Ada yang mencari cakoi viral yang berada di sekitar Selangor dan KL? Kami sediakan lokasi yang menjual kuih viral ini yang perlu anda cuba!
Jika dahulu port cakoi sedap boleh didapati di pasar malam sahaja. Namun apabila kian viral, lebih mudah untuk mendapatkannya kerana lebih banyak kedai yang mula menjual kuih sedap ini.
Makan sewaktu kuih masih panas lebih nikmat kerana cakoi yang rangup di luar dan lembut dan gebu di dalam. Cicah pula bersama sos manis ini sang kaya, kuah pandan atau kuah kastard pasti rasanya lebih umph!
Jika anda mencari port cakoi viral di sekitar Selangor dan KL, ini pilihan buat anda. Jom tengok lokasi terdekat dengan anda!
Mencari cakoi yang luar biasa? Di Golden Stick anda boleh memilih beberapa jenis cakoi dengan pelbagai perisa. Saiz cakoi panjang dan gebu dari kebiasaan. Harga juga sangat berbaloi iaitu bermula RM 1.50 untuk satu cakoi.
Antara perisa yang menjadi kegemaran ramai adalah Cakoi Coklat, Cakoi Butterscotch, Cakoi Strawberry, Cakoi Bisscoff dan lain-lain. Setiap cakoi disaluti dengan topping yang meleleh. Gebu, sedap dan tidak muak.
Lokasi: Golden Stick Malaysia, 2, Jalan Suadamai 1/2, Tun Hussein Onn, 42300 Cheras, Selangor
Cakoi dan Kopi mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Selangor. Antara cawangan yang ada termasuklah Citta Mall, Lotus Bangi, Bangi Gateway, Shah Alam dan Banting.
Cakoi dan Kopi juga tidak ketinggalan dalam menyediakan pelbagai perisa cakoi. Cakoi Durian King dan Cakoi Red Velvet antara perisa terbaru dan sedap yang pasti membuatkan ramai jatuh cinta.
Terdapat beberapa bentuk cakoi seperti spiral, butterfly dan twister yang sangat rangup di luar dan lembut di dalam. Bukan sahaja bentuk yang berlainan, malah nama set cakoi juga unik seperti Set Abang Jamil, Set Kassim Selamat dan Set Do Re Mi.
Lokasi: B-G-2, Jalan Vita 1, 63000 Dengkil, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (11.00 am-7.00 pm)
Siapa tak kenal dengan kedai Cakoi dan Donut Cik Lah pasti buakn penduduk di sekitar KL. Kedai ini merupakan kedai cakoi viral dan paling lejen yang terletak di pantai dalam. Mana tidaknya, kedai ini telah beroperasi lebih 25 tahun.
Penduduk setempat pasti tahu keenakan dan kelainan rasa cakoi di sini. Bukan sahaja sedap, harga juga murah berbanding kedai cakoi yang lain, iaitu serendah 50 sen sahaja. Gandingan cakoi yang gebu dan lembut dicicah bersama sang kaya yang pekat dan manis, merupakan kombinasi cakoi yang terbaik.
Lokasi: 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (3.00 pm-6.00 pm)
Nama pun Baby Cakoi, bentuk cakoi semestinya kecil daripada kebiasaan dan sangat comel. Kaisu Baby Cakoi mempunyai dua cawangan di sekitar Kuala Lumpur.
Harga memang sangat berbaloi iaitu serendah RM 7.00 untuk satu set. Setiap set pula mempunyai 20 biji cakoi yang rangup dan sedap.
Selain cakoi, di kedai ini juga terdapat pau goreng, jambu potong dan jus jambu. Sesuai untuk dijadikan kudapan petang.
Lokasi: Taman Kosas Ampang (Bersebelahan Surau Fatimah Az-Zahra) | Tasik Sri Rampai, Setapak (Depan Nasi Lemak Saleha)
Salah satu cakoi viral dan terkenal di Selangor terdapat di Antara Gapi, Serendah. Setiap kali datang ke sini pasti perlu beratur untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun, pasti ramai berpuas hati dengan keenakan cakoi ini.
Selain Cakoi Original, di kedai ini, lain pula variasi cakoinya yang lain. Ada Cakoi Susu Shake dan Cakoi Coklat Shake. Kedua-dua cakoi ini masing-masing disaluti dengan susu dan coklat serta gula. Rasanya memang rangup, manis dan lembut.
Nak cakoi yang lebih istimewa dan unik? Apa kata anda cuba Cakoiyaki iaitu olahan kuih cakoi dengan takoyaki. Nak tahu sedap atau tidak, anda perlu cubanya sendiri.
Lokasi: Antara Gapi, Serendah, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (2.00 pm-6.00 pm)
Masih ingatkah anda cakoi viral di Johor Bahru yang mendapat sambutan ramai hingga ada yang sanggup datang dari jauh untuk mencubanya? Kini tak perlu risau, di KL telah ada dua cawangan.
Keunikan RR Cakoi adalah mempunyai pelbagai topping yang sedap. Antaranya adalah Peanut Butter Choc Chip, Cinnamon, Chocolate Oreo, Cheese Mayo dan banyak lagi. Memang rambang mata untuk memilihnya, namun rasanya pasti tidak akan mengecewakan.
Lokasi: Taman Melawati, KL (depan Sakura Kristal) | Jln Setiawangsa 8, KL (Depan Giant)
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am-6.30 pm)
Maru Maru Cakoi Chezze juga adalah cakoi yang pernah viral dengan keunikan dan kesedapannya. Buat pengetahuan anda, lokasi kedai ini terletak berhampiran Stadium Cheras KL.
Seperti kebanyakan kedai cakoi viral yang lain, Maru Maru Cakoi Chezze juga mempunyai pelbagai pilihan topping menyelerakan serta diletakkan cheese di atasnya. Antara jenis cakoi yang digemari ramai adalah Cakoi Cheese Coklat, Cakoi Cheese Caramel dan Cakoi Cheese Strawberry. Sedap, tak muak, sedap dan pasti membuatkan ramai yang ketagih.
Lokasi: Marumaru Cakoi Chezze, Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (2.00 pm-6.00 pm)
Ini baru sikit cakoi viral yang kami kongsikan buat anda yang terdapat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Jika ada tempat yang anda tahu tapi tidak tersenarai di atas, komen di bawah!
Tak tahu nak makan apa sebagai kudapan di petang hari? Jom beli cakoi viral lagi sedap. Original mahupun yang bertopping, rasanya pasti buat ramai yang ketagih.
Nak tahu lebih banyak tempat makan viral dan best di KL atau Selangor? Jom kunjungi tempat berikut: