat : Jalan Kuala Krai, Kampung Bunut Payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 5.00 pagi setiap hari 

#15. Suriani Nasi Kukus

Nasi kukus di Suriani Nasi Kukus ini memang enak, nasinya dikukus lembut dan ayamnya pula bersaiz agak besar iaitu suku ayam. Digoreng garing, masih rangup di luar tetapi berjus di dalamnya. Kuah gulai serta sambal cili sebagai penambah selera.

Nasi Kukus Ayam @ Suriani Nasi Kukus

Imej via facebook

Selain itu terdapat juga beberapa jenis lauk pauk lain seperti gulai ikan dan gulai ayam. Nasinya dibungkus kertas, senang nak mudah disiapkan.

Nasi Kukus @ Suriani Nasi Kukus

Imej via facebook

Jika ingin makan di sini, pastikan anda tidak tiba lewat kerana dikhuatiri habis dan tidak dapat menikmati keenakan nasi kukus di sini.

Alamat : 585, Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#16. Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie CK

Jika ditempat lain ia dikenali sebagai roti nan, namun di Kelantan ia dikenali sebagai roti tempayan. Anda yang menggemari roti tempayan boleh mencubanya di Roti Tempayan Cheese Tarik Nonie CK.

Nan Cheese Kambing @ Roti Tempayan Cheese CK

Imej via facebook

Pastinya anda akan teruja melihat keju yang terdapat di dalam roti tempayan yang disediakan. Tambahan pula dimakan sebaik sahaja dihidangkan, keju puas ditarik panjang – panjang. Rotinya yang lembut begitu terasa lemak keju memberikan kepuasan sebenar.

Nasi Lemak @ Roti Tempayan Cheese CK

Imej via facebook

Ianya enak dimakan bersama ayam tandoori yang diperap dengan bahan istimewa. Bagi anda yang ingin makan nasi pula, apa kata anda mencuba nasi lemak yang menggunakan beras basmathi, lembut sahaja rasanya. Selain itu, anda juga boleh mencuba chicken chop dan lamb chop yang sungguh menyelerakan.

Alamat : Jalan Pasir Hor, Kampung Tini, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#17. Anis Ikan Bakar

Peminat ikan bakar, jangan lepaskan untuk mencuba ikan bakar di Anis Ikan Bakar ini. Perapan yang digunakan sungguh berbeza dan memiliki keistimewaan serta keenakan yang tersendiri.

Ikan Stim Nyonya @ Restoran Anis Ikan Bakar

Imej via facebook

Harga yang dikenakan sangat berpatutan, tambahan pula rasa makanan di sini juga tidak mengecewakan. Lokasi restoran juga sangat sesuai serta memudahkan orang ramai datang menjamu selera di sini.

Lobster @ Restoran Anis Ikan Bakar

Imej via facebook

Antara menu wajib yang perlu dicuba adalah ikan bakar, kerang bakar, tomyam, dim sum serta colek. Walau bagaimana pun, menu lain juga tetap enak untuk dicuba.

Alamat : 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#18. Orange Restaurant

Terletak tidak jauh dari Wakaf Che Yeh, Orange Restaurant ini sering menjadi tumpuan ramai terutamanya peminat maggi ketam. Ia merupakan menu utama yang popular di sini dengan saiz hidangannya pula agak besar sangat berbaloi.

Maggi Ketam @ Orange Restaurant

Imej via foursquare

Selain maggi ketam, anda boleh mencuba juga mee udangnya yang agak besar, masakan Thai, nasi goreng udang, ketam singgang, daging goreng masak cili padi, colek pelempong, colek ayam, pulut mangga sebagai pencuci mulut dan bermacam menu lagi.

Maggi Tomyam @ Orange Restaurant

Imej via facebook

Sambil – sambil membeli belah, singgah lah dahulu di restoran ini ya !

Alamat : Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#19. Kedai Makan Dollah & Keluarga

Kedai Makan Dollah & Keluarga ini sering menjadi pilihan masyarakat tempatan untuk menjamu selera. Terutamanya di waktu pagi, dapat mengisi perut dengan nasi kerabu ayam bakarnya memang menjadi pujaan hati.

Nasi Kerabu Daging @ Kedai Makan Dollah Keluarga

Imej via NurAmirahSk

Selain nasi kerabu, apa kata anda cuba pula nasi berlauknya yang enak sekali. Ditambah pula dengan daging bakar, ikan goreng, telur masin, ayam bakar, gulai kepala ikan, gulai ika aya, gulai siput, ulam dan macam – macam lagi, pastinya membuat anda senang hati.

Nasi Kerabu @ Kedai Makan Dollah Keluarga

Imej via NamakuSamad

Hasil air tangan anak jati negeri Kelantan ini pastinya membuat anda teringat – ingat menu di sini dan pastinya akan datang kembali.

Alamat : Jalan Wakaf Che Yeh – Salor – Pasir Mas, 15100 Pasir Mas, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Rabu tutup

#20. YieNaa Tomyam Ikan Bakar

Restoran YieNaa Tomyam Ikan Bakar sememangnya menggamit para pelanggan dengan mudah. Nak tahu kenapa ? Sebab masakannya memang indah jika dapat dinikmati.

Pari Bakar @ Yiena Ikan Bakar

Imej via facebook

Tomyam yang disediakan memang first class katanya. Hirup kuah begitu sahaja pun sudah boleh memberi kepuasan maksima. Mee rebus yang disediakan juga memberi 1001 rasa yang berbeza.

Ikan Bakar @ Yiena Ikan Bakar

Imej via facebook

Basahkan tekak pula dengan teh o beng dan teh beng yang begitu kaw rasanya. Nescafe panas juga padu rasanya. Oh ya, jika anda sukakan ikan bakar dan daging bakar, jangan lupa untuk mencubanya.

Alamat : Kelantan FM, Jalan Wakaf Che Yeh – Salor – Pasir Mas, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

Kesimpulan

Tepuk dada, tanyalah selera. Kali ini mahu makan di mana pula ? Wakaf Che Yeh memiliki pelbagai restoran menarik untuk dicuba.

Sememangnya negeri Kelantan mempunyai begitu banyak pilihan makanan yang unik namun memiliki keenakan yang tiada tandingan. Jika anda berada di sekitar Wakaf Che Yeh ini, jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai makanan tempatan yang benar – benar asli dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.