Dahulunya, Kedai Cendol Durian Runtuh ini beroperasi di Chow Kit, tetapi sekarang suka berpindah di Setapak. Dari dulu sehingga sekarang, tak pernah kosong. Sering dibanjiri peminat cendol durian!

Imej via [facebook]

Sama ada musim durian atau tidak, kedai Cendol Durian Runtuh ini tetap sedap dengan duriannya yang manis, lembut dan berbaloi untuk dinikmati. 

Beza kedai cendol durian ini dengan yang lain, anda boleh melihat kekemasan dan kecantikan hidangan cendol duriannya serta suasana kedainya yang sangat selesa.

Ini kalau datang setiap minggu pun tiada masalah. 

Imej via [wanderlustdj]

Menu Cendol Durian Runtuh Kuala Lumpur

Antara menu kegemaran ramai orang mestilah cendol durian Runtuh ini. Sebab itu nak mencuba makan di sini kan. 

Imej via [utusanpenan]

Untuk pengetahuan anda, terdapat juga menu makanan yang lain seperti makanan berat iaitu nasi, bihun sup, set asam pedas, masakan goreng, tomyam udang galah, nasi ayam penyet dan lain-lain lagi.

Jika lapar, anda boleh tempah makanan yang lain juga. Patutlah ramai yang duduk lama di sini, macam-macam menu boleh makan.

Menu Cendol Durian Dan Kelazatannya

Imej via [facebook]

Ramai peminat cendol durian takkan lepaskan peluang untuk merasai cendol durian yang merupakan menu utama di sini. Duriannya sedap dan santannya juga segar, sebab itulah ramai yang suka makan durian cendol di sini. 

Antara cendol durian yang terdapat di sini adalah seperti berikut.

  • Cendol durian
  • Cendol durian pulut
  • Cendol durian tapai ubi
  • Cendol durian musang king
  • Cendol durian kahwin

Selain itu, terdapat banyak lagi jenis cendol durian yang boleh anda cuba. Keenakan cendol durian di sini adalah manis pekat likat santannya serta segar. Sekali cuba pasti nak lagi.  Makan cendol sahaja pun akan rasa sangat kenyang. 

Sekiranya anda ingin menikmati buah durian sahaja, turut boleh didapatkan di sini. Hidangan buah durian sangat cantik, kemas dan lazat.

Imej via [wanderlustdj]

Khas buat peminat cendol, wajib cuba cendol di Cendol Durian Runtuh Kuala Lumpur ini. 

Menariknya, Cendol Durian Runtuh ini sering mengadakan promosi cendol yang sangat berbaloi. Sama ada beli online atau walkin, anda boleh mendapatkan promosi yang ditawarkan.

Tips Makan Di Cendol Durian Runtuh

Imej via [facebook]

Sekiranya nak beli bungkus pun boleh. Kemas rapi bungkusan yang diberikan kepada anda. 

Sekiranya anda ingin makan di sini, parking di sebelah jalan atau berhadapan kedai Cendol Durian Runtuh ini juga tersedia. 

Jika anda datang beramai-ramai, tiada masalah kerana turut disediakan meja yang banyak untuk pelanggan yang berkumpulan.

Lokasi:  Starparc Point, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12 tengahari sehingga 12 malam

Telefon: 011-21061685
Jom baca juga Masakan Padang Asli Kampung Baru dan Seri Talam Cat Cafe

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.