Orang Kedah, sudahkah anda membuat tempahan di destinasi buffet kegemaran anda? Atau anda masih tidak terjumpa destinasi buffet yang menarik untuk sesi iftar anda bersama keluarga atau sahabat handai?
Jika ya, kami ada senarai destinasi buffet Ramadhan terkini yang boleh anda singgah di Kedah. Ada 20 kesemuanya, dan semestinya pada tahun ini iaitu 2025. Teruskan membaca ya!
Nama Tempat | Alamat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanakk-kanak (RM) | Info |
Swiss Avenue Hotel | 1A, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah | 98.00 | 68.00 | Swiss Avenue Hotel |
Ombak Villa Langkawi | Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah | 77.00 | 40.00 | Ombak Villa Langkawi |
Goldsands Hotel Langkawi | Lot 1575, Bandar Kuah, Langkawi, Kedah | 68.00 | 48.00 | Goldsands Hotel Langkawi |
The Jerai Hotel | Lot 134 – 141, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah | 65.00 | 45.00 | The Jerai Hotel Alor Setar |
Cinta Sayang Resort | 362, Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah | 80.00+ | 65.00+ | Cinta Sayang Resort |
Hotel Seri Malaysia Alor Setar | Jalan Stadium, 05150 Alor Setar City Center, Kedah | 69.90 | 42.90 | Hotel Seri Malaysia Alor Setar |
Aloft Langkawi | Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah Mukim, 07000 Langkawi, Kedah | 108.00 | 54.00 | Aloft Langkawi Pantai Tengah |
Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar | Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar, 06550 Alor Setar, Kedah | 85.00 | 55.00 | Raia Hotel & Convention Centre |
Hotel Seri Malaysia Sungai Petani | Jalan Pasar, Seksyen 21, 08000 Sungai Petani, Kedah | 59.00 | 35.00 | Hotel Seri Malaysia Sungai Petani |
Hotel Grand Crystal Alor Setar | 40, Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05100 Alor Setar, Kedah | 49.00 | 29.00 | Hotel Grand Crystal Alor Setar |
The Danna Langkawi | Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah | 198.00 | 98.00 | The Danna Langkawi Resort & Beach Villa |
Resort World Langkawi | Tanjung Malai, 07000, Kedah | 70.00 | 35.00 | Resort World Langkawi |
Zaques Hotel | No 113 SLAK, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah | 65.00 | 35.00 | Zaques Hotel |
StarCity Hotel | Kompleks Perniagaan 88, Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah | 48.00 | 41.00 | StarCity Hotel |
Bella Vista Waterfront Langkawi | Persiaran Muda 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah | 75.00 | 37.00 | Bella Vista Waterfront Langkawi |
The Ritz Carlton Langkawi | Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah | 188.00 | 94.00 | The Ritz-Carlton Langkawi |
Nadias Hotel Cenang Langkawi | Nadias Hotel Cenang, 977, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah | 59.00 | 29.00 | Nadias Hotel Cenang Langkawi |
Holiday Villa Beach Resort & Spa | Lot 1698, Jl. Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah | 88.00 | 44.00 | Holiday Villa Beach Resort & Spa |
Jom berbuka bersama Swiss Avenue Hotel dengan sajian tempatan yang autentik. Sudah pasti pelbagai juadah tradisi menanti anda! Bermula 7 Januari sehingga 1 Mac 2024, pembelian awal sebanyak 10 pax, anda bakal mendapat 1 pax buffet percuma!
Khas buat pengunjung yang datang pada hujung minggu, anda akan disajikan dengan persembahan menarik dan secara lansung. Hubungi 04-422 3333 atau 018-901 3333 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
Alamat: 1A, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah
Ombak Villa Langkawi menawarkan buffet Ramadan yang bermula dari 4 Mac hingga 29 Mac 2025. Harganya sangat berpatutan iaitu RM77 untuk dewasa, RM40 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun manakala untuk warga emas adalah RM55.
Harga untuk tempahan awal juga turut ditawarkan. Bagi tempahan awal, potongan 10% akan diberikan sebelum 5 Mac ini. Tema buffet berubah setiap minggu, terdiri daripada masakan utara, masakan selatan dan masakan pantai timur.
Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Berada sekitar Langkawi? Lekaslah tempah buffet Ramadan yang disediakan oleh Goldsands Hotel Langkawi. Serendah RM68 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun, anda dapat berbuka seisi keluarga di sini dengan puas.
Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi iaitu serendah RM55 sahaja! Namun harga ini adalah terhad, yang sah sehingga 28 Februari 2025 sahaja. Jom berbuka bersama Santapan Senja yang diadakan dari 6 Mac hingga 28 Mac!
Alamat: Lot 557 & 559, Bandar Pusat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Di Alor Setar, The Jerai Hotel merupakan antara hotel yang menawarkan buffet Ramadan bermula 3 Mac sehingga 29 Mac tahun ini. Harga yang ditawarkan ialah RM65 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Jom Raikan Cinta Ramadan dengan menu istimewa iaitu aneka nasi kenduri, kambing bakar dan gulai ayam kampung.
Alamat: Lot 134, 141, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
Cinta Sayang Resort yang bertempat di Sungai Petani ini juga ada menyediakan buffet Ramadan bermula 7 Mac sehingga 28 Mac 2025 ini. Mereka menawarkan harga buffet serendah RM80 untuk dewasa, RM65 untuk kanak-kanak dan warga emas serta OKU.
Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Hotel Seri Malaysia mempunyai beberapa cawangan di Kedah dan salah satunya ialah di Alor Setar. Jika anda membuat tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi serendah RM59.90 selagi masih ada. Buffet ini diadakan bermula 3 Mac hingga 28 Mac 2025.
Hidangan menarik seperti Kambing Golek, Air Asam Utara dan lebih 70 menu lain menanti anda.
Alamat: Jalan Stadium, 05150 Alor Setar City Center, Kedah
Aloft Langkawi Pantai Tengah menawarkan buffet Ramadan bermula dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025. Harga ditawarkan ialah RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak serta warga emas.
Berkonsepkan Memori Pasar Malam 2.0, kebanyakan menu memang menyelerakan seperti Nasi Bukhari, Gulai Kawah Kelantan dan Sup Tulang Rusuk Berempah. Dapatkan harga promosi jika masih sempat iaitu dengan RM99 sahaja, terhad sehingga 7 Mac 2025. Jika berminat, Whatsapp +60122252416 dengan segera.
Alamat: Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar juga turut menawarkan buffet Ramadan bertemakan Warisan Tok Nek yang berbaloi bermula dari 2 Mac hingga 29 April 2025. Untuk tempahan, harga yang ditawarkan adalah RM85 dan RM55!
Alamat: Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar, 06550 Alor Setar, Kedah
Bagi penduduk Sungai Petani, singgah sahaja berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani yang menawarkan harga berbaloi dan mampu milik. Harga untuk dewasa ialah RM59 dan untuk kanak-kanak harganya ialah RM35. Untuk pelanggan yang membuat tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM45 sahaja, dapatkannya sekarang! Gulai Daging Batang Pisang merupakan menu yang dinantikan ramai terutama bagi warga utara.
Alamat: Jalan Pasar, Seksyen 21, 08000 Sungai Petani, Kedah
Hotel Grand Crystal pula menawarkan buffet bermula dari 6 Mac hingga 29 Mac yang sangat berbaloi. Harga yang ditawarkan ialah RM49 untuk dewasa, RM39 untuk warga emas dan RM29 kanak-kanak. Bertemakan Selera Desa D’Crystal, pelbagai menu tradisi disajikan buat anda. Berita baik buat pengunjung, surau disediakan dengan selesa.
No telefon: 04-7313333
Alamat: 40, Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05100 Alor Setar, Kedah
The Danna Langkawi merupakan antara hotel 5 bintang yang menawarkan buffet Ramadan bertemakan Cita Rasa Danna. Harga tempahan ialah RM198 untuk dewasa manakala RM98 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Lebih 100 menu menanti anda. Layari The Danna Langkawi Resorts & Beach Villa untuk melihat senarai menu yang ada. Klik pautan untuk membuat tempahan.
Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Satu lagi lokasi buffet Ramadan di Langkawi ialah Resort World Langkawi. Buffet ini bermula dari 3 Mac hingga 30 Mac 2025. Tahun ini, mereka menyediakan buffet Ramadan setiap hari di Zest Boardwalk Resorts World Langkawi.
Lebih 100 menu ditawarkan buat pengunjung dan apa yang lebih menarik buffet ini berkonsepkan Citarasa BBQ. Hubungi 019-4464511 untuk membuat sebarang tempahan.
Alamat: Tanjung Malai, 07000, Kedah
Buffet Ramadan yang ditawarkan oleh Zaques Hotel ini bermula dari 4 Mac sehingga 29 Mac 2025. Harga untuk walk-in ialah RM75 sahaja. Harga promosi adalah RM65 untuk dewasa, RM35 untuk warga emas dan RM35 untuk kanak-kanak. Harga memang murah dan mampu milik.
Alamat: No 113 SLAK, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah
StarCity Hotel bersama Fuller Hotel menawarkan buffet berbuka puasa bermula 4 Mac sehingga 28 Mac 2025. Apa yang menarik di sini, anda akan berbuka di The Paddy Café, StarCity Hotel! Harga untuk dewasa ialah RM62 dan kanak-kanak ialah RM52 untuk warga emas dan kanak-kanak. Hidangan yang disajikan adalah menu tempatan yang sangat menyelerakan! Yang penting ada kambing golek!
Alamat: No. 1, Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah
Antara lokasi buffet Ramadan di Kedah ialah di Bella Vista Waterfront Langkawi yang bertemakan Nostalgia Selera Utara. Harga untuk dewasa ialah RM75 dan untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun, harganya ialah RM37. Buffet ini diadakan bermula dari 5 Mac hingga 29 Mac 2025.
Untuk harga tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM70 untuk. Dapatkan harga ini sebelum 4 Mac 2025.
Alamat: Persiaran Muda 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Ritz-Carlton Langkawi turut menyediakan buffet berbuka puasa yang berbaloi. Harga untuk dewasa ialah RM188 manakala untuk kanak-kanak RM94. Buffet ini diadakan bermula 28 Februari hingga 28 Mac 2025.
Bertemakan Warisan Malaysia, pelbagai menu enak dan unik dari seluruh pelusuk negeri dihidangkan buat pengunjung seperti Laksa Kedah, Nasi Kandar Langkawi Kitchen dan Kambing Bakar Ayer Hangat.
Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000
Jika anda berada di Langkawi, ini juga lokasi buffet Ramadan Kedah yang terbaik dengan harga berbaloi, bertemakan Imbauan Serantau. Harga yang ditawarkan hanya RM59 untuk dewasa manakala kanak-kanak hanya RM29 dan warga emas RM45 sahaja.
Alamat: Nadias Hotel Cenang, 977, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi menyediakan buffet Ramadan bertemakan Citarasa Opah dengan lebih 99 jenis hidangan tradisi. Untuk dewasa, harganya ialah RM88 untuk dewasa manakala RM44 untuk kanak-kanak. Buffet ini bermula dari 6 hingga 28 Mac 2025.
Alamat: Lot 1698, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Ada buffet Ramadhan Kedah yang berjaya menawan hati anda? Kami yakin pasti ada, kerana semuanya menarik-menarik belaka!
Nasihat kami, anda patut membuat tempahan pada tarikh yang lebih awal. Jika ada rezeki, berkemungkinan anda boleh mendapat harga promosi yang jauh lebih berbaloi. Selamat berbuka!
Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.