Mencari tempat berbuka puasa buffet Ramadhan Putrajaya 2025 yang terkini?

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti untuk yang hadir ke Putrajaya? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda tuju untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai?

Kami ada senarai buffet Ramadhan Putrajaya Bangi 2025 terkini yang boleh anda tempah untuk sesi berbuka puasa sempena bulan Ramadhan. Teruskan membaca!

Buffet Ramadhan 2025 Putrajaya Bangi

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Kelab Tasik PutrajayaLot 5956 Kampung Orang Asli Bukit Dugang, 43000 Dengkil, Selangor70.0030.00Kelab Tasik Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)International Convention Centre, Jalan P5, Presint 5, 62000 Putrajaya109.0055.00Putrajaya International Convention Centre (PICC)
The Everly Hotel Putrajaya1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya138.0059.00The Everly Hotel Putrajaya
Putrajaya Marriott HotelIOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya218.00109.00Putrajaya Marriott Hotel
Zenith PutrajayaJalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya168.0098.00Zenith Putrajaya
Le Meridien PutrajayaLebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya208.00104.00Le Meridien Putrajaya
Dorsett PutrajayaPrecinct 3, 62000 Putrajaya148.00100.00Dorsett Putrajaya
Park In by Radisson PutrajayaJalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor108.0054.00Park In by Radisson Putrajaya
De.Wan 1958 by Chef Wan @ BangiBangi Resort Hotel
Off Persiaran Bandar,
Bangi Golf Club,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
168.0078.00De.Wan by Chef Wan
Abedeen ClubhousePersiaran Garden Residence 2, Cyberjaya, 63100 Cyberjaya, Selangor69.0035.00Abedeen Clubhouse
Pulse Grande Hotel PutrajayaTaman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya138.0069.00Pulse Grande Hotel Putrajaya
Bangi Avenue Convention Center (BACC)No. 21 & 22, Pusat Perniagaan Bangi Avenue Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor88.9065.00Bangi Avenue Convention Center (BACC)
Palm Garden HotelCity Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd 228543-V, Palm Garden Hotel, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor128.00 (Ballroom) | 168.00 (Palms Cafe)84.00 (Ballroom) | 64.00 (Palms Cafe)Palm Garden Hotel

Kelab Tasik Putrajaya

Di Kelab Tasik Putrajaya, mereka ada menawarkan pakej buffet Ramadan yang cukup berbaloi. Jika ada yang tak tahu, Dapur Kelab Tasik telah berpindah ke Pak Zain D’Patin yang berada di Dengkil. Hidangan yang disajikan berasaskan sajian tradisi dan menu utama adalah gulai patin tempoyak. Paling istimewa ada pelbagai menu barat dan makanan Cina untuk santapan berbuka anda.

Pakej yang berlangsung dari 4 Mac sehingga 28 Mac 2025 ini menawarkan harga yang berpatutan iaitu RM70 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.

Alamat: Lot 5956 Kampung Orang Asli Bukit Dugang, 43000 Dengkil, Selangor

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyediakan hidangan klasik sebagai sajian utamanya untuk buffet Ramadan edisi Cita Rasa Klasik. Jika anda penggemar masakan kampung, datang saja ke sini kerana terdapat banyak pilihan menu yang disediakan. Bukan itu sahaja, Rosma Sidik akan menemani anda sepanjang pakej buffet ini berlangsung.

Harga yang ditawarkan ialah RM 109 untuk dewasa dan RM 55 untuk warga emas dan kanak-kanak. Buffet ini berlangsung dari 3 Mac sehingga 28 Mac 2025. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak, terhad sehingga 2 Mac 2025.

Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

The Everly Hotel Putrajaya

The Everly Hotel Putrajaya juga merupakan antara lokasi buffet Ramadan di Putrajaya yang menarik. Mereka menawarkan harga pakej serendah RM118 untuk tarikh berbuka pada 3 Mac sehingga 28 Mac. Namun harga ini terhad untuk pembelian awal. Harga kembali normal dengan RM138 untuk dewasa dan RM 59 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Alamat: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Marriott Putrajaya

Nikmati bulan Ramadan yang mulia dengan hidangan buffet bertemakan “Merentas Tradisi” Pentas Citarasa. Di sini Chef Zulkifli dan team menawarkan lebih 100 menu tempatan, antarabangsa dan menu dari timur tengah buat pengunjung. Paling best, pengunjung dapat menikmati durian tanpa had.

Harga buffet untuk dewasa ialah RM 218 untuk dewasa dan RM 109 untuk kanak-kanak. Jika berkesempatan, dapatkan harga lebih murah sebelum 28 Februari ini! Buffet ini akan bermula dari 2 Mac sehingga 30 Mac 2025. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila Whatsapp  +6011 5686 5608.

Alamat: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Zenith Putrajaya

Hanya RM168 untuk dewasa manakala RM98 untuk warga emas dan kanak-kanak bagi harga buffet yang ditawarkan oleh Zenith Hotel sempena Ramadan kali ini. Nak lebih murah, tempah sekarang dan anda akan peroleh harga RM 88 untuk kanak-kanak dan warga emas serta RM138 sahaja untuk dewasa. Harga ini terhad dengan tempahan awal sehingga 1 Mac sahaja.

Bertemakan Cahaya Ramadan Al-Qareem, lebih 200 juadah menanti anda! Buffet ini bermula dari 4 Mac hingga 27 Mac ini. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi +603 8893 9993.

Alamat: Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Le Meridien Putrajaya

Le Meridien Putrajaya juga merupakan antara lokasi buffet Ramadan di Putrajaya yang menarik. Harga yang ditawarkan ialah RM208 untuk dewasa dan RM104 untuk kanak-kanak bagi buffet bertemakan Destinasi Rasa: Eksplorasi Citarasa Tempatan & Antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan awal, hubungi mereka di talian +603 8689 6888/6862 atau WhatsApp menerusi +6012 4073101/+6012 725 5101.

Alamat: Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor

Dorsett Putrajaya

Dorsett Putrajaya tidak ketinggalan dalam menawarkan buffet berbuka puasa mulai 3 Mac hingga 28 Mac 2025. Harga bagi dewasa adalah RM148 dan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas, harganya adalah RM100.

Dengan tema Citarasa Sajian Malam Rasa & Riadah, tetamu akan dipersembahkan oleh Kugiran Symphony sepanjang waktu berbuka. Untuk tempahan atau makluman lanjut, hubungi Dorsett Putrajaya di talian 016-6680265 atau 03-88928388.

Alamat: Precinct 3, 62000 Putrajaya

Park Inn by Radisson Putrajaya

Park Inn by Radisson Putrajaya menawarkan harga RM 108 untuk dewasa dan RM 54 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadan mereka yang berlangsung pada 2 Mac hingga 28 Mac 2025 ini dengan lebih dari 100 hidangan boleh didapati. Gulai kawah, kambing golek dan sate antara menu utama yang pasti menjadi kesukaan ramai.

Sambil menjamu selera, pengunjung boleh menikmati persembahan muzik secara langsung dan anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah iaitu wang tunai RM5000 serta hadiah menarik! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi Early Bird RM75 sahaja, terhad hingga 28 Februari ini.

Hubungi 03-8911 1999 atau WhatsApp 010-211 4681 / 011-7004 1411 untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor

De.Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi

Menyemarakkan semangat Ramadan, De.Wan 1958 by Chef Wan akan menggembirakan pengunjung dengan hidangan istimewa serantau yang mewah untuk berbuka puasa, dari 5 Mac hingga 29 Mac 2025. Harga buffet untuk dewasa ialah RM 168, untuk kanak-kanak (4-12 tahun) ialah RM 78 dan untuk warga emas (60 tahun ke atas) ialah RM 135. Harga ini terhad untuk cawangan yang berada di Bangi sahaja.

Untuk tempahan awal sehingga 5 Mac 2025, harga RM148 (dewasa), RM125 (warga emas) dan RM65 ( kanak-kanak) akan ditawarkan kepada anda. Layari laman Facebook De.Wan 1958 by Chef Wan untuk makluman lanjut. Yang berdekatan Bangi, anda boleh berbuka bersama yang tersayang di sini!

Alamat: Off, Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Abedeen Clubhouse

Ada yang mencari buffet Ramadan sekitar Cyberjaya? Datang sahaja ke Abedeen Clubhouse yang menyediakan buffet Ramadan sepanjang bulan mulia ini. Harga tempahan untuk dewasa ialah RM69 dan RM35 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Anda akan disajikan dengan lebih 50 hidangan selera barat dan menu tempatan yang berbagai.

Layari Facebook Abedeen Clubhouse untuk melihat menu yang akan disajikan buat pengunjung. Di sini mereka mengambil tempahan kecil untuk memberikan keselesaan buat pengunjung. Apa yang lebih menarik, pengunjung dapat berbuka di tepi kolam!

Alamat:  Persiaran Garden Residence 2, Cyberjaya, 63100 Cyberjaya, Selangor

Pulse Grande Hotel

Pulse Grande Hotel menyediakan pakej buffet Ramadan bermula 2 Mac hingga 28 Mac 2025. Harga pakej mampu milik iaitu serendah RM138 untuk dewasa manakala RM69 untuk kanak-kanak. Nak lebih jimat, apa kata buat pembelian hingga 2 Mac ini dan peroleh harga buffet hanya RM105 sahaja.

Lebih 100 menu menarik menanti anda. Harga yang ditawarkan berbaloi dengan pilihan menu dan kemudahan yang disediakan. Jika bernasib baik, anda mungkin pemenang bagi cabutan bertuah yang dianjurkan hotel ini.

Lokasi: Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya

Bangi Avenue Convention Center (BACC)

Bangi Avenue Convention Centre pula mengadakan buffet Santapan Desa yang menawarkan lebih 100 hidangan bertaraf hotel lima bintang bertempat di Ballroom Bangi Avenue Convention Centre. Buffet ini berlangsung dari 3 Mac sehingga 27 Mac 2025.

Apa yang menarik di sini? Ada Warong Moreh, persembahan dari kumpulan Kugiran, permainan tradisional dan pasar lambak. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM73.90 yang terhad untuk 1000 orang terawal sahaja.

Alamat: No. 21 & 22, Pusat Perniagaan Bangi Avenue Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Palm Garden Hotel

Jom berbuka puasa di Palm Garden Hotel yang menawarkan dua pakej buffet iaitu di Ballroom dengan tema Bazar Citarasa Kita dan di Palm Cafe dengan tema Iftar Citarasa Kita. Harga early bird ditawarkan oleh kedua-dua tempat berbuka ini dan anda boleh dapatkan sebelum 15 Mac 2025.

No telefon: +6012 871 4101

Alamat:  City Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd 228543-V, Palm Garden Hotel, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Kesimpulan

Jangan lupa kongsikan artikel buffet Ramadhan Putrajaya Bangi ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak menemukan destinasi buffet yang berpatutan harganya. Selamat berpuasa!

*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untk memberi info yang relavan dan terkini tentang tempat buffet Ramadhan di Putrajaya dan Bangi.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.