Cendol Bakar di Kuala Selangor memang sangat terkenal. Namanya yang unik dan kesedapannya bagi kami antara rahsia yang membuatkan perniagaan ini berjaya. Lebih-lebih lagi selepas ianya keluar ke Jalan-jalan Cari Makan. Sejak itu, memang bagi kami, bertambah juga pegunjun ke kedai ini.
Kampung Assam Jawa,Kuala Selangor
Di mana letaknya kedai ini? Ianya terletak betul-betul jalan utama Kuala Selanngor. Biasanya anda akan lalu ke sini dahulu sebelum sampai ke Pekan Kuala Selangor. Tetapi kalau anda lalu jalan lain daripada kebiasaan itu kami tidak janji.
Walau bagaimanapun kodirnatnya menurut GPS adalah seperti di bawah: GPS: N 03 18.221, E101 17.826
Jika makan atau minum di sini, anda ada 2 pilihan. Sama ada drive thru ataupun makan sahaja di sini. Betul, memang ada drive thru, dan bukan setakat McDonald sahaja ada servis ini. Panjang juga beratur untuk drive thru di sini.
Memang pandai si pengusaha cendol bakar ini memikirkan idea ini. Dengan ini, tidak perlulah si pembeli untuk keluar daripada kereta dan hanya menunggu dalam kereta yang dingin.
Tetapi bagi kami, kami suka untuk makan dan minum di sini. Tempat letak keretanya tiada masalah. Kalau penuh, boleh sahaja letak kereta di tepi jalan utama. Yang menjadi masalahnya adalah tempat duduk yang disediakan, memang sentiasa penuh. Jadi kena pandai-pandai cari untuk makan dan menumpang dengan orang lain.
Apa yang kami suka makan di sini adalah konsep kedainya. Ianya dibuat ala-ala warung-warung kecil . Anda boleh sahaja mencuba pelbagai makanan di sini tidak kisahlah nasi ayam, rojak ataupun ayam goreng. Semua ada di sini.
Kami cadangkan anda cuba rojaknya. Rojak dan cendol antara produk yang dicadangkan untuk anda wajib cuba. Tambahan lagi dua perkara ini adalah tidak dapat dipisahkan. 😛
Ada pelbagai jenis cendol di sini yang anda boleh cuba:
Cendol tapai juga ada di sini. Bagi sesiapa yang ingin merasainya, boleh cuba. Jangan mabuk seleaps itu sudahlah.
Kenapa namanya cendol bakar? Owh kami pun tertanya-tanya. Jawapnnya ada dua berdasarkan ingatan kami ketika kami membacanya ketika menunggu untuk membuat pesanan. Pertamanya, nama Bakar adalah merujuk kepada nama orang yang bernama Bakar.
Dialah yang mencipta resipi Cendol Bakar ini dimana gula melaka yang digunakan akan dibakar terlebih dahulu sebelum dicairkan. Ini adalah bertujuan memberikan kemanisan kepada gula yang kan dimasukkan ke cendol nanti. Sebab itulah ianya dinamakan Cendol Bakar sempena nama Bakar yang mem’bakar’ cendol ini ketika prosesnya.
Review kami?