Langkau ke kandungan

11 Restoran Halal Di Tokyo. Makanan Malaysia Pun Ada!

Tidak perlu gusar jika membuat perancangan untuk bercuti di Tokyo, Jepun. Kini telah banyak restoran halal yang berada di pasaran Tokyo. Malah, anda boleh…

Dikemas kini 30 Januari 2019oleh Itawrah6 minit bacaan
Pelbagai hidangan halal di Tokyo termasuk daging wagyu, ramen, sushi dan tempura untuk pelancong Muslim.
Kandungan

Tidak perlu gusar jika membuat perancangan untuk bercuti di Tokyo, Jepun. Kini telah banyak restoran halal yang berada di pasaran Tokyo. Malah, anda boleh mencuba hidangan masyarakat Jepun tanpa sebarang keraguan ketika berada di Tokyo. Antara hidangan yang boleh anda cuba adalah daging waghyu, mee udon, ramen, sushi, shabu- shabu dan banyak lagi. Jom kita lihat senarai restoran halal yang boleh kita cuba ketika berkunjung ke Tokyo.

Gyumon @ Shibuya

Restoran Gyumon merupakan restoran yang menyediakan hidangan daging segar yang dibakar panas – panas. Ia sering menjadi tumpuan ramai pelancong Muslim untuk  menjamu selera di sini. Set menu rice bowl di restoran ini dijual pada harga serendah ¥1,000 sahaja.

Daging
Imej via facebook

Anda boleh menjejaki restoran ini dengan menaiki perkhidmatan kereta api dan berhenti di Shibuya Station (South Exit). Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 12.00 tengah malam.

Daging Kimchi
Imej via facebook

Alamat: 3-14-5 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo

Hanasakaji-san @ Shibuya

Hidangan shabu shabu yang menggunakan daging Wagyu segar dan halal terdapat di Restoran Hanasakaji-san. Pemilik restoran ini hanya menggunakan daging Wagyu segar sahaja untuk setiap hidangan yang disediakan.

Daging Bakar
Imej via facebook

Selain itu, pelanggan boleh menikmati hidangan tradisional Jepun lain seperti sushi dan tempura. Restoran ini memulakan operasinya pada jam 11.30 pagi hingga 12 tengah malam.

Bento
Imej via facebook

Alamat: 3-22 Sakura Building B1, Sakuragaoka, Shibuya, Tokyo

Halal Ramen Ouka @ Shinjuku

Para peminat ramen pasti gembira apabila berada di Tokyo. Ramen halal serta menyelerakan banyak dijual sekitar bandar Tokyo. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan ramen yang halal, anda boleh mencubanya di Halal Ramen Ouka.

Ramen
Imej via facebook

Hidangan ramen yang dihidangkan bersama pilihan ayam mahupun daging, pastinya membuat anda terasa lapar. Pada hari Isnin hingga Khamis, restoran ini dibuka mulai jam 2.00 petang dan pada hari Jumaat jam 5.00 petang.

Bento
Imej via facebook

Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, restoran ini dibuka agak awal iaitu mulai jam 12.30 tengahari. Setiap hari restoran ini ditutup pada jam 10.00 malam. Alamat: 1-11-7 Shinjuku, Shinjuku, Tokyo

Halal Tendon Itsuki @ Ginza

Restoran yang menyediakan hidangan set nasi tempura ini pastinya membuatkan anda kecur liur dibuatnya. Tambahan pula terdapat pelbagai hidangan menarik seperti ayam, udang, labu dan juga terung.

Tempura
Imej via facebook

Sos yang dihasilkan juga menggunakan bahan – bahan yang suci dan halal sahaja supaya pengunjung dapat menikmatinya tanpa ragu. Untuk menjamu selera di sini anda boleh datang seawal jam 11.00 pagi dan ianya tutup pada jam 11.15 malam.

Tempura
Imej via facebook

Alamat: Ginza-INZ 2F, 3-1, Ginza, Chuo, Tokyo

Sekai Cafe @ Asakusa

Anda tidak perlu pening kepala untuk memillih hendak makan di mana kerana Sekai Café ini menyajikan pelbagai hidangan halal dan juga menyajikan menu diet khusus seperti vegan. Hidangan Lamb Steak nya juga penuh mengujakan dengan rasanya yang begitu mengasyikkan.

Lamb Chop
Imej via facebook

Selain itu, pastikan juga anda mencuba pelbagai hidangan pencuci mulut yang menarik. Waktu operasi restoran ini adalah mulai jam 10.30 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari.

Vegan Cabbage Roll
Imej via facebook

Alamat**:** 1 Chome-18-8 Asakusa, Taito, Tokyo

Sumiyakiya @ Nishi Azabu

Restoran ini terletak berhampiran stesen Roponggi dan juga kawasan Nishi Azabu yang serba moden. Hidangan istimewa di sini adalah daging bakar dan juga bagi peminat nasi briyani, boleh juga mencuba hidangan Nasi Briyani Bamboo yang memang sedap rasanya.

Daging Wagyu
Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu mulai jam 11.30 pagi hingga jam 11.30 malam dan tutup pada hari Ahad.

Nasi Briyani
Imej via facebook

Alamat: 3-20-16, Nishiazabu Annex 1F, Nishi-Azabu, Minato, Tokyo

Yoshiya @ Shinjuku

Hidangan Chicken Karaage, Mixed Tempura serta Chicken Katsu Curry pastinya membuat anda menikmati hidangan dengan gembira  kerana dapat merasai keenakkannya. Menu hidangan asli ini sudah semestinya diyakini halal kerana telah mendapat sijil pengiktirafan yang benar – benar sah.

Nasi Tempura
Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga jam 10.30 malam.

Nasi Tempura
Imej via facebook

Alamat: B1 Floor, Shinjuku Metro Shokudo,1-2-1,Nishishinjuku, Shinjuku, Tokyo

Kineya Mugimaru @ Terminal 1, Narita Airport

Biarpun di Malaysia turut terdapat hidangan udon, namun di Tokyo ini ternyata lebih asli masakannya. Tambahan pula ia disediakan oleh cef yang sememangnya terdiri dari masyarakat tempatan Jepun.

Imej via facebook
Imej via facebook

Hidangan udon di sini adalah sedap dan pastinya halal. Konsep restoran ini adalah menggunakan konsep layan diri. Pelanggan boleh memilih jenis topping serta saiz udon yang dikehendaki.

Udon
Imej via facebook

Menu sampingan lain yang boleh anda cuba juga adalah seperti onigiri serta tempura yang disajikan segar. Kaunter sup pula menyediakan hidangan kuah udon panas yang pastinya lebih menyelerakan. Setiap hari restoran ini dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga jam 9.00 malam.  Alamat: Level 5F, Sky Food Court, Narita Airport Terminal 1, Chiba

Asakusa Sushi Ken @ Asakusa

Peminat – peminat sushi boleh datang menjamu selera di Asakusa Sushi Ken yang menampilkan rasa asli sushi. Ia menggunakan bahan – bahan halal sahaja termasuk sos pencicahnya juga.

Sushi
Imej via facebook

Pelbagai pilihan sushi boleh anda cuba di sini seperti Ebi Nigiri, Tamago, Ebiko dan banyak lagi. Waktu operasi restoran ini adalah seawal jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang, kemudian dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam bagi hari Isnin hingga Sabtu.

Bento
Imej via facebook

Manakala pada hari Ahad pula, waktu operasi diawalkan mulai jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang dan sambung dari jam 5.00 petang hingga jam 10.00 malam. Alamat: 2-11-4 Asakusa, Taito, Tokyo

Malaychan1

Restoran Malaychan1 terletak di Ikebukuro, Tokyo. Ia merupakan salah satu restoran di Tokyo yang mendapat sijil pengiktirafan Islam dari Malaysia. Terdapat pelbagai hidangan Malaysia disajikan seperti roti canai, nasi goreng, mee goreng serta menu hidangan masyarakat Cina Malaysia.

Nasi Beriyani
Imej via facebook

Bagi mereka yang  inginkan hidangan masyarakat Malaysia, boleh datang menjamu selera di sini tanpa was - was. Restorannya juga selesa, bersih dan pastinya hidangan yang disajikan adalah enak.

Bento
Imej via facebook

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang dan 5.00 petang hingga 10.30 malam. Alamat : 22-6 Toshima, Tokyo 171-0021

Aladdin

Nama restoran ini seperti nama sebuah filem iaitu Aladdin. Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan makanan tradisional dari Iran dan terletak di kawasan daerah Minamiazbu. Hidangan makan tengahari yang disediakan di sini adalah secara buffet manakala hidangan makan malam pula ada secara ala-carte. Terdapat menu seperti kebab, nasi Arab, roti Arab dan bermacam lagi.

Nasi Arab
Imej via facebook

Bagi menghiburkan para pelanggan yang menjamu selera di sini, persembahan tarian gelek turut diadakan. Anda pasti terhibur dengan persembahan yang diadakan setiap Jumaat malam yang menghiburkan.

Roti Arab
Imej via facebook

Alamat: 3-2-6, 2F Minato-ku, Tokyo, Japan 106-0031 Semestinya anda sudah pun mengetahui lokasi restoran halal yang terdapat di bandar Tokyo. Tiada lagi masalah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Bagi anda yang baru merancang untuk bercuti di negara matahari terbit ini, pastinya artikel ini mampu memberi info yang begitu bermakna.