Melaka sememangnya dikenali sebagai port makan terbaik di negara kita kerana ia kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan. Cakap sahaja nak makan apa, kebanyakannya ada di Melaka.
Bagi penggemar makanan Barat, Cofeology Cafe & Restaurant adalah antara yang terkemuka dalam hidangan makanan Barat. Kafe kopi Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Ia adalah salah satu kafe kopi Melaka yang terkenal untuk dikunjungi dan bersantai. Menariknya, kafe ini mempunyai dua lot yang memberikan ruang makan yang luas. Selain itu, ia sering menjadi kunjungan utama bagi mereka yang mahukan suasana ala-ala Barat.
Untuk pengetahuan anda, ia mempunyai dekorasi moden dengan pencahayaan lampu yang sangat sesuai. Di sini, anda boleh memilih untuk makan di dalam atau di luar kafe sambil menikmati suasana sekitar.
Cofeology Cafe & Restaurant ini juga menawarkan perkhidmatan perancangan acara dengan hiasan, seperti sambutan hari jadi, parti dan lain-lain.
Menu killer bagi kafe ini adalah Pasta Aglio E Olio yang dihidangkan bersama Ayam Bakar dan Salmon. Aromanya yang begitu memukau pasti membuatkan sesiapa sahaja tergoda untuk merasai hidangan ini.
Pasta Aglio E Olio di kafe kopi Melaka ini kaya dengan herba dan rempah ratus yang memberikan rasa yang tersendiri.
Ayam Bakar disini pula isinya sangat lembut dengan kulitnya rangup menjadikannya seimbang. Apa yang menambah keunikannya adalah perapannya yang manis dan diperkaya dengan rempah-ratus. Pasti sangat rugi jika tidak mencubanya!
Selain hidangan Pasta Aglio E Olio, kafe kopi Melaka ini juga turut menyediakan menu lain yang tidak kurang hebatnya. Anda boleh mencuba waffle beri yang dihidangkan bersama krim yang begitu sedap. Gabungan beri biru, strawberi, sirap maple dan krimnya pasti membuatkan anda terpesona dengan keeenakannya.
Apabila berkait dengan Cofeology, sudah pastinya minuman yang menjadi pilihan utama disini adalah kopi. Kopi yang sering menjadi pilihan adalah Cofeology Caramel Macchiato yang sangat sedap. Ia adalah nama kopi.
Jika anda tidak menggemari kopi, terdapat juga minuman lain di kafe kopi Melaka ini. Antaranya adalah, French Kiss yang merupakan campuran jus lemon dan soda. Minuman ini sangat menyegarkan dan menyejukkan tekak anda. Selain itu, warna birunya juga pasti membuatkan anak-anak anda menyukainya.
Bagi anda yang suka akan kafe yang bersuasanakan Barat, jangan ragu-ragu untuk ke kafe Cofeology Cafe & Restaurant di Melaka.
Harga makanan dan minuman disini juga tidak terlalu mahal. Bolehlah bawa keluarga dan rakan ke kafe ini sekiranya berkunjung ke Ayeh Keroh, Melaka.
Lokasi: 21 – 23 Cofeology Grand Boulevard, Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: 12 tengahari hingga 10 malam
No. Telefon: 011-52777730
Jom baca juga Masakan Arab Restoran Dima, Coconut shake Melaka dan Mee Racun Titan.