D’Tunggal Seafood – nama restoran makanan ini pasti sudah terbiasa didengari oleh penduduk Kuala Terengganu. Biasalah, kalau restorannya popular, siapa sahaja yang tak kenal?

Adakah anda bercadang untuk melancong ke Kuala Terengganu? Alang-alang, singgah sahaja di restoran makanan laut yang namanya kian menjadi sebutan ramai ini. Kalau tak datang, memang rugi!

Agaknya mengapa restoran D’Tunggal Seafood begitu terkenal dan menu apa yang boleh dicuba di sini? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Makanan Laut Yang Sedap dan Segar

Restoran yang menyediakan makanan laut memang banyak, namun tak semua mampu menyediakan makanan laut yang segar. Bau makanan laut yang kurang enak boleh bikin sesiapa sahaja frust!

Namun, perkara sebegini tidak akan anda hadapi jika anda menikmati makanan laut di restoran D’Tunggal Seafood. Kerana makanan laut di sini bukan sahaja berbagai, malah segar-segar belaka.

d'tunggal seafood

Imej via Instagram

Makanan laut yang boleh didapati ada berbagai. Ada ketam, sotong, lala, kupang, udang dan banyak lagi. Pilih sahaja cara masakan yang anda suka kerana ada berbagai jenis cara masakan di sini.

ikan @d'tunggal seafood

Imej via Foursquare

Ikan yang disediakan juga ada beraneka. Siakap, jenahak atau bawal, semuanya ada. Harga yang ditawarkan juga berbeza, namun jangan risau. Semuanya berpatutan!

Tomyam Pekat, Menu Yang Buat Ramai Terpikat

Tomyam juga turut disediakan di restoran ini. Yang paling menarik, tomyamnya disediakan di dalam sebiji kelapa muda yang membangkitkan aromanya.

d'tunggal seafood

Imej via Instagram

Ada dua jenis tomyam yang disediakan – tomyam merah dan tomyam putih. Tomyam merah ini rasanya sedikit pedas, jadi jika anda sukakan makanan pedas, anda wajib cuba menu ini.

Walaupun tomyam putih tidak sepedas tomyam merah, rasanya tidak tawar. Malah, ianya memang secukup rasa dan kuahnya boleh bikin sesiapa sahaja ketagih. Boleh juga dibuat sup, dijamin sedap!

Kebersihan Restoran Terjaga, Servis Pun Terbaik

Sebelum singgah di mana-mana restoran, kami yakin anda pasti menitikberatkan dua aspek ini – kebersihan dan servis restoran, bukan? Sejujurnya, kedua-dua aspek ini sangat penting dalam menentukan kualiti sesebuah restoran.

Jika anda baca ulasan di Internet, ramai pelanggan memuji servis restoran yang cemerlang. Makanan yang dipesan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan, memang terbaik!

Kebersihan restoran ini juga turut dipuji. Biasanya sesetengah restoran makanan laut ada bau hanyir, namun tidak di sini. Semuanya ‘tip top’, memang rugi kalau tak singgah!

Banyak Lagi

Untuk pencuci mulut, kami yakin anda pasti menyukai pencuci mulut Thai ini – pulut mangga! Pulut mangga merupakan antara menu yang laku keras di restoran ini.

pulut mangga

Imej via Instagram

Buah mangganya bersaiz besar dan juga sangat segar. Santannya pula lemak berkrim dan tidak memuakkan. Kalau anda pesan menu ini sahaja pun anda pasti akan kenyang!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran D’Tunggal Seafood? Alang-alang melancong ke Terengganu, serbu sahaja restoran ini jika berpeluang.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh.

Alamat: Lot 17608 Taman Semarak Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 petang – 2 pagi

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Terengganu

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.