Asam pedas dan Melaka sememangnya sudah sinonim. Antara menu wajib yang perlu dicuba. Terdapat pelbagai kedai yang sedap-sedap yang boleh anda pergi jika berminat. Untuk post kali ini kami kongsikan duanya terlebih dahulu. Aih, meleleh air menulis tentangnya.

Asam Pedas Selera Kampung

Mahkota Square (G2)

Melaka, Melaka 75450

 

Pelbagai jenis masakan disediakan. Keistimewaan kedai ini adalah asam pedasnya dan juga daging salai masak lemak. Patut dicuba dan sememangnya terkenal. Tidak sukar untuk dicari. Selain daging salai, bagi peminat udang dan ketam, anda patut mencubanya. Besar-besar udang dan ketamnya.

asam-pedas-selera-kampung

Muka hadapan restoran. Tulis dalam tulisan Arab

 

asam-pedas-selera-kampung-2

Udang masak lemak

 

asam-pedas-selera-kampung-3

Pelbagai jenis ikan untuk asam pedas

 

Hajjah Mona Asam Pedas

6, Jalan Laksamana (Taman Kota Laksamana)

Dapatkan asam pedas tetel di sini. Keistimewaan dan patut cuba adalah asam pedas tetal. Pasti ianya akan membuat anda ingin datang semula ke sini. Dibuka 5 petang sehingga 5 pagi. Jadi kalau tengah malam lapar selepas pusing Bandar Melaka, bolehlah cuba datang ke sini. Tutup pada hari Ahad.

Apakah itu tetal? Sebenarnya ianya adalah sebahagaian daging.

asam-pedas-hajjah-mona

Maklumat menegnai kedai

 

asam-pedas-hajjah-mona-2

Antara masakan

 

asam-pedas-hajjah-mona-3

Telur masin dan asam pedas memang gabungan yang mantap

Banyak lagi kedai asam pedas di Melaka yang sedap-sedap. Di atas merupakan antara wajib anda pergi. 🙂

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.