Asam pedas adalah satu masakan yang tidak asing dimasak oleh surirumah di dapur. Ianya adalah menu wajib yang perlu diketahui.Tetapi tahukah anda bahawa asam pedas mempunyai perbezaan jua?

Setiap negeri sememangnya mempunyai cara yang tersendiri dalam masakan asam pedas masing-masing. Yang agak popular sepertimana ramai orang tahu adalah asam pedas Melaka dan asam pedas Johor.

Hari ini kami ingin menguji pembaca Saji.my, secara khususnya warga Melaka dan Johor. Apakah beza Asam Pedas Johor dengan Asam Pedas Melaka? Yang manakah menjadi pilihan anda.

asam pedas johor

Imejnoornadia.com

Secara jujurnya, kami tidak dapat membezakan antara cara masakan Asam Pedas Melaka dan Asam Pedas Johor. Penghasilannya hampir sahaja sama.

Walaupun anda sendiri dibesarkan dengan asam pedas Melaka, ini belum tentu membuatkan anda tahu perbezaan di antara masakan pedas Melaka dan Johor. Hal ini, ianya seakan-akan sama sahaja.

Baca : 5 Asam Pedas Melaka Paling Sedap Patut Terjah Di Melaka

Semoga selepas ini kita lebih prihatin tentang beza asam pedas Melaka dan Johor ini.

Secara umumnya, inilah yang dapat kami temui tentang perbezaan Asam Pedas Melaka dan Johor.

#1 Asam Pedas Melaka lebih cair, manakala Asam Pedas Johor kuah lebih pekat

#2 Asam Pedas Johor letak daun kesum, manakala Asam Pedas Melaka menggunakan daun limau purut-bau ada lain

#3 Asam Pedas Johor rasa ringan,bau lebih lembut ,manakala Asam Pedas Melaka lebih kuat bau dan rasa

#4 Asam Pedas Johor banyak letak sawi jeruk,manakala Asam Pedas Melaka selalunya kosong atau menggunakan bendi

#5 Warna kuah asam pedas johor merah menyala,manakala Asam Pedas Melaka lebih perang

Sumber : azaleania

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.