Pasti ada yang menantikan buffet Ramadan Villa Istana Melaka pada tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, Villa Istana Melaka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan.

Buat pengetahuan anda, ini merupakan tahun keempat penganjuran buffet Ramadan di Villa Istana Melaka. Sambutan memang sangat memberangsangkan sehingga mencecah ratusan pelanggan setiap hari pada Ramadan sebelumnya.

Nak rasai kemeriahan berbuka di sini? Ini info yang anda perlu tahu!

Buffet Citarasa Istana

Pasti ada yang tertanya-tanya tentang juadah yang bakal disajikan. Kebanyakan menu merupakan menu tradisi dan kegemaran rakyat Malaysia sepanjang Ramadan.

Apa yang menarik, lebih 50 sajian istimewa disediakan buat pengunjung termasuklah Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging Dendeng, kerabu dan banyak lagi! Paling best, anda boleh makan kambing grill sebanyak mana yang anda mahu! Menu utama ini melengkapkan lagi juadah berbuka anda!

Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan 10 gerai makanan yang memasak secara langsung. Roti John, Char Kuetiaw, Soto dan ABC antara menu yang akan dihidangkan dengan terbaik. Semuanya disediakan secara langsung dan anda dapat menikmati hidangan yang masih panas lagi!

Menu sampingan untuk kanak-kanak juga turut disediakan seperti wedges, nugget dan chicken popcorn. Jadi jangan lupa bawa anak-anak sekali untuk berbuka di sini.

Kemudahan Lengkap dan Selesa

Antara faktor dalam memilih lokasi untuk berbuka puasa semestinya kemudahan yang disediakan. Jangan risau, segala kemudahan disediakan dengan baik seperti surau, tandas serta parkir yang luas dan percuma. Tempat ini juga mesra keluarga, kanak-kanak dan warga emas.

Tak cukup dengan itu, pengunjung juga berpeluang untuk ootd dengan pelbagai latar yang cantik. Jika ada yang tak tahu, Villa Istana Melaka sebenarnya terletak di perkarangan Istana Melaka. Jadi, sambil berbuka puasa bolehlah anda bergambar di perkarangan istana yang memukau ini.

Harga Mampu Milik

Harga buffet Ramadan di Villa Istana Melaka pada tahun ini masih berbaloi seperti sebelum ini! Harga asal memang mampu milik iaitu RM 79 untuk dewasa manakala RM 59 untuk kanak-kanak dan warga emas. Bukan mudah untuk mencari pakej berbuka puasa yang menawarkan harga bawah RM 100 seperti yang ditawarkan oleh Villa Istana Melaka. Jadi, bawa yang tersayang untuk turut berbuka puasa bersama di sini!

Khas buat mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka untuk korporat, asnaf, anak yatim dan OKU, harga istimewa yang lebih berbaloi akan ditawarkan jika membuat lebih 100 pax tempahan!

Maklumat Lanjut

Alamat: Lot 11319 PM1313 , Jalan TU1, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

Facebook: Villa Istana Melaka

Bayaran: Boleh terus membuat bayaran ke sini https://bit.ly/buffetcitarasaistana

No telefon: 011-6492 8928

Tunggu apa lagi? Jom berbuka bersama yang tersayang di Villa Istana Melaka. Pelbagai menu menarik menanti anda serta kemudahan memang lengkap. Sesekali berbuka di luar pasti memberikan memori manis sepanjang Ramadan.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.