Jika anda menetap di Taiping, pasti nama Doli Kuey Teow Goreng ini sudah biasa anda dengar, bukan?

Maklumlah, kalau ianya merupakan antara restoran yang paling popular di sesebuah kawasan, semestinya ramai pernah terdengar tentangnya dan singgah di situ.

Di Taiping, restoran Doli Kuey Teow Goreng ini sentiasa menerima kunjungan pelanggan dalam jumlah yang ramai. Agak-agak apa yang menarik di sini? ‘Best’ sangat ke hidangan-hidangan di sini?

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Teruskan membaca!

Kuey Teow Goreng, Hidangan Yang Bikin Ramai Tak Keruan

Mengapa tak keruan? Kerana kuey teow goreng di sini dikatakan terlampau enak sampaikan ramai pelanggan ketagih dengannya. Bukan perkara yang luar biasa kalau ada yang makan berpinggan-pinggan!

doli kuey teow goreng

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan memuji kuey teow gorengnya yang sangat lazat. Ianya secukup rasa, tidak terlalu kering dan bersaiz besar. Jika anda ingin udang yang banyak, pesanlah Kuey Teow Goreng Special!

Untuk harganya pula, RM 5.50 untuk sepinggan kuey teow yang sedap dan bersaiz besar memang sangat berbaloi. Kuey Teow Goreng Special pula berharga RM 9 sahaja. Sangat berbaloi dengan saiz hidangannya!

Nasi Ayam Hainan, Hidangan Melazatkan & Mengenyangkan

Masih inginkan nasi juga? Tidak mengapa, cubalah nasi ayam Hainan di sini! Menu ini juga merupakan antara menu yang paling laku selepas kuey teow gorengnya.

nasi ayam hainan @ doli kuey teow goreng

Imej via Foursquare

Nasi ayam ini bersaiz sederhana namun sepinggan pun sudah cukup untuk menjamin kekenyangan. Gabungan sambal cili dan kicap yang mantap membuatkan hidangan ini lebih sedap!

Mi Rebus Yang Pekat dan Semestinya Lazat

Wah, lengkap betul hidangan di restoran ini. Ada kuey teow, nasi ayam dan juga mi. Kami yakin pasti setiap hidangan ini cocok dengan citarasa anda!

mi rebus @ doli

Imej via Instagram

Mi rebus di sini juga turut mendapat pujian ramai. Kuah yang pekat dan ianya juga bersaiz besar. Ditambah pula dengan aromanya yang memikat, memang patutlah ramai pelanggan menggemarinya.

Harga semangkuk mi rebus ialah RM 4 sahaja. Memang berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan, anda wajib cuba!

Banyak Lagi

Selain hidangan yang kami sebutkan ini, menu-menu lain juga boleh anda cuba. Jika anda lebih sukakan hidangan bersup, cubalah kuey teow sup atau sup ayam, enak dimakan panas-panas.

Kurang menggemari mi rebus? Mereka juga ada menyediakan mi kari yang kuahnya sepekat kuah mi rebus. Pasti anda akan menggemarinya!

Kesimpulan

Perut anda pasti mula berkeroncong kerana membayangkan keenakkan kuey teow goreng di sini, bukan? Apa tunggu lagi, lekaslah serbu Doli Kuey Teow Goreng jika berpeluang!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut berebut pula ruang parkir dan ruuang dalam restoran nanti.

Alamat: 5, Regat Tupai, Medan Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 pagi – 11 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Taiping? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Tempat Makan Menarik Di Taiping

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.