LeQamr Glasshall menawarkan buffet Ramadan istimewa pada tahun ini. Apa yang lebih menarik, anda pasti terkejut dengan harga yang ditawarkan kerana sukar untuk menjumpai pakej buffet Ramadan bawah RM 100! Ini maklumat yang anda perlu tahu.
Sesekali pasti mahu merasai pengalaman istimewa iaitu berbuka puasa bersama yang tersayang di luar. Kaum isteri khususnya akan seronok apabila dapat ‘gantung kuali’ dan berbuka di tempat yang istimewa dan romantis bersama keluarga.
LeQamr Glasshall adalah pilihan yang terbaik dari segi pilihan menu, kemudahan tempat berbuka yang lengkap dan suasana persekitaran yang menarik. Nak tahu apa yang menarik di sini? Jom terokainya!
Berbeza dari tahun lepas, LeQamr Glasshall menganjurkan buffet yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin, bermula 16 Mac 2024 sehingga penghujung bulan mulia ini. Buffet ini bermula dari 6.00 petang sehingga 8.30 malam. Lebih 50 menu menyelerakan disajikan sepanjang Ramadan.
Jika anda seorang penggemar makanan tradisi, LeQamr Glasshall adalah destinasi sesuai untuk anda berbuka puasa. Ada juga beberapa menu barat dan rata-rata menu sesuai untuk semua golongan usia.
Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Lemak Cili Padi, Kupang Masak Ala Thai dan Keli Berlado merupakan antara lauk enak yang pasti membuatkan anda bertambah. Makan bersama Kerabu Kacang Botol dan Taugeh, ulam-ulaman yang dicicah bersama sambal belacan lebih padu rasanya!
Selain menu utama, kuih-muih, buah-buahan segar dan lebih tujuh jenis air membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya. Live stalls yang ada pula bakal menyajikan menu segar dan panas seperti Kambing Bakar, Roti John, Char Kuey Teow dan Sotong Bakar.
Banyak kelebihan jika anda berbuka di sini. Antara kelebihannya adalah anda berpeluang menikmati suasana berbuka di dalam dewan kaca yang cantik, selesa, luas dan premium. Ada juga sudut khas untuk anda bergambar sepuasnya. Apa yang pasti, segenap sudut LeQamr Glasshall sangat cantik untuk dijadikan latar ootd.
Kemudahan utama yang dicari ramai pengunjung juga disediakan dengan selesa iaitu surau dan tandas. Pengunjung tidak perlu terburu-buru mencari surau lain untuk menunaikan solat, sebelum mahupun selepas berbuka.
Parkir juga disediakan dengan luas. Berada di lokasi yang strategik iaitu dilaluan utama Lebuh AMJ Melaka, ia memudahkan pengunjung untuk mengakses ke sini.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, pakej buffet Ramadan LeQamr Glasshall memang sangat berpatutan dan mampu milik. Buat anda yang mencari buffet Ramadan di Melaka bawah RM 100, ini pilihan terbaik buat anda!
Harga buffet adalah RM 88 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 11 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas pula hanya dikenakan RM 58 sahaja. Bukan senang nak cari pakej buffet dengan harga bawah RM 100 tau!
Berita baik buat anda yang mahu berbuka dengan kelompok yang ramai, harga istimewa yang lebih rendah menanti anda dengan tempahan melebihi 100 pax! Sesuai untuk tempahan korporat mahupun tempahan berbuka untuk asnaf, anak yatim atau OKU.
Alamat: Lot 6488, Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah, 75350, Bachang, Melaka
No telefon: 014 384 8928
Facebook: LeQamr Glasshall Dewan Kahwin Melaka
Info: Tempahan
Dengar cerita hari pertama buffet ini berlangsung telah mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan. Suasana meriah dan dipenuhi ramai pengunjung dan rata-rata memberikan komen positif.
Tunggu apa lagi? Lakukan tempahan segera untuk merasai pengalaman istimewa buffet Ramadan LeQamr Glasshall untuk tahun ini!