Sempena bulan puasa, semestinya anda ingin berbuka puasa di destinasi buffet yang menarik. Jika anda berada di Pahang, anda memang beruntung kerana destinasi buffetnya banyak.

Untuk itu, kami ada sediakan 20 destinasi buffet Ramadhan di Pahang. Semestinya yang terkini dan pada tahun ini (2023), jadi teruskan membaca!

Buffet Ramadhan Pahang 2023

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Zenith KuantanJalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang118.0068.00Zenith Kuantan
Warung Acu9, Jalan Dagang 2, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang72.8042.80Warung Acu
Grand Darulmakmur Hotel KuantanLot 5 & 10, Lorong Gambut, Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang98.0058.00Grand Darulmakmur Hotel Kuantan
Hotel ChatayanaA 41, 3, Lorong Tun Ismail 5, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang75.0045.00Hotel Cathayana Kuantan
Swiss-Garden Beach Resort2656~2657, Mukim Balok Beach Beserah 26100, Kuantan, Pahang118.0078.00Swiss-Garden Beach Resort
Hotel Seri Malaysia TemerlohJalan Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang68.0048.00Hotel Seri Malaysia Temerloh
Sri Manja Boutique HotelB2-34, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang60.0030.00Sri Manja Boutique Hotel
Hotel Seri Malaysia KuantanJalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang68.0038.00Hotel Seri Malaysia Kuantan
Shahzan Hotel KuantanLot PT 240, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang75.0045.00Shahzan Hotel Kuantan
Grand Continental KuantanJalan Gambut, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang75.0057.00Grand Continental Kuantan
Avilion Cameron Highlands C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang50.0030.00Avilion Cameron Highlands
Hyatt RegencyTeluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang148.0075.00Hyatt Regency Kuantan Resort
Adena Beach ResortLot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang75.0055.00Adena Beach Resort Kuantan
Swiss-Belhotel KuantanJalan Tanjung Lumpur 1 Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang108.0048.00Swiss-Belhotel Kuantan
Hotel Sentral Kuantan45, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang73.0053.00Hotel Sentral Kuantan
D’Bilut Agro FarmLot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang68.00 48.00D’Bilut Agro Farm
Resthouse TemerlohJalan Dato Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang66.0046.00Resthouse Temerloh
AnCasa Hotels & Resorts2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu Jaya Tiga, 26600 Pekan, Pahang98.0068.00AnCasa Hotels & Resort
Zenith Cameron HighlandJalan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang98.0050.00Zenith Cameron

Zenith Hotel Kuantan

Hotel Zenith yang terletak di Kuantan ini menyediakan buffet berbuka yang beraneka selera. Harga untuk dewasa ialah RM 118 manakala untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, harga ialah RM 68. Namun harga ini merupakan harga promosi yang sah bermula 20 Februari sehingga 20 Mac 2023!

No telefon: 09-565 9595

Alamat: Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Warung Acu

Jika anda warga Temerloh, pilihan buffet Ramadhan buat anda adalah di Warung Acu. Mereka menyediakan 90 jenis hidangan yang terdiri daripada makanan tempatan, makanan barata dan makanan Korea.

Jika anda penggemar makanan Korea, pelbagai pilihan menu yang pasti membuatkan anda rambang mata seperti Tapokki, Kimchi dan Korean Spicy Cheicken.

Pakej buffet ini bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023. Kemudahan tandas dan surau disediakan selesa buat pengunjung.

Alamat: 9, Jalan Dagang 2, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang

Grand Darulmakmur Hotel Kuantan

Jom berbuka dengan Citarasa Bazar Darulmakmur di hotel Grand Darulmakmur. Harga untuk dewasa ialah RM 98 dan RM 58 untuk kanak-kanak. Terdapat 10 Gerai Bazar disediakan dengan pelbagai jenis makanan.

Pembelian awal iaitu 10 hari terawal bermula 24 Mac sehingga 2 April 2023 akan mendapat harga early bird serendah RM88+ seorang Dewasa. Tak cukup dengan itu, setiap pembelian 10 baucar akan mendapat 1 baucar percuma.

Alamat: Lot 5 & 10, Lorong Gambut, Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang

Hotel Cathayana

Hotel Cathayana Kuantan mengadakan buffet berbuka puasa dari 24 Mac hingga 20 April 2023. Harga buffet untuk dewasa ialah RM 75 dan untuk kanak-kanak, harganya ialah RM 45. Kemudahan seperti ruang solat untuk lelaki dan perempuan turut disediakan.

Harga untuk tempahan awal sehingga 3 April 2022 ialah RM 69. Satu kelebihan di sini adalah pengunjung dapat berbuka sambil menikmati permandangan sungai Kuantan.

Alamat: A 41, 3, Lorong Tun Ismail 5, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Jom berbuka dengan Citarasa Ala Kampung yang dianjurkan oleh The Garden Terrace, Swiss-Garden Beach Resort. Dapatkan harga early bird serendah RM 98 untuk dewasa manakala RM 78 untuk kanak-kanak sebelum 22 Mac ini.

Menggunakan 101 resepi dengan menu utama adalah makanan tradisi, antara menu istimewa adalah kambing golek.

Alamat: 2656~2657, Mukim Balok Beach Beserah 26100, Kuantan, Pahang

Hotel Seri Malaysia Temerloh

Untuk buffet Ramadhan Hotel Seri Malaysia Temerloh, harga yang ditawarkan ialah RM 68 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak-kanak. Anda akan disajikan dengan menu utama iaitu kambing golek dan murtabak, memang sedap!

Harga untuk tempahan awal juga turut ditawarkan dan ianya serendah RM 60. Untuk pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi mereka di talian 09-2965788.

Alamat: Jalan Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang

Sri Manja Boutique Hotel

Ada yang teringin untuk berbuka dengan kambing bakar dan shell out? Ini tempat sesuai buat anda. Harga memang berbaloi iaitu RM 60 untuk dewasa manakala RM30 untuk kanak-kanak.

Pakej buffet ini diadakan bermula 25 Mac sehingga 20 April. 2 set menu berlainan setiap hari akan disajikan buat pengunjung. Nak tau menu apa? Hubungi mereka di talian tersebut.

Alamat: B2-34, Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Hotel Seri Malaysia Kuantan

Jom berbuka dengan menu istimewa Kambing Golek di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Bertemakan Retro, Pelbagai juadah menanti pengunjung yang pasti memuaskan. Dapatkan harga permulaa serendah RM 58 sahaja untuk seorang.

Alamat: Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Shahzan Hotel Kuantan

Jika anda membuat tempahan sebelum 22 Mac 2023, anda dapat menikmati harga serendah RM 65 sahaja serta setiap 10 pembelian baucar akan mendapat satu baucar percuma.

Bertemakan Juadah tradisi Pahang, pelbagai menu menarik menanti anda yang terdiri daripada 4 set menu yang ditukar setiap minggu. Antara yang menarik adalah Nasi Kebuli Diraja,Kambing Bakar dan Kari Dalca.

Alamat: Lot PT 240, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang

Grand Continental Kuantan

Hotel Grand Continental Kuantan merupakan antara lokasi buffet Ramadhan di Pahang yang menawarkan pakej berbuka bawah RM 100. Harga untuk dewasa ialah RM 75 dan RM 57 untuk kanak-kanak dan warga emas. Hidangan berkonsepkan Sajian Selera Timur

Buffet ini bermula dari 23 Mac hingga 20 April 2023. UDapatkan harga promosi serendah RM 60 sebelum 22 Mac 2023 ini!

Alamat: Jalan Gambut, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Avillion Cameron Highlands

Jika anda berada sekitar Cameron Highlands, lekaslah tempah buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Avillion Cameron Highlands. Menyediakan selera masakan kampung, harga dewasa ialah RM 50 dan RM 30 pula untuk kanak-kanak. Buat tempahan segera untuk mendapatkan 10% diskaun yang akan diberikan sehingga 22 Mac sahaja.

Alamat: C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Hyatt Regency

Hyatt Regency juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadhan pada tahun ini. Nak berbuka dengan menu dari timur tengah? Anda boleh dapatkannya di sini. Harga tawaran untuk dewasa adalah RM 148 manakala kanak-kanak RM 75.

Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Adena Beach Resort

Jom berbuka di Adena Beach Resort serendah RM 75 untuk dewasa manakala RM 55 untuk kanak-kanak. Nak lebih jimat, buat tempahan sebelum 20 Mac 2023 dan nikmati diskaun 10%. Pakej buffet ini bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023.

Alamat: Lot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang

Swiss-Belhotel Kuantan

Bertemakan Tamu Senja Bufet Ramadan, pakej buffet Ramadan akan diadakan bermula 27 Mac sehingga 21 April 2023. Di sini juga ada harga promo bernilai RM 88 sahaja yang sah sehingga 22 Mac ini!

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur 1 Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Hotel Sentral Kuantan

Hotel Sentral Kuantan pula akan mengadakan pakej buffet Ramadhan dari 25 Mac sehingga 20 April 2023. Sambil berbuka, pengunjung akan ditemani dengan persembahan istimewa dari band-band khas. Harga untuk tempahan awal hanya RM 63 untuk dewasa serta warga emas dan RM 43 untuk kanak-kanak.

Alamat: 45, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

D’Bilut Agro Farm

Terletak di Bentong, jom berbuka bersama Iftar Ramadhan Rimba D’Bilut dengan hanya RM 68 sahaja untuk dewasa manakala RM 48 untuk kanak-kanak. Jika mahukan harga early bird, dapatkannya sehingga 29 Syaaban dengan hanya RM 60 sahaja.

Antara menu sedap menanti pengunjung adalah Sup Tulang, Nasi Hujan Panas, Nasi Arab dan Nasi Tomato. Selain itu terdapat enam gerai dengan pelbagai juadah sampingan yang pasti membuatkan anda rambang mata.

Alamat: Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Resthouse Temerloh

Ini juga pilihan tempat berbuka puasa yang berbaloi untuk dikunjungi yang bermula RM 66 untuk dewasa, RM 53 untuk warga emas atau OKU serta RM 46 untuk kanak-kanak. Jangan risau, harga promosi tetap ada dengan RM 58 sahaja dan sah sehingga 18 Mac 2023.

Antara menu yang pasti membuatkan anda berpuas hati adalah Nasi Briyani, Kambing Golek, Gulai Kawah dan Steamboat.

Alamat: Jalan Dato Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang

AnCasa Hotels & Resort

Kembara Desa Tradisi pula merupakan konsep buffet Ramadhan Pahang di AnCasa Royale Pekan. Harga memang berbaloi iaitu RM 98 untuk dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak. Dapatkan harga promosi serendah RM 78 sahaja yang sah sehingga 15 Mac ini!

Alamat:  2670, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Peramu Jaya Tiga, 26600 Pekan, Pahang

Zenith Cameron

Buffet Ramadhan Pahang yang terakhir anda boleh dapatkan di Zenith Cameron yang terletak di Tanah Rata. Pakej yang berkonsepkan Sajian Muhibah ini diadakan bermula 27 Mac sehingga 20 April 2023.

Harga untuk pembelian awal sebelum 22 Mac 2023 adalah RM 88 untuk dewasa manakala RM 48 untuk kanak-kanak. Memang sangat berpatutan!

Alamat: Jalan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Kesimpulan

Sudah jumpa buffet Ramadhan di Pahang yang ingin ditempah? Sekarang pilihan sudah pun ada di depan mata. Hanya perlu memilih sahaja, jadi lekaslah membuat tempahan.

Yang penting, anda seharusnya membuat tempahan dengan lebih awal jika berminat. Mana tahu berkemungkinan anda akan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah dan semestinya berbaloi? Selamat berbuka!

Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.