Mencari nasi lemak sedap di KL?

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang makanan ini menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Tidak kira waktu pagi ataupun larut malam, nasi lemak senantiasa dijamah orang kita.

Jelaslah yang nasi lemak memang makanan kegemaran ramai (termasuk kami sendiri)! Tercari-cari nasi lemak sedap sekitar KL dan Selangor? Jangan risau, kami ada senarainya.

Senarai ini merupakan senarai nasi lemak sedap yang telah dikemaskini untuk tahun 2024. Teruskan membaca ya!

Nasi Lemak Saleha

Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 11 pm)
Nasi Lemak Saleha ini juga merupakan antara restoran nasi lemak paling popular di KL.

Restoran ini sudah lebih 10 tahun beroperasi, jadi memang ‘legend’ restoran ini. Keistimewaan utama nasi lemak di sini terletak pada aroma nasinya yang harum dan memikat dan tekstur nasinya juga lembut.

nasi lemak saleha
Imej via Foursquare

Sambalnya juga manis dan pedas, memang sedap. Lauk-pauk yang boleh didapati ialah rendang daging, sambal sotong, ayam goreng, paru goreng berlada dan sambal kerang. Bikin kecur air liur mendengarnya!

Nasi Lemak Tanglin

Alamat: Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 1 pm)

Restoran Nasi Lemak Tanglin ini sangat terkena dengan sambalnya. Ianya pedas namun masih boleh dimakan dan tidaklah keterlaluan. Lauk-pauknya juga ada berbagai.

 tanglin
Imej via Foursquare

Sambal sotong merupakan lauk yang paling ‘top. Lauk lain seperti sambal kerang, ayam goreng dan paru goreng juga turut digemari ramai. Anda wajib cuba!

Nasi Lemak Kak Chuk

Alamat: 1, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Sabtu (6.30 am -11.00 am, 5.30 pm-10.00 pm) , Ahad (6.30 am-11.00 am)

Kampung Baru merupakan lokasi syurga makanan di ibu kota. Banyak makanan menarik dan viral di sini termasuklah nasi lemak. Salah satu kedai nasi lemak yang menjadi bualan ramai semestinya Nasi Lemak Kak Chuk.

Pelbagai pilihan lauk yang boleh anda makan seperti sambal sotong, ayam masak merah, rendang daging dan sambal paru.

Imej via Nasi Lemak Kak Chuk

Satu keunikan di sini, setiap hidangan nasi lemak dihidangkan bersama kangkung rebus. Hidangan ini mengimbau pada zaman dahulu yang sememangnya nasi lemak dimakan bersama sayur tersebut.

Nasi Lemak Lemanjah The Boss

Alamat: Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (6.00 am-11.00 am)

Satu lagi port nasi lemak tersedap di Kg Baru adalah Nasi Lemak Lemanjah The Boss. Kedai ini sering dipenuhi pengunjung memandangkan ia dibuka pada sebelah pagi sahaja.

Imej via Malik Shahmeer

Aneka lauk juga ada termasuk sambal paru, ikan berlado, rendang daging dan sebagainya. Banyak juga kuih-muih tradisional yang ada.

Selain nasi lemak, nasi goreng kampung dan lontong juga menjadi menu bestseller di kedai ini. Kedai ini memang lejen kerana telah dibuka lebih 46 tahun. Bukan sahaja sedap, harga pun berpatutan.

Nasi Lemak Moy

Alamat: Jalan Umbun 1, Kampung Kuantan, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9.00 am-12.00 pm)

Warga Setapak pasti sudah familiar dengan kedai nasi lemak lejen yang telah dibuka sejak 1997 lagi. Salah satu sebab ramai yang menyukai nasi lemak di sini kerana sambalnya yang tidak manis.

Pemilik kedai nasi lemak ini adalah Muslim dan semestinya halal. Ramai yang suka bersarapan di sini tak kira kaum, bangsa dan agama. Buat penggemar nasi lemak kuah banjir, anda memang perlu datang ke sini!

Cik Ina Hotspot Nasi Lemak Berlauk

Alamat: Jln Tasik Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 am-11.00 am)

Hanya sebuah warung kecil tepi jalan, nasi lemak ini memang terkenal di Bandar Sri Permaisuri. Setiap kali datang, pasti ramai yang sudah beratur panjang.

Paru sambal merupakan salah satu lauk menjadi pilihan ramai. Parunya rangup dan tidak liat. Sambal sotong, sambal daging dan segala jenis sambalnya mempunyai tekstur yang pekat, pedas dan sedap!

Nasi Lemak Beratur Maluri

Alamat: 211, Jalan Perkasa 1, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Sabtu (4.00 am sehingga habis)

Jika anda sanggup beratur panjang dan lama untuk mendapatkan nasi lemak tersedap di Kuala Lumpur, jom datang ke sini! Kedai ini juga terkenal dengan nama Nasi Lemak Beratur 7E memandangkan ia berhampiran dengan 7E.

Kedai ini memang lejen kerana telah beroperasi lebih 25 tahun. Hanya sebuah warung kecil, ia dibuka hanya dua jam atau kurang selagi nasi lemak masih ada. Ikuti laman Facebook Nasi Lemak Beratur 7E, Taman Maluri jika mahukan perkembangan semasa.

Antara lauk pauk yang menyempurnakan lagi nasi lemak ini adalah ayam masah merah, rendang daging, sambal kerang dan paru goreng.

OG Street Kitchen

Alamat: ThePortMy, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Khamis-Selasa (5.00 pm-8.00 pm)

Lari sedikit dari ibu kota Kuala Lumpur, kami ingin kongsikan kedai nasi lemak viral di Petaling Jaya. Bukan sekadar viral, kualiti dan kesedapannya memang terjamin. Kedai ini turut dikenali sebagai Nasi Lemak Kak Ojie.

Salah satu menu viral di kedai ini adalah Nasi Lemak Talam. Nasi lemak yang dihidangkan menggunakan talam kecil mencuri tumpuan ramai orang dengan kuantiti sangat mengenyangkan.

Nasi lemak chicken skin dan nasi lemak baby crab merupakan menu terlaris di sini. Chicken skin dan baby crab sangat rangup. Makan pula bersama nasi yang cukup berlemak, sambal yang secukup rasa bersama telur rebu, kacang goreng dan ikan bilis goreng. Memang mantap!

Nasi Lemak Angah

Alamat: Pasar Batu 2 1/2 Ipoh, Jln Sultan Azlan Shah, Sentul, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Rabu-Ahad (9.00 am-2.00 pm)

Buat anda yang berada di Sentul, jom makan nasi lemak di Nasi Lemak Angah. Bukan nasi lemak je ada, malah pelbagai menu sarapan lain yang pasti menyelerakan anda. Selain nasi lemak, anda perlu cuba roti titab!

Nak tahu apa yang unik? Ada sambal khas untuk vegeterian tau! Bukan itu sahaja, di sini terkenal dengan penyediaan air yang menarik dan airnya memang sedap seperti ice lemon tea, teh ais, kopi ais dan teh ais limau.

Restoran Village Park

Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am-5.30 pm)

Restoran ini tidak perlu kami perkenalkan lagi. Jika anda dengar namanya sahaja kami yakin pasti anda tahu tentangnya. Jelas menunjukkan yang Restoran Village Park ini memang terbaik.

nasi lemak sedap
Imej via Foursquare

Hidangan seperti nasi lemak ayam goreng mungkin kedengaran biasa sahaja. Namun, jika anda cubanya di sini anda pasti akan jatuh cinta.

Ayamnya sangat rangup dan sambal nasi lemaknya juga seimbang rasa manis, masin dan pedasnya. Dijamin lebih enak jika dinikmati panas-panas.

Nasi Lemak Wanjo

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 am – 12 am)

Jika anda pencinta nasi lemak, nama Nasi Lemak Wanjo ini pasti sudah tidak asing lagi buat anda. Merupakan antara restoran nasi lemak paling ‘top’ di KL, restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo.

Nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi, jadi jelaslah yang ianya memang ‘legend’. Lauk-pauk di sini juga ada berbagai.

nasi lemak wanjo
Imej via Foursquare

Antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah sambal sotong, sambal paru, ayam goreng dan rendang ayam. Kami yakin jika anda ke sini pasti anda akan ambil lebih dari sejenis lauk. Rambang mata lah katakan!

Nasi Lemak Bumbung

Alamat: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (4.00 pm – 12.00 am)

Jika ingin menikmati nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut, serta sambal pedas manis untuk makan malam, bolehlah singgah di Nasi Lemak Bumbung ini.

makan
Imej via Foursquare

Restoran ini memang sangat popular dengan menu itu. Kedengaran biasa namun jika anda cuba, memang anda akan ketagih dengannya! Ayamnya digoreng bersama maruku, jadi rasanya pedas dan luarannya rangup. Menarik!

Medan Selera Jalan 223

Alamat: Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 am-1.00 am)

Medan selera ini dibuka 24 jam, satu berita baik jika anda mengidamkan nasi lemak mereka pada jam 3 pagi. Serbu sahaja Medan Selera 223 untuk mengisi perut yang berkeroncong itu!

Ada dua gerai yang sangat popular dengan nasi lemak mereka –  Nasi Lemak Panas Gerai Yatie  dan Nasi Lemak Panas Suri. Kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri.

medan selera 223
Imej via Foursquare

Nasi Lemak Panas Suri ini sangat popular dengan hidangan nasi lemaknya yang istimewa. Sambal untuk nasi lemaknya pedas, memang cocok dengan peminat makanan pedas.

Untuk  Nasi Lemak Panas Gerai Yatie pula, gerai ini menyediakan nasi lemak yang sambalnya manis namun keenakkannya masih terjamin. Sesuai jika anda kurang menggemari nasi lemak yang terlampau pedas.

Nasi Lemak CT Garden

Alamat: Jalan Datuk Abdul Razak, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pm-3.00 am)

Siapa saja tidak terliur melihat nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang yang mengeluarkan aroma yang memikat? Situasi sebegini kerap dihadapi oleh para pelanggan Nasi Lemak CT Garden.

ct garden
Imej via Foursquare

Nasi lemak di sini sangat terkenal dengan tidak manis dan masih mengekalkan warisan lama. Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah paru goreng, rendang daging, sambal kerang dan banyak lagi.

Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey

Alamat: Jalan Sentosa 3/57, Pj Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 6.00 am – 10.00 pm

Mahu menikmati nasi lemak untuk maka malam? Jika anda berada sekitar KL, singgah sahaja di gerai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey yang terletak di Petaling Jaya ini.

Gerai ini merupakan antara port nasi lemak yang terhangat sekitar sini. Yang menariknya, mereka menggabungkan nasi lemak bersama nasi goreng dalam satu hidangan dan gabungan ini memang padu.

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan membanjiri gerai ini untuk menikmatinya. Lauk yang wajib anda pilih ialah ayam goreng yang sungguh rangup. Sambalnya manis dan tidak terlalu pedas, namun masih sedap.

Nasi Lemak Famous

Alamat: Food Truck located on, Jalan Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5 pm – 2 am

Ingin menikmati nasi lemak yang dijual oleh pemilik trak makanan sekitar Bangsar? Salah satu trak makanan yang menjual nasi lemak di sini ialah Nasi Lemak Famous.

Imej via Foursquare

Anda juga boleh menjamu selera di sini. Untuk lauk-pauk, kami sarankan agar anda cuba ayam goreng yang digoreng rangup. Ramai pelanggan turut mengakui ayam gorengnya sentiasa digoreng panas, pasti padu!

Nasi Lemak Pak Teh

Alamat:  29, Jalan Selimang, Taman Tenaga, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6 am – 2 am)

Restoran ini terkenal dengan Char Kuey Teow, namun nasi lemaknya tidak kurang hebatnya. Ulasan-ulasan seperti “nasi lemak terbaik di KL” akan anda jumpa di Internet, jelas menunjukkan yang ianya memang enak.

nasi lemak pak teh
Imej via Foursquare

Lauk yang wajib anda cuba bersama nasi lemaknya ialah ayam goreng. Ayam gorengnya rangup di luar dan lembut isinya. Jika dimakan panas-panas, memang nikmat!

Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

Alamat: Jalan 2/125, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 am – 12.00 pm, 5.00 pm-11.30 pm)

Restoran Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 ini boleh dikatakan legend kerana ianya beroperasi sejak tahun 1996 lagi. Restoran ini juga  mempunyai beberapa cawangan yang terletak di KL, Cheras dan Shah Alam.

Keistimewaan utama restoran nasi lemak ini terletak kepada lauk-pauk yang cukup beraneka yang disajikan bersama nasi lemak. Bukan senang nak dapat pilihan lauk seperti ini!

Imej via Foursquare

Lauk-pauk yang dimaksudkan ialah sotong yang bersaiz besar dan udang galah. Kesegarannya juga terjamin, sangat enak dinikmati bersama nasi lemak mereka.

Nasi Lemak Sambal Sotong Istimewa DALINAH AU3

Alamat: 11, Jalan AU 3/7, Taman Sepakat, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am-1200 pm)

Restoran ini wajib dikunjungi oleh pencinta nasi lemak sambal sotong – Restoran Nasi Lemak Sambal Sotong Istimewa Dalinah AU3 atau lebih dikenali dengan nama Restoran Nasi Lemak Sambal Sotong.

Imej via Foursquare

Restoran ini dikatakan menyajikan nasi lemak sambal sotong yang sangat sedap. Sambalnya pedas dan secukup rasa manakala sotong yang digunakan juga segar dan bersih. Memang padu!

Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant

Alamat: 24A, Lorong Syed Putra Kiri, Kuala Lumpur, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 2 pm – 2 am

Tidak dinafikan kebanyakan nasi lemak pada zaman kini dibungkus menggunakan bekas makanan plastik dan polisterin. Memang sedap, namun ada yang mahu menikmati aroma daun pisang yang harum.

Imej via Foursquare

Untuk menikmati nasi lemak daun pisang yang harum aromanya, singgah sahaja di Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant yang juga dikenali dengan nama Kembara Corner ini.

Lauk yang cukup laku di sini ialah ayam goreng. Ianya rangup dan cukup enak dinikmati panas-panas. Sambalnya juga pedas, pasti cocok dengan citarasa pencinta makanan pedas!

Warung Rindu (Nasi Lemak)

Alamat: Taman Bukit Angkasa, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Ahad, 7.30 am – 12.00 am

Seperti namanya, kami yakin jika anda mencuba nasi lemak di Warung Rindu ini anda pasti akan merindukan keenakkan nasi lemaknya.

Imej via Foursquare

Hal ini turut diakui oleh ramai pelanggan mereka. Nasinya yang lembut dan berlemak serta sambal yang pedas dan dihidang panas merupakan antara faktor nasi lemak di sini terkenal.

Lauk yang wajib anda pesan ialah ayam goreng berempah. Seketul ayam goreng berempah berharga RM 4 sahaja, sangat berpatutan!

R.A Nasi Lemak

Alamat: 15, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (6.30 am – 3 pm) manakala hujung minggu (6.30 am – 12 pm)

Selain nasi campur, restoran ini juga terkenal dengan hidangan nasi lemaknya. Ramai pelanggannya memuji harga yang ditawarkan yang dikatakan sangat berpatutan.

menu @ r.a nasi lemak
Imej via Foursquare

Antara lauk yang boleh anda tambah untuk nasi lemak ialah paru goreng, sambal sotong, sambal ikan dan banyak lagi. Sayur kangkung juga turut disyorkan ramai, anda wajib cuba!

Nasi Lemak Alor Corner

Alamat: Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8.00 am  – 11.30 am

Jika anda biasa ke Jalan Alor, anda pasti tahu yang jalan ini mempunyai banyak gerai yang menyajikan makanan sedap-sedap. Salah satunya ialah gerai Nasi Lemak Alor Corner.

Imej via Instagram

Keenakkan nasi lemak di sini terletak pada aneka jenis lauk-pauk yang dihidangkan. Sambal sotong, rendang daging, dendeng, ayam goreng dan sambal kerang merupakan antara lauk yang laku keras, sedap tak terkata!

Nasi Lemak Tawaf

Alamat:  1, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin (5.30 pm – 12 am), Selasa dan Rabu (8 am – 12 pm, 5.30 pm – 12 am) manakala Khamis – Ahad (8 am – 12 am)

Agak-agaknya mengapa namanya Nasi Lemak Tawaf? Mungkin dek kerana lauk-pauk yang disajikan berbagai, anda akan tawaf satu gerai memilih lauk sampai penuh satu pinggan?

nasi lemak tawaf
Imej via Foursquare

Ya, lauk-pauk di sini memang berbagai. Antaranya ialah sambal kerang, sambal udang petai, rendang kambing, ayam kampung goreng dan sambal sotong. Fuh, bikin rambang mata betul!

Nasi Lemak Seri Wangi

Alamat: Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (6.30 am – 11 am)

Restoran ini ada menyediakan nasi lemak untuk waktu sarapan dan nasi campur untuk waktu tengah hari. Jadi alang-alang anda menikmati nasi lemak untuk sarapan, cubalah nasi campur mereka juga.

seri wangi
Imej via Foursquare

Lauk yang sangat digemari pelanggan di sini untuk nasi lemak ialah sambal sotong. Sotongnya bersaiz sederhana, namun cukup untuk memberikan anda kekenyangan dan kepuasan!

Nasi Lemak Pak Hassan

Alamat: 45A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (7 am –  1 pm)

Dengan hanya RM4 dalam tangan anda masih mampu menikmati nasi lemak sambal sotong tau! Singgah sahaja di Nasi Lemak Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru ini untuk tujuan tersebut.

menu
Imej via Foursquare

Ramai pelanggan yang amat berpuas hati dengan nasi lemak sambal sotong Pak Hassan ini. Sambalnya pedas dan tidak terlampau manis, memang secukup rasa. Sotongnya pula segar-segar, patutlah ramai suka!

Seperti kebanyakan restoran masa kini, Nasi Lemak Pak Hassan juga menyediakan Wifi percuma selain anda boleh membayar harga makanan dengan menggunakan kad kredit.

Ziemel Corner Nasi Lemak Kukus

Alamat: Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 12 am

Jika anda berada sektar Taman Wangsa Melawati, antara restoran nasi lemak sedap yang wajib dikunjungi ialah Ziemel Corner Nasi Lemak Kukus.

Sambal nasi lemak di sini memang cocok dengan citarasa ramai, walaupun anda bukan penggemar makanan pedas. Kepedasannya tidak melampau namun rasanya masih sedap.

Imej via Foursquare

Jenis lauk yang wajib anda pilih ialah ayam kampung goreng. Ya, restoran ini ada menyajikan lauk tersebut. Lazat dan menarik!

Nasi Lemak Buluh Best

Alamat: 2, Jalan Pantai Murni, Pantai Hillpark, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 11.55 pm

Satu lagi tempat makan yang menyajikan nasi lemak yang sedap di KL ialah restoran Nasi Lemak Buluh Best.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan lauk-pauk yang berbagai pilihan untuk dinikmati bersama nasi lemak. Ada ayam goreng, ayam penyet, sambal kerang, rendang dan dan ayam goreng berempah.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan, sekitar RM 6 – 7 sahaja. Berbaloi dengan saiz hidangan yang ditawarkan!

Nasi Lemak BR Corner

Alamat:5, Jalan 2/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3.30 pm – 12 am

Berada sekitar Desa Pandan? Salah satu restoran nasi lemak sedap sekitar sini ialah Nasi Lemak BR Corner.

“Antara nasi lemak terbaik yang pernah saya rasai” merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggannya. Jelas menunjukkan yang nasi lemak di restoran ini memang terbaik.

Imej via Foursquare

Nasi lemak di sini enak dinikmati bersama ayam goreng berempah. Ianya rangup dan rempahnya juga cukup sedap. Enak dimakan panas-panas!

Nasi Lemak Atan

Alamat: Lot 1185 1A, Lorong Haji Hussein 1, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6.30 pm – 5.00 am

Mahu mencuba nasi lemak sedap di KL yang harganya cuma RM 1.50 sebungkus? Bunyinya agak mustahil, namun anda pasti akan teruja jika anda singgah menjamu selera di Nasi Lemak Atan.

Imej via Foursquare

Hal ini demikian kerana nasi lemak di sini memang berharga RM 1.50 sahaja! Nasi lemak yang bersaiz sederhana ini menyajikan sambal istimewa yang enak dan pedas.

Untuk lauk pula, anda boleh tambah lauk-pauk seperti sambal sotong, rendang daging dan ayam goreng. Pasti lebih berganda keenakkannya!

Kesimpulan

Banyak juga ‘port’ nasi lemak sedap sekitar KL ini. Kami yakin peminat-peminat tegar nasi lemak yang sedap pasti tak sabar-sabar mahu serbu restoran dan gerai yang kami sarankan, bukan?

Lekas berbuat demikian sebelum melepas! Kami juga galakkan agar anda datang awal kerana dikhuatiri akan kehabisan ruang parkir dan ruang dalam restoran.

Jangan lupa share dan komen untuk cadangan ya. Selamat menjamu selera!

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.