Bulan puasa menjelang tiba, kebanyakan tempat makan telah menyediakan buffet ramadhan dengan pelbagai jenis makanan, jadi kami akan senaraikan 20 buffet Ramadhan di Melaka 2025.

Peluang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang di lokasi yang eksklusif dan hidangan makanan yang sedap. Dijamin puas hati senyum hingga ke telinga pada harga yang berpatutan.

Berikut ialah senarai buffet Ramadhan di Melaka 2025 yang boleh anda pergi bersama kawan mahupun keluarga sekitar Melaka.

Nama Tempat Lokasi Harga
Dewasa (RM)
Harga
Kanak-kanak (RM)
Info
Villa Istana MelakaLot 5913, Jalan TU1, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka69.0055.00Villa Istana Melaka
LeQamr Glasshall Dewan Kahwin Melaka Lebuh AMJ, Kampung Bakar Batu, 7546069.0055.00LeQamr Glasshall Dewan Kahwin Melaka
DoubleTree by Hilton MelakaJalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka158.0079.00DoubleTree by Hilton Melaka
AMES HotelJalan Pkak 2, Pusat Komersial, 75450 Ayer Keroh, Melaka138.00 – 148.00108.00AMES Hotel
Mudzaffar Hotel Melaka Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka 95.0055.00Mudzaffar Hotel Melaka
Bayview Hotel MelakaJalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka88.00 48.00Bayview Hotel Melaka
A’Famosa Resort Melaka Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka 128.0085.00A’Famosa Resort Melaka
Bufet Sajian Warisan ISDA 6, Jalan Ttc 12A-1, Taman Teknologi Cheng, 76520 Cheng, Melaka 29.90 17.90 Bufet Sajian Warisan ISDA
Ibis Melaka 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka 98.00+68.00+Ibis Melaka
Swiss Garden Hotel MelakaT2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca108.0088.00Swiss Garden Hotel Melaka
Holiday Inn Melaka 192, 75000 Malacca 108.00 – 128.0058.00 – 68.00Holiday Inn Melaka
Bayou Lagoon Park Resort M24, Bukit Katil, 75450 Malacca 88.00 55.00Bayou Lagoon Park Resort
The Pines Melaka 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka 118.0068.00The Pines Melaka
Puteri Bay HotelPantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka75.0045.00Puteri Bay Hotel Melaka
Tun Fatimah Riverside HotelNo 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka75.0065.00Tun Fatimah Riverside Hotel
Hatten Hotel MelakaJln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka128.00Hatten Hotel Melaka
Imperial Heritage HotelNo 1, 1, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka108.0088.00Imperial Heritage Hotel
Seri Chendana Resort MerlimauKM23, Jln Melaka, Kampung Telok, 77300 Merlimau, Melaka59.0039.00Seri Chendana Resort Merlimau
Kings Green Hotel City Centre 28, 19, Jalan Tun Perak, Kampung Enam, 75300 Melaka70.0050.00Kings Green Hotel City Central
MITC Hotel Lot 15232 and 15233, Jalan Food City, Malacca International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka118.00+48.00+MITC Hotel Melaka
Hotel Seri Malaysia Melaka Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka70.0045.00Hotel Seri Malaysia Melaka
Park Royal A’Famosa Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka128.0085.00Park Royal A’Famosa
Grand Swiss-Belhotel Melaka Grand Swiss-Belhotel Melaka, 146, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka77.00+Grand Swiss-Belhotel Melaka
Noble Resort Hotel Melaka 1-A, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka119.0039.00Noble Resort Hotel Melaka
Courtyard by Marriott MelakaJalan, Lorong Haji Bachee, Kampung Bukit China, 75100 Melaka168.0090.00Courtyard by Marriott Melaka

Villa Istana Melaka

Mencari tempat berbuka puasa yang menawarkan harga bawah RM100? Kami cadangkan anda untuk berbuka di Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Pada Ramadan kali ini, mereka menawarkan lebih 50 jenis sajian enak serta 10 gerai yang memasak secara langsung buat pengunjung.

Harga memang mampu milik iaitu RM69 untuk dewasa manakala RM55 untuk warga emas dan kanak-kanak. Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang! Buat tempahan di sini.

No telefon: 011-6492 8928

Alamat: Lot 5913, Jalan TU1 Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka

LeQamr Glasshall Dewan Kahwin Melaka

Pakej berbuka puasa di LeQamr Glasshall diadakan bermula 7 hingga 28 Mac 2025. Lebih 50 menu menarik dan live stall disediakan untuk pengunjung.

Untuk dewasa, harganya adalah RM69 sahaja manakala untuk warga emas dan kanak-kanak hanya RM55 sahaja. Dengan menu yang ditawarkan, layanan serta kemudahan yang disediakan, memang berbaloi untuk dicuba! Tempah segera di LeQamr Glasshall.

Alamat: Lebuh AMJ, Kampung Bakar Batu, 75460 Melaka

DoubleTree by Hilton Melaka

DoubleTree by Hilton Melaka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan yang menarik pada tahun ini. Harga semestinya berpatutan iaitu RM158 untuk dewasa manakala RM79 untuk kanak-kanak dan warga emas. Dengan tema Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan, buffet Ramadan ini berlangsung dari 1 hingga 31 Mac 2025.

Anda berpeluang mendapatkan harga promosi dengan potongan 20% seorang jika membuat tempahan bermula 10 hingga 28 Februari 2025. Untuk sebarang tempahan, hubungi +606 222 3333.

Alamat: Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

AMES Hotel

Buffet Ramadan di AMES Hotel yang berkonsepkan Dapoer Nusantara 2.0 akan bermula dari 2 Mac 2025 sehingga 28 Mac 2025. Nak harga yang lebih berbaloi? Buat tempahan segera sehingga 1 Mac 2025 untuk mendapatkan harga serendah RM138 untuk dewasa dan RM108 untuk kanak-kanak dan RM118 untuk warga emas!

Sajian disini menawarkan menu dari seluruh Malaysia dan Indonesia. Antara kelebihan berbuka bersama AMES Hotel adalah setiap pembelian bufet layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan. Apa yang menarik jika berbuka di sini? Dengar cerita chefnya diterbangkan khas dari Indonesia. Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan secara langsung iaitu musik dan tarian istimewa Indonesia.

No telefon: +6012698 2957

Alamat: Jalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, Malacca City, Malaysia

Mudzaffar Hotel Melaka

Buffet Ramadan di Melaka 2024 seterusnya adalah Mudzaffar Hotel Melaka yang bertemakan Bazar Warisan. Buffet Ramadan ini akan bermula pada 1 Ramadan hingga 28 Ramadhan bermula 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Lebih 100 menu ditawarkan buat pengunjung yang terdiri daripada makanan tradisi dan antarabangsa. Antara kelebihan berbuka di sini adalah terdapat surau yang luas dan selesa, parkir luas dan ruang makan selesa.

Alamat: Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Bayview Hotel Melaka

Seterusnya, buffet ramadhan di Melaka 2024 ialah Bayview Hotel. Buffet yang bertemakan Lambaian Desa ini diadakan bermula 4 Mac hingga 29 Mac 2025. Harga memang berbaloi iaitu RM88 untuk dewasa, RM72 untuk warga emas dan RM48 untuk kanak-kanak. Jika datang berkumpulan, diskaun istimewa diberikan!

Menu menarik akan bertukar pada setiap hari. Oleh itu hubungi 06 283 9888 atau Whatsapp untuk sebarang maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

A’Famosa Resort

Jom nikmati ‘Sajian Ramadan Warisan Kampung’ di Dewan Tulip, Freeport A’Famosa Outlet yang memulakan pakej buffet pada 2 Mac sehingga 29 Mac 2025. Nak lebih berbaloi, buat tempahan sebelum 26 Mac 2025 dan dapatkan harga early bird iaitu RM78 untuk dewasa manakala RM55 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Paling best dan luar biasa, ada pertunjukan bunga api di Windmill Park pada 9.00 malam. Tempah sekarang melalui talian 019-600 3551. Yang pasti anda akan rambang mata dengan aneka pilihan menu yang enak!

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Bufet Sajian Warisan ISDA

Seterusnya ialah Bufet Sajian Warisan ISDA. Harga yang ditawarkan antara yang termurah, berpatutan dan mampu milik iaitu RM 29.90 bagi dewasa, RM 20.90 untuk OKU dan warga emas manakala kanak-kanak RM 17.90.

Pakej buffet Ramadhan di Melaka ini akan berlangsung dari 5 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025. Lebih 30 menu menanti pengunjung! Tunggu apa lagi, jom datang bersama keluarga dan kawan-kawan.

Alamat: 6, Jalan Ttc 12A-1, Taman Teknologi Cheng, 76520 Cheng, Melaka

ibis Melaka

Di ibis Melaka, anda boleh berbuka dengan konsep Sentuhan Ramadan bermula 8 Mac hingga 27 Mac 2025. Harga untuk dewasa bermula RM98 manakala kanak-kanak bermula RM68. Jika berkesempatan, dapatkan harga permulaan sehingga 4 Mac 2025 bermula RM78 untuk dewasa. Sebarang maklumat lanjut, hubungi +60 6-222 8888.

Lokasi: 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Nikmati buffet ramadhan Melaka 2025 di Swiss Garden Hotel Melaka yang berkonsepkan Muhibbah Ramadan. Di sini, lebih banyak menu dihidangkan iaitu lebih 150 jenis menu tau. Memang rambang mata nak pilih.

Menu istimewa termasuklah Kambing Panggang, Sate, Kari Ikan, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Pasembor, Ikan Patin Masak Tempoyak dan sebagainya. Pakej buffet diadakan bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025. Hubungi atau Whatsapp +𝟔𝟎𝟏𝟐 𝟐𝟔𝟐 𝟒𝟎𝟔𝟗 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Alamat: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca

Holiday Inn Melaka

Di Holiday Inn Melaka, anda juga dapat merasai hidangan buffet bermula 15 Mac hingga 7 April 2024. Buffet ini bertemakan 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒃𝒂𝒖 𝑴𝒆𝒎𝒐𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒇𝒇𝒆𝒕. Pelbagai tawaran menarik sepanjang Ramadan di sini termasuklah harga early bird serendah RM98 untuk dewasa iaitu dengan pembelian sebelum 28 Februari 2025, harga lebih berbaloi.

Harga untuk minggu pertama puasa iaitu sehingga 9 Mac 2025 lebih murah dengan hanya RM108. Hubungi +6019 656 1888 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Alamat: 192, 75000 Malacca

Bayou Lagoon Park Resort

Bermula 5 Mac sehingga 29 April 2025, Bayou Lagoon Park Resort mengadakan bufet Ramadan bertemakan Bazar Ramadan Bayou. Antara yang menarik berbuka di sini adalah pengunjung bakal disajikan dengan persembahan muzik istimewa sepanjang berbuka.

No telefon: +606 – 233 0888

Alamat: M24, Bukit Katil, 75450 Malacca

The Pines Melaka

The Pines Melaka membawakan Ramadhan Itar Buffet untuk pakej buffet pada tahun ini. Harga sangat berpatutan iatu RM118 untuk dewasa ddan RM68 untuk kanak-kanak dan warga emas.

No tel: +6012 420 8010 | +6011 2708 1936 | +606 240 2323

Alamat : 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Puteri Bay Hotel

Jika anda mencari pakej buffet bawah RM 100 dengan pelbagai menu lazat, kami cadangkan anda untuk merasainya di Puteri Bay Hotel. Bertemakan Laman BBQ, ‘Authentic Malay Buffet’ dan ‘Stall Concept’, harga pakej serendah RM75 sahaja untuk dewasa manakala RM45 untuk kanak-kanak. Harga promosi lebih murah iaitu RM70.

Menu istimewa jika berbuka di sini adalah juadah Arab iaitu Nasi Arab Mandy, Lamb Kabsah dan Hummus. Hidangan seperti bubur lambuk, kambing golek, stim patin dan banyak lagi juadah menanti anda. Hubungi 011-6524 2166 untuk maklumat lanjut.

Alamat: Pantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Tun Fatimah Riverside Hotel

Buat tempahan segera sebelum 7 Mac ini untuk mendapatkan harga RM65 untuk dewasa, murah kan? Selepas tarikh tersebut, harga asal akan dikenakan iaitu RM75 untuk dewasa manakala RM65 untuk kanak-kanak dan warga emas. Harga masih berbaloi dan sesuai untuk mereka yang mencari pakej bufet Ramadan bawah RM100.

Hubungi talian 06-2897888 untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan. Jom ajak keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka di sini dengan tema Nurani Ramadhan @ EAT BY THE RIVER!

Alamat: No 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Hatten Hotel Melaka

Disini juga pengunjung bakal disajikan dengan konsep menu lain daripada lain iaitu 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐌𝐮𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡 Buffet Dinner. Jika anda berkenan, dapatkan harga sehingga 28 Februari 2025 dengan kadar RM108 sahaja. Harga kembali kepada asal selepas tarikh tersebut dengan RM138 untuk dewasa.

Bufet ini diadakan bermula 5 hingga 28 Mac 2025 bermula 7.00 petang hingga 10.00 malam. Hubungi +606-221 9448 untuk pertanyaan dan tempahan.

Alamat: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka

Imperial Heritage Boutique & Gourmet Hotel

Imperial Heritage Boutique & Gourmet Hotel membawakan konsep iftar dengan tema Nikmat Berbuka Bersama pada tahun ini. Bufet ini berlangsung dari sepanjang Ramadan kali ini. Dapatkan harga promosi serendah RM88 sahaja selagi masih berkesempatan. Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut, Whatsapp 012-3985259.

Alamat: No 1, 1, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Seri Chendana Resort Hotel

Seri Chendana Resort membawakan tema Bufet Sajian Lagenda untuk kali ini yang mampu mengimbau zaman dahulu. Sambil menikmati makanan, anda akan menyaksikan filem lagenda dan muzik lagenda akan diperdengarkan. Ia diadakan bermula 4 hingga 28 Mac ini dari 6.30 petang hingga 9.00 malam.

Harga early bird serendah RM49 namun terhad sehingga 28 Febuari 2025 sahaja. Harga sangat mampu milik iaitu bawah RM60 sahaja. Walaupun begitu, lebih 50 pilihan menu ditawarkan buat pengunjung. Tempah di sini.

Alamat: KM23, Jln Melaka, Kampung Telok, 77300 Merlimau, Melaka

Kings Green Hotel City Centre

Di Kings Green Hotel City Centre pula menawarkan pakej bufet dengan tema Sajian Harmoni Nusantara di Hibiscus Cafe. Bufet yang bermula 5 Mac hingga 28 Mac ini mengetengahkan pelbagai masakan melayu tetapi ada juga menu antarabangsa.

Buat tempahan awal bermula 1 November 2024 sehingga 1 Mac 2025 dengan hanya RM60 sahaja! Nak tahu maklumat lanjut, hubungi +606-2881091 Ext: 3/629.

Alamat:  28, 19, Jalan Tun Perak, Kampung Enam, 75300 Melaka

MITC Hotel Melaka

Jom berbuka di Hotel MITC dengan tema Citarasa Chef Rahim, diadakan di Brisu Courtyard atau Bemban Restaurant. Dapatkan harga promosi serendah RM68 sahaja! Banyak kemudahan disediakan seperti surau, parkir, tandas dan sebagainya.

Alamat: Lot 15232 and 15233, Jalan Food City, Malacca International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Hotel Seri Malaysia Melaka

Bermula 3 Mac sehingga 29 Mac 2025, Hotel Seri Malaysia Melaka mengadakan bufet Ramadan bertemakan Seloka Rasa Ramadan. Menu istimewa adalah kambing bakar dan gulai kawah.

Buat tempahan awal dan dapatkan harga serendah RM60 sahaja terhad sehingga 2 Mac ini! Memang jimat! Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi +606 232 8460

Alamat:  Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka

Park Royal A’Famosa

Spice Brasserie membawakan Sajian Ramadan Warisan Kampung untuk bufet Ramadan pada tahun ini yang bermula dari 3 Mac hingga 30 Mac 2025. Lebih 100 pilihan menu tradisi dari seluruh negeri menanti anda, makanan tradisi Melaka, sajian antarabangsa dan barbeku.

Harga buffet untuk dewasa adalah RM128 untuk dewasa dan RM85 untuk kanak-kanak. Hubungi +60 11-1600 7372 untuk sebarang maklumat berkaitan.

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka

Grand Swiss-Belhotel Melaka

Dapatkan harga terawal serendah RM77 yang ditawarkan hingga 9 Mac 2025! Lebih 120 menu menanti anda. Buffet yang berlangsung dari 3 hingga 28 Mac ini diadakan di Pacific Grand Ballroom dan Swiss-Café Restaurant.

Alamat:  Grand Swiss-Belhotel Melaka, 146, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

Noble Resort Hotel Melaka

Jom Meriah Ramadan Buffet Bersama Noble di Noble Resort Hotel Melaka bermula 8 Mac hingga 29 Mac 2025. Dapatkan harga promosi serendah RM89 untuk dewasa terhad hingga hujung Februari ini sahaja. Klik pautan ini untuk sebarang maklumat dan pertanyaan.

Alamat: 1-A, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Courtyard by Marriott Melaka

Jika mahu lebih ‘grand’ dengan pelbagai menu berbuka, apa kata ‘Singgah Selera’ di Courtyard by Marriott Melaka yang diadakan bermula 4 Mac hingga 29 Mac 2025. Mereka menawarkan lebih 100 menu tradisi dan makanan seluruh negara dengan enak. Harga sangat berbaloi iaitu RM169 untuk dewasa manakala RM90 untuk warga emas dan kanak-kanak. Hubungi +60 11-3611 1291 untuk sebarang maklumat atau tempahan.

Alamat: Jalan, Lorong Haji Bachee, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

Jadikan bulan ramadhan anda dipenuhi dengan kegembiraan dan kesyukuran dalam diri masing-masing. Jangan lupa like artikel buffet Ramadhan Melaka kami ya. Anda juga dijemput membaca artikel kami yang lain.

Oh ya, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman buffet Ramadhan anda. Jika anda mempunyai tempat makan buffet Ramadhan yang lain, jangan segan untuk berkongsi juga.

Selain artikel ini, kami juga ada menulis artikel buffet Ramadhan di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.