Melaka sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap, begitulah. Terdapat sebuah kedai minuman berasaskan buah-buahan di Melaka.
Kedai tersebut diberi nama Batu Berendam Coconut Shake yang terletak di Batu Berendam, Melaka. Boleh dikatakan agak legend kerana kedai coconut shake ini sangat lama beroperasi dan masih terkenal sehingga sekarang.
Menariknya, kedai Coconut Shake Melaka ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Jadi, sekiranya anda datang ke Melaka menaiki flight, bolehlah singgah ke Batu Berendam Coconut Shake Melaka ini.
Selain itu, lokasinya mudah diakses juga menyebabkan kedai ini menjadi tarikan pengunjung setempat dan juga luar negeri. Di samping itu, pekerja-pekerja kedai ini juga sangat mesra pelanggan.
Menu yang sering menjadi tarikan pengunjung disini sudah semestinya coconut shake. Apa yang menariknya, coconut shake Melaka yang dibuat ini menggunakan kelapa yang sangat segar dan rasanya sangat sedap.
Jadi, apabila anda penat bersiar-siar di bandar Melaka, sudah tentu coconut shake ini adalah ubat kepada dahaga serta membuatkan anda lebih gembira bercuti.
Coconut Shake yang disediakan bukan sahaja memiliki rasa yang sangat sedap, malah strukturnya juga sangat menarik. Apabila melihatnya, pasti anda tidak senang duduk selagi tidak mendapatkannya.
Rasanya yang manis dengan penambahan aiskrim vanilla dan serbuk coklat dibahagian atas coconut shake ini akan menjadikan ia salah satu minuman kegemaran anak-anak anda. Harganya pula tidak terlalu mahal dan berbaloi dengan rasanya.
Selain Coconut Shake Melaka, kedai ini juga turut menyediakan makanan seperti kuih-muih, Nasi Lemak dan juga Mee Rojak. Kuih yang paling digemari oleh pengunjung disini sudah pastinya Kuih Keria Gula Melaka yang sangat lembut isinya.
Bagi menu nasi lemak, tentunya sangat enak ditambah pula berlaukkan Ayam Goreng Celup Tepung. Jadi, bagi anda yang datang ke sini, Coconut Shake Melaka Batu Berendam ini adalah ibarat syurga makanan buat anda semua.
Tempat ini juga turut menjadi tarikan pengunjung yang hiking di Bukit Beruang, mereka akan singgah ke kedai Batu Berendam Coconut Shake apabila penat dan dahaga selepas seharian mendaki.
Jangan lupa untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan ke Batu Berendam Coconut Shake bagi menikmati Coconut Shake yang sangat sedap.
Bagi anda yang ingin datang ke sini, disarankan datang pada awal pagi kerana dikhuatiri susah untuk mendapatkan parking kerana kedai ini sering sesak dengan pengunjung yang sangat ramai.
Lokasi: No. 7-1, No.5, Tingkat Bawah, 7-2, Jalan Kanan 1, Taman Ria, 75350 Batu Berendam, Melaka
Waktu Operasi: Isnin Hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 8 malam
No. Telefon: 019-6841270
Jom baca juga Mee Racun Titan, Restoran Dima Masakan Arab, Pak Putra Tandoori Dan Naan serta Atlantic Nyonya Restaurant.