Bertandang di Kepala Batas pastinya menyajikan pelbagai pilihan makanan, baik masakan Melayu, masakan Barat, tidak ketinggalan juga makanan Arab. Terletak di tengah Pekan Kepala Batas, tidak terlepas pandang sebuah restoran yang terletak di bangunan berhampiran simpang empat pekan lama ini. Restoran Dinis Cafe menyajikan pelbagai hidangan yang pastinya membuatkan  pengunjung ‘kecur ayaq liuq’ jika menikmatinya.

Bagi pencinta makanan Timur, kepelbagaian jenis Nasi Beriani atau Mandy di sini pasti menambat selera anda. Dinis Cafe menyajikan Nasi Beriani/Mandy Ayam, Nasi Beriani/Mandy Kambing dan Nasi Beriani/Mandy Kambing Masala.

Tidak ketinggalan Nasi Beriani/Mandy Seafood pastinya memberikan kelainan kepada pengunjung yang pertama kali bertandang ke Dinis Cafe ini. Hidangan ini menjadi tarikan utama dek kerana keunikannya.

Dinis cafe

Imej via Facebook

Nasi Beriani Seafood Trademark Dinis Cafe

Selalunya kalau yang kita tahu, Nasi Beriani/Mandy ni terdiri daripada hidangan ayam atau kambing. Namun di sini hidangan seafood menyajikan rasa yang cukup berbeza dan menyelerakan. Menggandingkan tiga jenis makanan laut iaitu udang, sotong dan ketam, ia menjadikan hidangan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

restoran dinis cafe

Hidangan Nasi Beriani/Mandy Seafood dimasak seperti mana hidangan nasi Arab yang lain namun istimewanya makanan laut digunakan adalah segar-segar belaka. Makanan laut seperti ketam, udang dan sotong diperolehi segar terus dari Kuala Muda, Penaga dan juga Pasar Penaga.

 

Sekaligus menjadikan rasanya enak, selain isi makanan laut ini manis kerana ia tidak disimpan dalam tempoh yang lama. Oleh sebab itu ia menjadi resipi kelazatan hidangan ini.

nasi beriani seafood

Selain hidangan Nasi Beriani/Mandy, Dinis Cafe turut menyajikan pelbagai hidangan Barat, dan tidak ketinggalan makanan bergoreng.

Anda juga boleh memesan makanan berasaskan makanan laut seperti ketam yang sedap. Bagi penggemar mi kari, apa kata anda pesan mi kari ketam. Memang berbaloi-baloi.

ketam

Harga? Berpatutan sebab semuanya dari bahan yang segar. Ada set untuk individu dan juga boleh makan beramai-ramai.

Dinis Cafe beroperasi selama enam hari dalam seminggu. Beroperasi setiap hari Isnin sehingga Sabtu dan tutup pada Ahad. Mereka menjalankan perniagaan sepenuhnya pada jam 4 petang sehingga 12 malam. Landmark kafe ini adalah Pasaraya Longwan Kepala Batas.

Boleh juga hubungi talian 016-495 7177

nasi beriani

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.