Baru-baru ini telah terjadi viral tentang seorang lelaki yang menjual donut dengan harga sekadar 10sen. KISAH seorang lelaki yang menjual donut dengan harga 10 sen sebiji mula mendapat perhatian selepas kisahnya viral di media sosial baru-baru ini.
Lelaki yang dimaksudkan adalah Muhammad Waliuddin Chua, 24. Katanya, idea untuk menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga. Keuntungan pula hasil jualan ini pula tidak banyak. Sekadar RM40 untuk 1000 biji donut.
“Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan,” katanya dipetik Harian Metro.
Apa yang menarik, sejak kisahnya menjadi viral, dia mengaku dirinya turut dilamar untuk berkahwin dan menjadi kekasih malah ada ibu-bapa yang mahu menjadikanya sebagai menantu. Wah menarik betul!
“Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.
“Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini,” katanya.
Untuk maklumat, Muhammad Waliuddin seorang mualaf yang memeluk telah memeluk Islam pada 2011.
Sumber : Sinarharian