Mencari buffet Ramadhan di Penang?

Bagi yang menetap atau bercadang untuk bercuti ke Pulau Pinang pada bulan Ramadhan ini, sudahkah anda terfikir anda mahu berbuka puasa di mana?

Kami ada senarai buffet 2025 terkini untuk destinasi buffet yang boleh anda pergi bersama keluarga dan sahabat handal untuk sesi berbuka puasa sekitar Pulau Pinang. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Nama Tempat Lokasi Harga Dewasa( RM) Harga Kanak-kanak (RM) Info
Eastin Hotel Queensbay, 1, Solok Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang 148.00 74.00 Eastin Hotel, Penang
Royale Chulan PenangNo 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang128.00+68.00+ Royale Chulan Penang
PARKROYAL Penang Resort No 1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang 158.00 98.00 PARKROYAL Penang Resort
The Light Hotel Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang 143.00+128.00 + The Light Hotel
Hotel Sentral Seaview No.555, Jalan C M Hashim, Tanjong Takong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang 138.0030.00 Hotel Sentral Seaview
Vouk Hotel Suites Vouk Hotel Suites, Jln Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 George Town, Penang 88.00 68.00 Vouk Hotel Suites
Hompton by the Beach Hotel 533, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang 118.0068.00Hompton Hotel Penang
Iconic Hotel 71, Jln Icon City, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 129.00+78.00+ Iconic Hotel
DoubleTree Resort by Hilton56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang118.0038.00DoubleTree Resort by Hilton Penang
Hotel Seri Malaysia Penang 7, Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang70.0043.00Hotel Seri Malaysia Penang
Lexis Suites Penang 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang148.0078.00Lexis Suite Penang
Lone Pine 97, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang128.00 (2 pax)Lone Pine Hotel
Hotel Neo Penang68, Jalan Gurdwara, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang98.00Hotel Neo+ Penang
Cititel Penang 66, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang100.0040.00Cititel Penang
Jazz Hotel1, Jalan Seri Tg Pinang, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang119.00Jazz Hotel
Bayview Hotel Georgetown25-A, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Penang118.0078.00Bayview Hotel Georgetown
Mercure Penang Beach505, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang99.0069.00Mercure Penang Beach
Eastern & Oriental Hotel10, Lebuh Farquhar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang198.00128.00Eastern & Oriental Hotel
Bertam Resort Penang PMT 2200, Persiaran Bertam 8, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang128.00+98.00+Bertam Resort Penang

Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2025

Eastin Hotel, Penang

Nostalgia Senandung di Eastin Hotel yang bermula dari 3 Mac sehingga 28 April 2025. Dapatkan harga promosi serendah RM128 untuk minggu pertama puasa dan ada juga promo untuk hujung minggu! Harga buffet adalah RM148 untuk dewasa dan potongan 50% untuk kanak-kanak. Memang berbaloi!

Dengar cerita, menu-menu yang disajikan sangat menyelerakan dan banyak. Ada Tandoori Burung Puyuh, Ketam Masak Lemak Nanas, Oxtail Osso Buco, Asam Pedas Tetel, Kari Kepala Ikan dan banyak lagi pilihan menu. Kemudahan surau disediakan buat pengunjung serta pengunjung akan disajikan dengan persembahan gamelan.

No telefon: 04-612 1111

Alamat: Queensbay, 1, Solok Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Royal Chulan Penang

Jom berbuka dengan Warna Rasa di Royale Chulan Penang. Pakej buffet Ramadan bermula 2 Mac sehingga 30 Mac 2025! Rebut peluang untuk dapatkan harga RM100 sahaja jika anda membuat tempahan sebelum 21 Februari ini.

No telefon: 04 259 8888 | WhatsApp-016 330 3408

Alamat: No 1A, Pengkalan Weld, George Town, Penang

PARKROYAL Penang

Bertemakan Sajian Nusantara, buffet Ramadan di sini bermula 5 Mac sehingga 30 Mac 2025. Harga buffet adalah RM158 untuk dewasa, RM138 untuk warga emas dan hanya RM98 untuk kanak-kanak. Jangan lupa dapatkan diskaun menarik iaitu potongan 20% hingga 25% untuk tempahan pada hari-hari tertentu.

No telefon: +604 886 2288

Alamat: PARKROYAL Penang Resort Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

The Light Hotel Penang

Harga buffet berbuka puasa di sini adalah serendah RM143 dan serenda RM95 untuk kanak-kanak. Dengan tema Citarasa Nostalgia, lebih 200 juadah istimewa menanti anda termasuklah Rendang Tok, Bubur Lambuk, Ikan Bakar, Pasembur, Shawarma, Kambing Golek, Kari istimewa dan biryani kambing.

No tel: 017 4747 855 | 017 4747 906 | 017 4747 872

Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Hotel Sentral Seaview

Tema buffet Ramadan kali ini di Hotel Sentral Seaview memang unik iaitu Shell Wow. Apa yang pasti, pelbagai juadah tradisi menanti anda! Menu utama semestinya shellout, yang lain daripada lain.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi iaitu RM98, lengkap untuk dua pax. Namun, pembelian ini terhad sebelum 28 Februari sahaja. Buffet ini bermula dari 5 Mac hingga 27 Mac 2025.

Alamat: No.555, Jalan C M Hashim, Tanjong Takong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Vouk Hotel Suites

Buffet Ramadan di Vouk Hotel Suites akan bermula dari 2 Mac sehingga 30 Mac 2025. Tahun ini, buffet berbuka mereka berkonsepkan Vouk Gegar Bazaar. Jadi semestinya banyak pilihan makanan yang ada di bazar disajikan untuk anda. Mereka turut menawarkan harga promosi bernilai RM75 sahaja terhad untuk 500 orang sebelum 25 Februari ini. Yang penting, surau disediakan dengan selesa!

Alamat: Vouk Hotel Suites, Jln Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 George Town, Penang

Hompton Hotel

Dengan tema Cita Rasa Selera Hompton, sudah pasti hidangan utama adalah menu yang dapat membuka selera anda pada bulan mulia ini. Menariknya buffet Ramadhan Penang di sini, anda boleh dapatkan harga promosi iaitu RM98 terhad untuk 500 orang sahaja!

No tel: 04-373 3269

Alamat: 533, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Iconic Hotel

Jom Singgah Iftar di Iconic Hotel yang akan diadakan pada 2 Mac sehingga 29 Mac 2025. Hotel ini turut menawarkan harga promosi serendah RM119 sahaja untuk dewasa. Namun anda perlu membuat tempahan sebelum 9 Mac ini. Klik pautan ini untuk membuat tempahan.

Alamat: 71, Jln Icon City, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

DoubleTree Resort by Hilton

Bertemakan 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧, 𝐄𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧, buffet Ramadan Penang di sini akan bermula pada 7 Mac sehingga 29 Mac 2025. Harga buffet adalah RM138 untuk dewasa manakala RM69 untuk kanak-kanak jika anda membuat tempahan berbuka untuk hujung minggu. Harga lebih murah pada hari biasa iaitu RM118 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. Hubungi +604 892 8000 jika ingin membuat sebarang tempahan.

Alamat: 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Hotel Seri Malaysia Penang

Mencari buffet Ramadan harga bawah RM 100 di Penang? Jangan risau, anda boleh dapatkannya di Hotel Seri Malaysia yang terletak di Bayan Baru. Mereka menawarkan harga RM 70 untuk dewasa, RM 55 untuk warga emas dan RM 43 untuk kanak-kanak. Jika berkesempatan, dapatkan harga dengan hanya RM 65 yang terhad hingga 3 Mac 2025.

Buffet ini diadakan dari 4 Mac hingga 29 Mac 2025. Terdapat enam set menu yang akan ditukar dan antara yang menarik semestinya nasi minyak, kambing bakar, nasi hujan panas dan ayam bakar percik.

No tel: 014-9075901 | 013-4141940 | 011-16431766

Alamat: 7, Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Lexis Suites Penang

Lexis Suites Penang tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan yang menarik dan harga berpatutan. Bertemakan Dapoq Warisan Chombi Tanjung, buffet ini diadakan bermula 8 Mac sehingga 30 Mac 2025.

Jika anda membuat tempahan sebelum 28 Februari 2025, anda akan memperoleh harga buffet dengan diskaun 15%. Memang berbaloi!

No telefon: 04-628 2888

Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Lone Pine Hotel

Lone Pine menawarkan buffet Ramadan berbeza kali ini dengan menampilkan Set Dulang dengan dua pilihan set menu. Buffet ini sudah pasti dapat mengimbau santapan rasa dulu-dulu. Bermula 3 Mac hingga 29 Mac 2025, pakej ini berharga RM 128 untuk dua orang.

Alamat: 97, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Hotel Neo+ Penang

Di Hotel Neo+, mereka menawarkan hidangan berbuka puasa dalam bentuk set dan buffet. Harga hidangan sekadar RM30 sahaja untuk seorang dalam set dan RM98 untuk seorang dalam pakej buffet. Ia berlangsung dari 3 Mac sehingga 29 Mac 2025 di Lemongrass Restaurant yang terletak di tingkat 2.

Alamat: 68, Jalan Gurdwara, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Cititel Penang

Jom rasai keenak Citarasa Tradisi di Cititel Penang yang terletak di Georgetown. Jika ada yang mencari buffet Ramadan di Georgetown, datang saja ke sini sama ada dari 8 Mac sehingga 29 Mac 2025. Jika berkesempatan, rebut peluang RM85 sahaja yang sah sebelum 5 Mac 2025. Ada cabutan bertuah dan promosi Beli 9 Percuma 1.

Alamat:  66, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Jazz Hotel Penang

Jom Santapan D’Jazz di Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong. Buffet Ramadan ini akan berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 7 Mac sehingga 30 Mac 2025. Dapatkan harga lebih murah dengan hanya RM89 untuk waktu yang terhad!

No tel: 010 373 1551

Alamat: 1, Jalan Seri Tg Pinang, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Bayview Hotel Georgetown

Berkonsepkan Istimewa Ramadhan, pakej berbuka puasa ini akan berlangsung dari 13 hingga 16 Mac, 20 hingga 2 Mac dan 27 hingga 29 Mac sahaja. Ia bertempat di Kopitiam yang berada di bahagian lobby.

No telefon: +604 263 3161

Alamat: 25-A, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Mercure Beach Penang

Semarak Rasa merupakan tema bagi buffet Ramadan di Mercure Hotel yang bermula dari 6 Mac hingga 27 Mac 2025. Pelbagai menu menarik menanti anda di Ombak Restaurant . Harga memang mampu milik iaitu RM99 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak.

No tel: 604-3718706

Alamat: 505, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Eastern & Oriental Hotel

Sarkies di Eastern & Oriental Hotel membawakan buffet dengan konsep Rasa Sarkies. Pengunjung dapat menikmati juadah tradisi di hotel ini. Anda boleh berbuka di sini sama ada dari 1 Mac sehingga 30 Mac 2025.

No telefon: 04-2222 151 | 016-4198 438

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Bertam Resort Penang

Lekas dapatkan harga promosi buffet Ramadan bertemakan Sajian Warisan Ala Istana serendah RM100 sahaja dalam tempoh yang terhad! Harga akan kembali asal serendah RM128 untuk dewasa, RM100 untuk warga emas dan RM98 untuk kanak-kanak. Lebih 160 menu menanti anda dan anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM40 000.

Alamat:   PMT 2200, Persiaran Bertam 8, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Banyak juga destinasi buffet yang boleh anda terjah di sekitar Pulau Pinang ini ya! Menu-menu yang dihidangkan juga bukan calang-calang hebatnya, melihat gambarnya sahaja sudah bikin terliur!

Jika anda sudah terjumpa destinasi buffet yang anda bakal serbu, lekas-lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat ya. Mana tahu boleh dapat harga promosi? Selamat berbuka!

Selain artikel buffet Ramadhan Penang, kami juga ada menulis artikel buffet Ramadhan di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.