Pulau Pinang sememangnya diakui banyak pihak sebagai ‘syurga’ makanan. Sehinggakan ada pelancong memilih untuk datang semata-mata terpesona dengan keenakan masakan tempatan seperti nasi kandar, roti canai dan nasi lemak. Namun satu lagi makanan yang turut menjadi antara menu pilihan utama rakyat negara ini tidak kira pagi atau petang. Makanan tersebut ialah apam balik, sama ada dalam bentuk rangup ataupun lembut, dengan keistimewaannya terletak pada inti iaitu kacang, jagung dan gula. Kini di Pulaun Pinang terdapat satu gerai yang menjual apom balik istimewa. Apom Balik Triple Q Penang.

Apom Balik Triple Q Penang

Apam balik ini menjadi antara sajian ringan popular di sini terutamanya jika dinikmati seisi keluarga pada sebelah petang.

Keistimewaan Apom Balik Triple Q Penang

Kita selalu makan apam balik inti kacang, jagung dan gula, namun Apom Balik Triple Q ada apam balik istimewa.

Mereka memperkenalkan apam balik versi baru. Iaitu dengan menyediakan apam balik cheese bersama pelbagai jenis topping/filling atas permintaan pelangan.

Keistimewaan apam balik di sini adalah kerana dia mempunyai 46 perisa dan setiap masa akan diperbaharui mengikut musim. Contohnya kalau musim durian dan cempedak mereka membuat filling durian dan cempedak.

Terdapat satu menu terkini dan special ialah Apam Balik Carbonara Cheese.

CHEESE CARBONARA

Tapi yang paling diminati adalah  Apam Balik Cheese Meleleh dan Jagung Manis.

CHEESE JAGUNG

Dengan menggunakan keju mozzarella yang diimport dari Australia, apam balik ini diakui antara yang terbaik dan sedap di Pulau Pinang. Jagung pula disediakan sendiri. Bukan dari tin. Pasti meleleh-leleh jika makan.

Ramai pelanggan memuji kesedapan apam balik ini. Tak kedekut keju katanya.

Anda boleh juga mencuba Apam Balik Cheese Serunding Daging. Lagi istimewa serunding daging yang mereka gunakan ini dibawa dari Kelantan. Memang diakui serunding daging dari Kelantan memang sedap-sedap belaka.

CHEESE SERUNDING

Bagi kanak-kanak pula pasti tertarik dengan apom balik cheese dengan filing Strawbery Chip, Choki-choki dan Chocolate Chip. Meriah sungguh apom balik ni.

CHEESE CHOKI2 CHEESE STRAWBERY CHIP

Bagaimana Hendak Ke Sana

Bagi yang ingin mencuba boleh ke sana. Gerai dengan payung warna oren, bersebelahan dengan Public Bank, Relau area Setia SPICE Penang (dulu dikenali sebagai PISA).

Waktu operasi : Setiap hari bermula 1 tengah hari- 7malam

No Telefon : 019-447 8801

Facebook : Apom Balik Triple Q

Di sini hanya konsep bawa pulang sahaja. Apom Balik Triple Q Penang juga bersedia menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian tertentu.

Apom Balik Triple Q Penang

Kredit Gambar : Murni Alysa

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.