Siapa di sini suka makan cendol? Cepat angkat tangan? Kalau bukan peminat cendol, siapa di sini suka makan laksa atau rojak? Anda patut pergi makan di sini. Semua ada, gerai cendol,rojak dan laksa.Cendol sedap di Bangi.

Gerai ini adalah terhasil daripada sebuah lori. Jadi, jangan anda anggap ianya sebuah kedai yang berbangunan. Gerai ini terletak di tepi jalan besar. Daripada Jalan Reko Kajang, menuju ke Seksyen 4 Tambahan Bangi, anda akan nampak gerai ini di sebelah kiri anda. Di bawah pohon-pohon ala-ala hutan sedikit. 🙂

 

Gerai Cendol,Rojak dan Laksa

Seksyen 4 Tambahan (Jalan 4/12),
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650

Apakah yang patut dicuba disini?

  • Cendol pulutnya
  • Rojak mee. Kalau hendak istimewa lagi, bolehlah ambil rojak sotong. Memang terbaik!
  • Laksa. Makan semasa kuahnya panas memang sedap
cendol-bangi

Menu di sini. Harga yang murah!

 

cendol-bangi-2

Yummy, cendol dan pulut

 

cendol-bangi-4

Tenang sahaja dan redup duduk bawah pokok

 

cendol-bangi-5

Laksa dan cendol, gandingan mantap

 

cendol-bangi-6

Mee rojaknya patut dicuba

 

Review kami?

  • Harga? Murah
  • Kesedapan? Memang sedap. Kami beri 8/10.
  • Keselesaan? Nyaman, sebab rasa tenang sahaja duduk di bawah pokok. Redup. Cuma kadang-kadang tiada kerusi atau meja sebab penuh.

 

Memang patut dicuba!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.