Restoran Mahbub adalah salah satu restoran briyani tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1974. Hidangan ‘killer’ dan istimewa mereka sejak 50 tahun yang lalu sehingga sekarang adalah Nasi Briyani Ayam Madu.
Pelanggan yang datang berkunjung ke sini terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Kita boleh berbeza pendapat dalam hal politik dan persatuan, namun bila tiba tentang hal Briyani di Restoran Mahbub, kita semua boleh bersatu!
Restoran ini mengekalkan resepi asli tradisi sejak turun temurun hingga kini tanpa sebarang perubahan pun. Ini membuatkan menu masakannya sangat unik dan nostalgik. Kesemua rempah ratus dan perasa yang digunakan dalam pembuatan Briyani Restoran Mahbub ini dibuat sendiri.
Bagi tidak mengecewakan pengunjung, mereka sentiasa fokus pada sudut rasa dan kualiti makanan.
MENU RESTORAN MAHBUB KUALA LUMPUR
Menu utama yang menjadi kegemaran ramai sejak penubuhan Restoran Mahbub semestinya adalah Briyani Ayam Madu. Begitu juga, pada tahun 2000 mereka melancarkan menu baru iaitu Nasi Briyani Buhara yang menjadi menu kegemaran selepas Ayam Madu.
Aroma rempah ratus Briyani, kelembutan ayam dan dagingnya serta keempukan tekstur nasi pasti membuatkan anda tidak keruan ingin mencubanya.
Selain itu, Restoran Mahbub juga turut menyediakan pelbagai jenis Briyani semisal Nasi Briyani Ayam Goreng, Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Daging Rendang, Nasi Briyani Ayam Kurma dan lain-lain lagi yang menyelerakan. Banyak pilihan menu yang boleh membuatkan anda terliur untuk memilihnya.
Sekiranya anda ingin membungkus pesanan dan makan di rumah, mereka menawarkan set kotak Briyani yang sangat menarik dan inovatif.
Anda boleh membeli pada bila-bila masa sahaja dan panaskannya di rumah menggunakan ketuhar gelombang mikro di rumah. Walaupun anda tapau makanan di rumah, tapi masih dapat merasai aroma keenakan Briyani yang masih segar dan panas.
MENU LAIN RESTORAN MAHBUB KUALA LUMPUR
Meskipun hidangan utama restoran ini adalah Briyani Ayam Madu, mereka masih menghidangkan pelbagai makanan yang sangat lazat. Di samping itu, makanan goreng-gorengan turut ditawarkan di restoran ini.
Antaranya adalah Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Bihun Goreng, Maggi Goreng, Nasi Goreng dan macam-macam lagi. Banyak juga makanan yang sedap di sini selain dari nasi briyani ayam madu.
Jika anda tidak berminat makan hidangan berat, disini juga turut disediakan pelbagai jenis roti seperti Roti Canai, Roti Nan, Thosai, Murtabak, Chapati dan sebagainya. Tak lupa juga Rojak, Tandoori dan pelbagai variasi sup.
Restoran Mahbub mempunyai dua cawangan utama di Bangsar dan Damansara Damai. Datanglah bersama keluarga dan rakan untuk merasai sendiri kelazatan Briyani Ayam Madu di Restoran Mahbub. Mereka juga turut menawarkan tempahan pakej buffet katering untuk majlis dan acara tertentu.
Lokasi: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 7 pagi – 11.30 malam
No Telefon: 03-2095 5382