Jakarta merupakan salah sebuah negara yang terkenal dengan tempat – tempat menarik untuk dikunjungi. Selain tempat menarik untuk dilawati, pastinya anda ingin menikmati pelbagai hidangan yang enak tatkala mengunjungi Jakarta.

Sekiranya anda sedang membuat perancangan untuk ke Jakarta, anda tidak perlu risau untuk menjamu selera kerana terdapat banyak tempat – tempat makan yang halal buat orang Islam. Walau bagaimana pun, sebaiknya sebelum mencuba sesuatu restoran atau tempat makan, pastikan restoran tersebut memiliki sijil pengesahan halal terlebih dahulu.

Kali ini penulis senaraikan tempat makan best yang terdapat di sekitar Jakarta yang boleh anda cuba. Selain ianya menarik untuk dicuba, ianya juga halal dan anda boleh menikmatinya dengan tenang.

 #1. Bakmi GM

Bakmi telah menjadi hidangan tradisi masyarakat Indonesia sejak berkurun lamanya. Bukan sahaja ia digemari penduduk tempatan, malah pelancong luar juga turut meminatinya.

Bakmi

Imej via facebook

Hidangan bakmi terdiri dari mee bersama kuah sup yang dihidangkan bersama wantan goreng. Selain bakmi, anda juga boleh mencuba mee bakso di sini yang juga begitu popular.

Bakmi

Imej via facebook

Bagi yang ingin mencuba hidangan lain, anda boleh juga memesan hidangan masakan Cina yang juga tersedia di sini. Jadi, anda boleh bertukar – tukar menu jika datang menjamu selera di sini. Harga pula sememangnya berpatutan.

Lokasi : Jln. Metro Pondok Indah Mall 1, 2 Floor, Jakarta 12310 Indonesia

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#2. Dapur Sunda

Nak tahu bagaimana rasanya hidangan masyarakat Sunda? Anda boleh mencubanya di Dapur Sunda yang terletak di Gatot Subroto.  Menu menarik yang boleh anda cuba adalah ikan yang digoreng dengan begitu baik sekali, garing dan rangup membuatkan anda boleh makan keseluruhan ikan dari kepala hinggalah ke ekornya.

Ikan Terbang Sunda

Imej via facebook

Anda boleh mencuba sos garam asam yang diperbuat dari sos herba, gula perang dan juga lemon. Memang sedap ! Sebenarnya Dapur Sunda juga turut menyediakan sebanyak tujuh jenis sambal yang boleh anda cuba.

Sotong Goreng Sunda

Imej via facebook

Kelainan dan keunikan kesemua sambal ini sememangnya menarik perhatian pelanggan. Dapur Sunda juga pernah memenangi anugerah restoran Indonesi terbaik, dan pastinya anda tidak perlu ragu dengan keenakan makanan di sini. 

Lokasi : Kawasan Hanggar, Jl. Jendral Gatot Subroto, Gatot Subroto, Jakarta

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#3. D’Cost Seafood

Restoran ini telah pun ditubuhkan sejak tahun 2006 pagi. Ia menyajikan pelbagai hidangan makanan laut dengan harga kaki lima, sesuai dengan slogannya, “Mutu Bintang Lima, Harga Kaki Lima”.

Udang Merah Dcost

Imej via facebook

Menunya pula agak banyak disediakan dan ianya mendapat pengesahan halal dari LPPOM MUI yang membolehkan orang Muslim menjamu selera tanpa was – was. Anda boleh mencuba pelbagai hidangan makanan laut di sini yang begitu banyak untuk dipilih.

Mussel D'Cost

Imej via facebook

Udang mayonis yang dimiliki rasa manis cukup mengliurkan. Di tambah pula dengan kerang sos padang yang sedap serta ikan bakar yang didominasikan dengan rasa pedas memang membangkitkan selera anda.

 Lokasi : Jl. Kemang Raya No.84, RT.2 / RW.2, Bangka, Mampang Prpt., Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 12730, Indonesia

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#4. Le Gourmet

Anda boleh berkunjung ke Le Gourmet sekiranya ingin hidangan ringkas seperti roti atau kek yang enak dimakan. Le Gourmet merupakan sebuah cafe roti halal yang menyediakan pelbagai jenis roti dan kek.

Kek Le Gourmet

Imej via facebook

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan roti dan kek terdiri dari bahan – bahan segar. Anda boleh mencuba gula – gula tradisional Indonesia seperti Centre Manis (Sweet and savory hunkwe dengan mutiara berwarna-warni), Kue Khu (kek beras) dan juga Lapis Pepe (kek chewy berlapis).  Ternyata kek yang terdapat di sini memang sedap dan menarik untuk dicuba.

Kuih Le Gourmet

Imej via facebook

Lokasi : Jl. Kemang Raya No.55, RT.4 / RW.2, Bangka, Mampang Prpt., Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 12730, Indonesia

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#5. The Halal Guys Halal

The Halal Guys menyediakan makanan halal Amerika yang menampilkan citarasa Timur Tengah dan Mediteranean. Ia dimasak dengan begitu sempurna menggunakan bahan – bahan mentah yang halal dimakan.

Tortila The Halal Guy

Imej via facebook

Malah, daging mentah diperolehi adalah berstatus halal mengikut garis panduan yang ditetapkan. Menu yang paling sedap untuk dicuba adalah nasi basmathi wangi yang dihidangkan bersama ayam atau daging, falafel, tomato dadu, roti pita dan salad.

Tortila The Halal Guy

Imej via facebook

Anda juga boleh memilih pelbagai sos yang dihidangkan antaranya sos BBQ, sos putih dan sos pedas. Selain itu juga, anda boleh mencuba pelbagai jenis sadwich serta kebab yang sedap di sini.

Lokasi : Central Park Mall LG floor, Jl. Letjen S. Parman Kav. 28, West Jakarta

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#6. Popolamama

Popolamama merupakan sebuah restoran Itali yang menggabungkan dua perkataan iaitu “Popolare” dan juga “Mama” yang membawa maksud “Mama Popular”. Restoran ini terkenal dengan hidangan pasta yang segar, kenyal dan sedap.

Pizza Popolamama

Imej via travelingyuk

Anda juga boleh mencuba piza Naepolitannya yang enak, di mana kerak di bahagian luar lebih tebal, manakala di bahagian tengahnya lebih nipis. Sosej kentang dan ayam serta pepperoni basil pastanya juga sedap.

Pasta Popolamama

Imej via travelingyuk

Selain itu, pisang karamel piza juga enak dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut.  Biarpun restoran ini merupakan restoran Itali, namun jangan khuatir kerana ianya telah disahkan halal.

Lokasi : Mall Grand Indonesia, Lantai 3A, West Mall, Jalan M.H. Thamrin No.1, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Jakarta 10310

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#7. Cabe Rempah Resto

Restoran ini baru sahaja dibuka iaitu mulai tahun 2017. Istimewanya restoran ini adalah setiap sajian yang dihidangkan menggunakan resepi nusantara dan bahan – bahan lain yang mempunyai kualiti terbaik sahaja.

Sotong Madu Cabe

Imej via facebook

Variasi hidangan di sini pula agak banyak membolehkan pelanggan memilihnya dengan mudah. Keenakan hidangan yang disajikan pastinya membuatkan anda terasa ingin kembali menikmati makanan di sini lagi.

Bawal Goreng Cabe

Imej via facebook

Hidangan yang menjadi best seller di sini adalah Ayam Bakar Madu yang memiliki rasa manis madu serta rempah yang berkualiti. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk merasainya sendiri.

Lokasi : Menteng Huis, Jl. Cikini Raya No.2, RT.16/RW.4, Cikini, Kec. Menteng, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10330, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#8. Amigos

Amigos, merupakan sebuah restoran pertama di Jakarta telah menyediakan pelbagai hidangan halal untuk seisi keluarga. Restoran yang dibuka setiap malam ini membuatkan para pelanggan yang datang menjamu selera dengan persembahan yang disajikan buat para pelanggan.

Steak Amigos

Imej via chope

Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan Mexico seperti masakan SouthWestern Amerika, echiladas, burritos dan taco. Biarpun ianya sebuah restoran hidangan Mexico, namun ia tetap mendapat sambutan ramai tambahan pula ia menyediakan hidangan halal membolehkan pelanggan Muslim turut menjamu selera di sini.

Nachos Amigos

Imej via whatsnewindonesia

Lokasi : Bellagio Mall Kav 4.3 Lantai Dasar No. 11-12, Jalan Mega Kuningan Barat, Kuningan Tim., Jakarta Selatan, DKI Jakarta, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

#9. Kafe Betawi

Kafe Betawi menampilkan pelbagai hidangan tempatan masyarakat Jakarta. Anda boleh merasai keenakan serta keunikan hidangan tempatan di sini seperti soto ayam dan nasi rawon yang sememangnya enak.

Mee Goreng Kafe Betawi

Imej via dataresto

Hidangannya juga adalah halal dan anda tidak perlu ragu untuk menjamu selera di sini. 

Soto Kafe Betawi

Imej via travelandleisureasia

Lokasi : Setiabudi One Lt. 1, Jalan H.R Rasuna Said No. Kav 62, Daerah Khusus Ibukota Jakarta

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#10. Restoran Makan Garuda 

Nasi padang tempatan adalah menu yang wajib anda cuba jika ke negera Jawa. Adalah sangat rugi jika anda tidak merasai keenakan serta keaslian menu ini di Jakarta.

Ikan Terbang Garuda

Imej via restorangaruda

Anda akan dapat menikmati hidangan yang penuh dengan rasa yang mengagumkan, malah ianya juga halal. Antara lain yang boleh anda cuba adalah sup buntut, rendang daging, sayur daun singkong yang pastinya sedap dan asli.

Ayam Minang Garuda

Imej via restorangaruda

Harga pula tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi dengan hidangan yang disediakan.

Lokasi : JL. Pluit Putra Raya No. 16, Daerah Khusus Ibukota Jakarta

waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

#11. Holycow! Steakhouse oleh Chef Afit

Setelah puas menikmati hidangan tempatan, apa kata anda cuba pula hidangan makanan barat yang disediakan oleh Chef Afit di Holycow! Steakhouse. Chef Afit sangat terkenal di kalangan masyarakat tempatan, tambahan pula menjadi selebriti TV tempatan.

Steak Holycow

Imej via steakholycow

Para penggemar hidangan steak Wagyu boleh datang ke restoran ini dan rasa sendiri keenakan, kelembutan serta kualiti hidangan yang disediakan. Steak yang dihidangkan begitu menarik diserikan pula dengan kentang dan juga kacang hijau.

Chicken Chop Holycow

Imej via lucywiryono

Sos yang disediakan juga begitu mengagumkan pastinya membuatkan anda teringat – ingat hidangan di sini setelah pulang ke tanah air

Lokasi : Jalan Raya Boulevard Blok. WB2 No. 16, Kelapa Gading, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#12. Restoran Asia

Jika anda menginap di Ritz Carlton, anda boleh mencuba menjamu selera di Restoran Asia menjelang tengahari. Atau boleh juga datang ke restoran ini untuk menjamu selera.

Mee Restoran Asia

Imej via herworld

Apa yang menariknya di restoran ini adalah ia merupakan sebuah restoran buffet yang terbesar di Jakarta. Menu yang disajikan merupakan pelbagai gabungan masakan antarabangsa yang terdiri dari hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut yang enak.

Ikan Bakar Asia

Imej via anakjajan

Lokasi : Jl. DR. Ide Anak Agung Gde Agung Kav.E.1.1 no.1, The Ritz-Carlton Hotel, Kuningan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#13. Soto Betawi Bang Sawit

Soto Betawi begitu enak sekali. Ia sudah pastinya hidangan tempatan yang menjadi kegemaran ramai termasuklah pelancong luar. Hidangan ini sangat sesuai dinikmati bersama seisi keluarga atau rakan – rakan.

Soto Betawi

Imej via facebook

Suasana serta restoran yang selesa membuat pelanggan menikmati hidangan dengan tenang. Selain soto, restoran ini menyajikan pelbagai makanan dari masyarakat Betawi seperti nasi uduk, nasi ulam, ketoprak dan banyak lagi.

Soto Betawi

Imej via zomato

Anda yang memang penggemar soto, boleh mencuba pelbagai jenis soto yang tersedia seperti soto daging, soto perut, soto kaki ayam, paru – paru dan sebagainya.

Lokasi : Jalan Boulevard Utara Kelapa Gading, Jakarta Utara

Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#14. Dapur Solo

Dapur Solo menyajikan pelbagai makanan khas dari Nusantara yang terdiri dari menu khas Surakarta. Restoran ini sememangnya menyediakan makanan khas Solo.

Nasi Urap Solo

Imej via dapursolo

Anda boleh mencuba pelbagai hidangan seperti nasi langgi, lontong Solo, tulang rusuk asam, tengkleng kambing, selat Solo dan banyak lagi. Restoran ini juga sesuai dijadikan salah satu tempat berbuka puasa sekiranya anda berada di Jakarta menjelang bulan Ramadhan.

Soto Solo

Imej via dapursolo

Lokasi : Di Jalan Danau Sunter Utara R 35-37 atau Jalan Danau Sunter Utara No. 7 Sunter II

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#15. OTW Food Street

OTW Food Street begitu digemari oleh masyarakat Islam terutamanya pada bulan Ramadhan kerana ia sering menjadi tumpuan menjelang waktu berbuka puasa. Pelbagai hidangan disediakan buat para pelanggan seperti nasi goreng, nasi mangkuk, ramen, mee ayam, bebola daging dan banyak lagi.

Nasi Goreng

Imej via pergikuliner

Cafe ini turut terkenal dengan martabak manis serta kek cawan yang begitu comel dan sedap. Roti bakar yang disediakan di sini juga mempunyai pelbagai perisa dan topping yang cukup mengliurkan dan menceriakan hari anda.

Food Street

Imej via thefoodescape

Lokasi  : Jalan Makanan OTW di Jalan Kelapa Kopyor Raya Blok BA 2 No. 1, Kelapa Gading, Jakarta Utara

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#16. Sulaiman Resto

Restoran ini diasaskan oleh seorang berbangsa Cina. Namun, anda tidak perlu risau kerana pemiliknya, Sulaiman Han merupakan seorang yang beragama Islam.  Menggunakan bahan – bahan asli yang diimport dari negara China, restoran ini mengetengahkan hidangan masyarakat Cina.

Ayam Kung Pao

Imej via journaldelajournee

Anda boleh mencuba mee tarik Lanzhou, nasi Xinjian, sate kambing, terung masam manis, tauhu, sayuran tumis dan bermacam lagi. Bukan sahaja restoran ini dikunjungi orang Muslim, malah yang bukan Islam juga gemar menjamu selera di sini.

Mee Cendawan

Imej via airpaz

Lokasi :Ketapang Business Centre, Jl. Kyai H. Zainul Arifin Blok A No.10-11, RT.8/RW.7, Krukut, Kec. Taman Sari, Kota Jakarta Barat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 11440, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#17. Bubur Kwang Tung

Sebuah lagi restoran Cina Muslim yang terdapat di Jakarta adalah Restoran Bubur Kwang Tung. Ia memiliki sijil pengesahan halal dan beroperasi selama 24 jam.

Bubur Nasi Kwang

Imej via foodandcity

Menu utama di restoran ini sudah tentulah bubur, tetapi bukan bubur manis ya, tetapi bubur nasi. Bubur yang paling istimewa adalah bubur seafood steam ala Hong Kong. Yang menariknya bubur di sini, bubur yang disediakan adalah lembut serta tidak berbau hanyir.

Bubur Seafood Kwangtung

Imej via republika

Hidangan bubur juga digabungkan bersama sos khas yang dimakan bersama. Antara bahan lain yang dimasukkan adalah hirisan cili, halia, bawang serta kicap masin. Anda juga memesan menu lain untuk dimakan bersama seperti sambal udang mabok, tauhu goreng telur masin, cakue dan banyak lagi.

Lokasi : Jalan Pecenongan 67 I 3 2, RT.3/RW.2, Kb. Klp., Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10120, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

Kesimpulan

Pastinya anda sudah boleh membuat senarai tempat makan di Jakarta yang boleh anda kunjungi semasa percutian di sana. Anda tidak perlu risau kerana senarai restoran yang dipaparkan adalah berstatus halal dan boleh anda cuba nanti.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    report this ad

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .