Mahu berkunjung ke Labuan namun masih tercari-cari tempat makan di Labuan yang menarik?

Wilayah Persekutuan Labuan atau Labuan ini merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita. Pulaunya yang bersih dan jernih menjadikannya sesuai untuk aktiviti menyelam.

Sambil-sambil anda melancong, anda pastilah singgah di tempat makan sekitar Labuan, bukan? Berikut kami senaraikan 7 tempat makan menarik di Labuan. Teruskan membaca ya!

#1 Warung Ganu Perantau Jaya

Alamat: Simpang Bersama, Kg. Lajau, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam

ganu perantau jaya labuan

Imej via Foursquare

Siapa kata di Labuan susah untuk jumpa makanan Pantai Timur? Tak perlu susah-susah untuk mencari nasi kerabu sampai ke Kelantan, di Labuan pun ada!

nasi kukus ayam berempah @ warung ganu labuan

Imej via Foursquare

Restoran Warung Ganu Perantau Jaya ini terkenal dengan sajian makanan Timur. Antara menu yang popular di sini ialah semestinya nasi kerabu, laksam, nasi dagang dan nasi kukus ayam berempah.

nasi kerabu ayam percik @ warung ganu labuan

Iimej via Foursquare

Untuk nasi kerabu, lauk-pauk yang boleh anda cuba ialah ayam goreng berempah dan ayam percik. Saiz ayam juga memang besar, pasti anda akan berpuas hati dengan hidangan ini!

Nasi kukus ayam berempah di sini juga turut menambat selera ramai. Ramai memuji ayamnya yang digoreng dengan rangup dan rasanya yang cukup berempah. Sambalnya? Paling win!

#2 Deep Sea Raff Restaurant

Alamat: Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Waktu Operasi: Setiap hari, 7:45 pagi – 11 malam

makan @ Deep Sea Raff Restaurant

Imej via Foursquare

Teringin untuk menikmati masakan kampung, Barat dan makanan laut sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik lagi menenangkan?

Selain itu, menu di sini juga cukup beraneka. Antara makanan Barat yang kami sarankan untuk anda cuba sendiri ialah Chicken Chop dan Lamb Chop. Sos banjir dan saiz hidangan pula besar, memang ‘tip top’!

menu @ Deep Sea Raff Restaurant labuan

Imej via Foursquare

Untuk makanan laut pula, Butter Milk Prawns, sotong goreng tepung dan ikan pari bakar merupakan antara menu yang ‘terhangat’ di sini.

#3 Anjung Selera Indera Gusu

Alamat: Kampung Sungai Labu (Jalan Okk Daud), 87000 Victoria, Labuan

Waktu Operasi: Setiap hari, 12.30 tengah hari – 12.30 tengah malam

Satu lagi restoran yang anda wajib singgah jika anda ingin menikmati makanan enak sambil mengamati pemadangan matahari terbenam dan laut yang cantik, iaitu di Anjung Selera Indera Gusu!

kuetiau kungfu @indera gusu

Imej via Foursquare

nasi goreng sotong butter @ indera gusu

Imej via Foursquare

Restoran ini menghidangkan aneka jenis menu tempatan. Antara menu yang wajib anda cuba ialah nasi goreng ayam, nasi goreng sotong ‘butter’, kuetiau kung fu dan mi goreng.

#4 Singapore Chicken Rice

Alamat: Lazenda Shophouse, U 0488, Labuan, Malaysia, 87008

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 9 malam

Sekiranya anda membaca ulasan tentang restoran Singapore Chicken Rice ini, rata-ratanya memang ulasan yang positif. Malah, ada pelanggan yang mengatakan restoran ini menyediakan nasi ayam terbaik di Labuan!

ayam @ scr labuan

Imej via Foursquare

Agak-agak apa yang membuatkan nasi ayam di sini begitu istimewa? Nasinya dikatakan lembut namun tidak pula lembik, manakala ayamnya pula dipanggang dengan cukup baik. Hasilnya? Nasi ayam yang terlajak lazat!

Untuk menggandakan keenakan nasi ayam, pesan sahaja menu sampingan. Antara yang anda boleh cuba ialah Kailan Sos Tiram. Rasanya yang tidak terlampau masin, pasti cocok dengan citarasa anda.

#5 Warisan Kari Kepala Ikan

Alamat: Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 1 pagi

kari kepala ikan

Imej via Foursquare

Nama restoran ini mungkin Warisan Kari Kepala Ikan, namun ia tidak popular dengan hidangan itu sahaja. Malah, restoran ini juga turut dikenali dek kerana masakan Melayu yang sedap.

udang buttermilk

Imej via Foursquare

Kalau dah namanya masakan Melayu, semestinya lauk-pauknya berbagai sampai bikin ramai rambang mata. Antara lauk yang wajib anda rasai ialah kari kepala ikan, udang buttermilk dan banyak lagi.

#6

Alamat: Lot 3, U0234C, Banguan Bay, Jalan Kemajuan, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Restoran yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Antarabangsa Labuan ini menyediakan aneka jenis makanan Thai dan makanan laut. Yang pasti, memang asli resepinya dan berpatutan harganya!

Imej via Foursquare

nasi goreng @ aroijang

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba ialah Tomyam, Pad Kra Paw, Pad Thai dan Som Thai. Lebih enak jika dikenakan dengan variasi nasi goreng di sini.

Harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan dengan kualiti makanannya. Jika anda baca ulasan di Internet, ramai pelanggan memuji servis restoran yang cekap dan juga harga makanan yang murah, memang berbaloi!

#7 Warung Jeliti

Alamat: Sungai Buton, 87000 Labuan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 6 pagi – 3 petang

Tagline restoran ini ‘Selera anda keutamaan kami’ memang menggambarkan jenis makanan yang ditawarkan – semestinya hidangan sarapan dan makanan tengahari yang cocok dengan citarasa ramai!

Antara menu sarapan yang anda boleh nikmati di sini ialah variasi kuih-muih, nasi goreng dan nasi lemak. Anda juga dinasihatkan untuk datang awal kerana dikhuatiri lauk habis awal.

nasi campur

Imej via Foursquare

Untuk makanan tengahari pula, semestinya nasi campur menjadi pilihan ramai. Lauk-pauk yang wajib anda cuba ialah gulai daging, rebung masak lemak dan sambal sotong. Jika dimakan bersama aneka ulam-ulaman, pasti lebih lazat!

Kesimpulan

Bagaimana? Ada yang bikin anda tertarik atau anda mahu singgah kesemuanya kerana tempat makan di Labuan semuanya menarik?

Kalau begitu, lekaslah singgah sebelum terlepas peluang ya. Kami juga nasihatkan agar anda datang awal, sebelum ruang parkir atau ruang dalam restoran penuh. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.